Berikut adalah pesanan orang kuat WHO untuk kekal sihat semasa wabak Covid-19 yang trending kini.Ironinya Covid-19 menjadi igauan ngeri kepada semua orang.Dari Timur ke Barat dan Selatan ke Utara.
Wabak pandemik ini sangat pantas merebak.Malah sangat luas penyebarannya.Bermula di Wuhan, China sejak Disember 2019 dan kini sudah berada di seluruh pelosok dunia.
Atas sebab demikian pihak WHO telah mengklafikasikan Covid-19 sebagai penyakit pandemik.Satu bentuk penyakit yang berjangkit merentasi sempadan dan benua.
Rantaian Covid-19 boleh dihentikan.Langkah drastik dan realistik dengan proses penjarakan sosial, kuaratin dan penjagaan tahap kesihatan serta kebersihan tahap tinggi.
Berbalik kepada topik yang saya cuba kongsikan kali ini.
Menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus, General Director WHO telah memberi enam nasihat bagaimana untuk kekal sihat semasa Covid-19 ini.
Table of Contents
Pesanan orang kuat WHO
1.Makan makanan yang berkhasiat
Makanan berkhasiat asas untuk mendapat kesihatan yang optimum.Sistem imunisasi akan ditingkatkan,Ini membantu untuk mencegah Covid-19.Jika terkena pun boleh bertahan supaya pulih kembali.
Pilih sumber karbohidrat, protein dan serat dalam kuantiti yang sesuai.Makanan berkhasiat perlu diambil sesuai dengan keperluan badan.
2.Kawalan minuman keras seminimum mungkin
Orang Islam tiada isu kerana arak dan sewaktu dengannya adalah haram.Tidak boleh diminum sama sekali biar apapun alasan.
Bagi orang bukan Islam yang suka minum beralkohol cuba sedaya upaya untuk kawal.Minum seminimum yang mungkin.Lebih baik tinggalkan terus atas sebab kesihatan.
Saya juga difahamkan harga minuman keras mahal.Kurangkan minuman ini maka jimat belanja.Lebihan wang yang ada boleh digunakan untuk membeli minuman yang lebih sihat seperti susu atau cokelat.
3.Kurangkan minuman manis
Orang selalu pesan.Kurangkan manis dalam minuman tetapi tambahkan manis dalam senyuman.
Nampaknya Tedros Adhanom Ghebreyesus juga percaya pesanan ini.
Minuman manis sangat berpotensi untuk menjemput pelbagai penyakit.Jangan hairan kalau diabetes, darah tinggi dan obesiti datang bertandang.
Gaya hidup yang suka minum air bikarbonat, air sirap, teh tarik dan aiskrim boleh dihentikan.Jika tidak mampu hentikan, cukuplah dikurangkan.
Lagi kurang lagi bagus sehingga ke tahap tiada langsung.Janganlah pula sampai langsung tiada gula dalam badan kita.Badan masih memerlukan gula sebagai sumber tenaga.
Namun sumber gula ini boleh diperolehi dari buah-buahan segar yang banyak di pasaran.Cuma duit sahaja belum cukup banyak untuk membeli bahan-bahan yang berkhasiat tersebut.
4.Hentikan tabiat merokok
Sejujurnya saya tidak nampak langsung kehebatan seorang perokok.Yang pasti orang merokok itu seorang pembazir.Duit yang digunakan untuk membeli rokok dibakar tanpa sedar.
Dahlah tiada manfaat dan dalam masa yang sama rokok menzalimi diri sendiri dan orang lain.Asap rokok sangat berbahaya.Orang sekeliling yang tidak merokok turut menjadi mangsa.
Inilah dinamakan zalim kepada orang lain semata-mata kepentingan diri sendiri.Tidak hairan rokok juga difatwakan haram.Cuma haramnya rokok ramai yang tidak peduli sebagaimana haramnya menyentuh babi.
5.Bersenam secara rutin
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita boleh melakukan senaman dalam rumah sahaja.
Luangkan masa 30 minit sehari untuk aktiviti senaman bersama keluarga.Cari channel dalam Youtube berkaitan senaman.Ada berlambak dekat situ.
Tiada alasan untuk tiada masa bersenam.Jika belum mampu senaman susah, mulakan dulu dengan senaman mudah.
Ada senaman yang sangat menarik seperti Zumba dan poco-poco.Senaman ini perlu ada muzik.Dengan muzik, kita boleh bersenam sambil berhibur.
Ayuh apa tunggu lagi.Boleh mula sekarang sebaik sahaja habis membaca artikel ini.
Tedros Adhanom Ghebreyesus juga berpesan kepada mereka yang bekerja dari rumah.Jika sudah duduk di depan komputer 30 minit maka ambil masa tiga minit untuk berehat.Tukar posisi duduk dan sebagainya.
6.Pastikan kesihatan mental terjaga
Sepanjang krisis Covid-19 ini tentulah wujud perasaan stress.Ramai yang ketakutan dan tertekan emosi mereka.
Bagi mereka yang sudah disahkan positif Covid-19 tentulah lebih terkesan.Peluang untuk sembuh tetap ada.Namun risiko untuk meninggal dunia tidak terkecuali.
Apa yang perlu cuba bertenang.Kawal perasaan dan fikiran.Dapatkan sokongan moral dari pihak bertauliah.Dokongan semangat dari masyarakat turut menjadi azimat buat mereka.
Saya akui masyarakat awam juga terkesan dengan wabak Covid-19 ini.Apatah lagi dengan penguatkuasaan PKP yang berlangsung cukup lama.
Tedros Adhanom Ghebreyesus berpesan kepada kita semua agar luangkan masa untuk membaca buku atau main games.Kurangkan pendedahan kepada maklumat tidak sahih dari media sosial.Maklumat ini menambah lagi rasa stress dan kebimbangan melampau.Sila dapatkan informasi dari sumber yang bertauliah dua atau sekali sehari.
Percayalah dengan kekal bertenang dan cuba sentiasa berfikiran positif meningkatkan sistem imunisasi badan.Kualiti tidur perlu diambil kira.Amalkan tidur awal setiap hari untuk memastikan kestabilan emosi.Badan yang sihat dipengaruhi juga oleh mental yang sihat.
Betullah kata-kata ini,
“ hanya orang yang betul-betul cekal dan tabah akan melalui masa sukar dengan amat berjaya “
Kesimpulan
Kesihatan tidak ternilai harganya.Jika kesihatan terjejas akan menjejaskan ekonomi, pendidikan dan segenap aspek kehidupan yang lain.
Bukan soal takut mati atau berani mati sekarang ini.Persoalannya kini jangan mencampakkan diri ke alam kebinasaan.
Jauhi Covid-19.Putuskan rantaian Covid-19 dengan duduk di rumah.Lebih baik duduk rumah dari duduk di hospital atau duduk dalam penjara.
Tepat sekali kata-kata orang bijak pandai mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Itu sahaja perkongsian saya yang saya kongsikan semula dari orang kuat WHO.Percayalah pesanan ini dari Tedros Adhanom Ghebreyesus.Namun saya ubahsuai mana yang patut.
p/s: Secara aslinya boleh sahaja menonton video di bawah :
saya cuba juga buat senaman zumba di rumah supaya kekal fit dan tak menjadi snorlax pada 14 april..haha
bagus…semoga terus konsisten..
dan Allah lindungi agar terus sihat hendaknya
kena stay at home dan be safe untuk melawan virus ni
itu cara yang betul dan disarankan oleh pihak KKM bro..
semoga kita selamat dari terkena Covid-19 ini
Senaman jgn dilupa…stretching & intensity exercise dlm rmh..
betul tu tuan..
jaga kesihatan pada tahap tertinggi