Perintah Kawalan Pergerakan: Berjaya atau sia-sia ?

Perintah Kawalan Pergerakan sudah bermula sejak 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.Tempohnya dalam 14 hari sahaja.

Bagaimanapun tempoh ini mungkin boleh berpanjangan sehingga sebulan atau lebih jika penularan Corona virus bertambah teruk.

Jujurnya saya tidak mahu dilanjutkan.Lumpuh aktiviti ekonomi dan segala aktiviti kehidupan yang lainnya.

Sebab itu saya berharap Perintah Kawalan Pergerakan berjaya dalam mengekang penyebaran wabak Covid-19 dari terus bermaharajarela.

Tempoh 14 hari ini perlu dipatuhi oleh semua orang.Duduk di rumah dan jangan keluar ke mana-mana jika bukan keperluan mendesak.

Mungkin ada yang masih bekerja terutama dalam bidang kritikal seperti pengeluaran makanan, perbankan dan perkhidmatan atau anggota keselamatan.

Mereka diberi pengecualian.

Berdasarkan laporan dari  portal outbreak.my didapati angka yang terkena positif Convid-19 terus naik.Namun masih terkawal kerana tiada peningkatan yang mendadak.

Namun di Malaysia sudah melibatkan tiga kematian akibat virus corona ini.

Kejayaan Perintah Kawalan Pergerakan sangat bergantung kepada kerjasama dan komitmen semua pihak.Kurangkan berada di luar atau terus duduk di rumah dalam proses pengasingan diri.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa 14 hari masa untuk Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sebabnya jelas.

Dalam masa tersebut simptom jangkitan Covid-19 boleh dikenalpasti.Proses kuratin wajib dilakukan segera supaya pesakit yang disahkan positif tidak menyebarkan virus kepada orang lain pula.

Sayangnya ada dikalangan masyarakat kita yang bersifat acuh tak acuh.Mereka memandang sinis Perintah Kawalan Pergerakan sehingga pihak berkuasa seperti polis terpaksa turun padang.

Malah bantuan askar turut akan digunakan dalam memastikan perintah ini berjalan sebaik mungkin.Semua ini untuk kebaikan bersama walaupun pendekatan yang digunakan agak agresif.

Sekarang ini antara rela atau tidak, Perintah Kawalan Pergerakan mesti dilalui dengan hati yang tabah dan rela.

Akibat penularan Covid-19 ini ramai yang stress, panik dan murung.Perasaan ini boleh diatasi jika sentiasa berfikir positif.

Salah satu caranya dengan bertenang semasa di rumah.Bukannya lepak bersama kawan-kawan di luar sebagaimana hari biasa.

Bagaimana kalau Perintah Kawalan Pergerakan tidak berjaya ?

Sangat besar impikasinya.

Angka wabak Covid-19 akan terus naik dan naik.Ramai yang positif Covid-19 dan ini menyebab potensi kematian juga tinggi.

Kesan ekonomi yang paling dahsyat.Lebih teruk berbanding wabak itu sendiri.

Kadar inflasi, pengangguran dan kemelut sosial bertambah rumit.

Pembangunan terbantut dan rezeki para peniaga akan terjejas teruk.Paling terkesan bisnes restoren kerana ramai memasak sendiri di rumah.

Sistem pendidikan akan terjejas.Anak-anak tidak pergi ke sekolah dan sebagainya.

Industri pelancongan akan merudum jatuh.Hotel dan sistem e-hailing juga terkena tempias juga bukan kaleng-kaleng.

Banyak lagi kesan negatif daripada Perintah Kawalan Pergerakan ini jika ianya berlanjutan sekiranya wabak covid-19 terus menganas.

Kejayaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari amat dtuntut agar tidak berlarutan menjadi sebulan.

Kita doakan yang terbaik agar berakhir dengan segera.

Sebagai usaha secara peribadi, jaga kebersihan tahap tinggi, jaga kesihatan sebaik mungkin dan ikuti arahan pihak berkuasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Itu yang terbaik selain usaha dan doa secara bersama.

Bagi mereka yang tidak tahu apa nak buat sahaja layari Youtube atau layan Iflix.

Setidak-tidaknya masa yang terluang ada juga manfaatnya.

Sekian dan doakan kejayaan Perintah Kawalan Pergerakan hanya untuk 14 hari sahaja.

Aamiin.

“Jangan tanya apa sumbangan negara untuk kita tetapi tanya diri sendiri apa sumbangan kita untuk negara”

Sumbangan kita sebagai rakyat Malaysia tentulah bersatu hati mematikan penularan wabak Covid-19 hingga ke tahap zero.

Malaysia Boleh !

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.Jangan segan-segan untuk komen atau share artikel ini. Setiap kunjungan anda besar maknanya buat saya.In shaa Allah saya akan membalas komen dan membuat kunjungan kembali nanti.Saya juga mendoakan pembaca agar bahagia dan ceria sentiasa.Aamiin.

4 thoughts on “Perintah Kawalan Pergerakan: Berjaya atau sia-sia ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge