7 Kebaikan Perintah Kawalan Pergerakan yang ramai tidak sedar

Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) bertujuan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.Dulu dirancang untuk 14 hari sahaja.

Namun terpaksa dilanjutkan untuk 14 hari lagi.Berkemungkinan akan berlarutan sehingga ke hujung bulan April.

Bahkan ada beberapa tempat sudah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.Yang ini lagi dahsyat kerana komuniti yang terbabit akan dikurung dalam tempoh tertentu.

Apa-apa aktiviti perniagaan dan keluar masuk ke kawasan tersebut terus disekat.Bekalan makanan akan disalurkan dan pusat perubatan akan disediakan.Pendek kata kebebasan menjadi sifar.

Kita semua berharap agar Covid-19 ini segera berakhir.Itupun dengan syarat angka mereka yang dijangkiti Covid-19 boleh turun dari hari ke hari.

Jom sama-sama kita berusaha dan berdoa.

Dalam keluhan dan rungutan ramai mengenai PKP, tentu ada terselit kebaikan yang orang tidak sedar.

Mari kita lihat satu persatu.Semoga dengan pendedahan dan kupasan ringkas ini, kita lebih positif dan reda dengan keadaan yang sedia ada.

1.Masa untuk bersama keluarga

Inilah masa terbaik.Masa untuk satu keluarga berkumpul bersama.Jika sebelum ini ibu dan bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing.Anak-anak pula sibuk dengan persekolahan mereka.

Masa untuk berjumpa mungkin seminggu sekali.Dengan adanya PKP, masa bersama menjadi satu bulan.

Siapa kata masa bersama keluarga tidak penting ?

2.Ketua keluarga main peranan

Hanya dalam masa PKP sahaja ketua keluarga nampak dengan jelas peranan mereka.Ketua keluarga sahaja yang perlu keluar rumah untuk membeli keperluan makanan atau perubatan.

Ketua keluarga juga perlu merancang masa dan aktiviti di rumah sepanjang PKP ini.Buat jadual bersih rumah, memasak, senaman dan sebagainya.

Ahli keluarga yang lain perlu mematuhi arahan ketua keluarga.Kepatuhan ini menjadi latihan asas untuk rutin harian selepas wabak Covid-19 berakhir.

3.Masa terbaik beribadah bersama

Memandangkan semua masjid dan surau telah ditutup sementara, aktiviti beribadah boleh dilakukan di rumah sahaja.

Ayah boleh menjadi imam kepada ahli keluarga ketika solat fardu.Malah masa ini sesuai untuk mengulangkaji mutu bacaan al-Quran ahli keluarga.Jadikan aktiviti bertadarus sebagai amalan harian.

Dalam pada itu, golongan ayah dan ibu boleh melaksanakan solat sunat Tahajud, sunat Dhuha dan hajat setiap hari.

Semasa PKP ini, lebih banyak masa terluang dan gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

4.Memaksimumkan pembelajaran online

Sebelum ini, kita hanya terdedah kepada pembelajaran dalam kelas, bilik seminar dan sebagainya.Semasa PKP ini gunakan masa yang ada untuk belajar secara online.

Pembelajaran online menerusi Youtube, Facebook dan Telegram amat dituntut sekarang ini.Pilih sahaja mana yang sesuai dengan keperluan dan minat masing-masing.

Mana tahu selepas ini kita boleh menjadi peniaga online yang handal, pelajar yang lebih bijak atau individu yang sudah upgrade ilmu.

5.Masa untuk menurunkan berat badan

Semasa PKP kita disarankan makan di rumah.Masak sendiri dan makan dengan teratur.Amalan begini menjadi kita lebih sihat untuk mendapat potongan badan yang menarik.

Pilih makanan yang berkhasiat sahaja.Kurangkan masakan yang bergoreng, berlemak dan terlalu manis.Lebih penting lagi makan mengikut keadaan.Banyak masa rehat maka kurangkan pengambilan yang tinggi kalori.

Pendek kata tempoh PKP inilah, masa untuk berdiet dengan efisien.Mana tidaknya masa makan lebih tetap kerana hanya berada di rumah.

6.Peluang beriadah dari rumah.

Beriadah atau aktiviti santai boleh sahaja dilakukan dari rumah.Mungkin sebelum ini kita beriadah di taman permainan, pusat membeli belah dan sebagainya.

Orang yang suka memasak boleh teruskan aktiviti memasak sepuas hati.Begitu juga dengan mereka minat menjahit maka inilah masa terbaik untuk buat baju raya atau selimut tampung seribu.

Terpulang kepada minat masing-masing.Rasanya ramai yang beriadah dengan bermain Video Game, menonton filem Blockbuster dan sebagainya.Yang penting masa yang ada tidak digunakan untuk merintih, meraung dan sebagainya.

7.Tempoh berjimat luar biasa

Semasa PKP semua orang wajib duduk rumah.Jika didapati keluar tanpa alasan munasabah akan ditangkap dan dilokap jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pengecualian untuk sektor tertentu sahaja.Sektor logistik, perbankan, anggota keselamatan, perubatan dan lainnya lagi.

Jadi kepada mereka yang berada dalam sektor lain tentulah PKP jawapnya.Jangan risau sebab ada PKP boleh jimat dalam semua benda.

Penjimatan yang ketara tentulah duit.Tiada peluang untuk jalan-jalan.Jadi duit untuk membeli minyak petrol dapat disimpan.

Biarpun semasa artikel ini disiapkan harga minyak di pasaran Malaysia sudah jatuh harga bawah RM1.50 seliter untuk RON95.

Penjimatan lain ialah makan di rumah.Makan di kedai atau luar tentulah harganya berkali ganda.Tambahan pula kepada mereka yang ramai anggota keluarga.

Hasil penjimatan ini boleh digunakan untuk membeli makanan yang lebih berkhasiat atau suplimen kesihatan.Terjaga juga kesihatan untuk mengelak diri dari terkena wabak Covid-19.

Sekarang sudah nampak bagaimana PKP boleh memberi penjimatan yang bukan kaleng-kaleng sebagaimana istilah orang sekarang.

Penutup

Apa yang saya tulis ini sekadar pandangan umum saya semata-mata.Saya tidak terkena PKP secara langsung kerana saya bekerja dalam sektor keperluan ( essential service).

Namun tidak bermakna saya tidak peka dengan keluhan, rintihan dan ratapan ramai insan yang terkesan dengan PKP ini.

Pihak frontliner yang berjuang siang dan malam mendepani wabak covid-19 wajib kita hargai dan berterima kasih untuk hero yang tidak didendangkan.

Mereka terdiri daripada pengamal perubatan, jururawat, juruteknik makmal, farmasi, janitor pembersihan dan ramai lagi.Mereka berada di barisan hadapan dengan mempertaruhkan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Sama juga dengan anggota keselamatan yang berpanas terik di siang hari dan sejuk berembun di malam hari.Mereka komited demi tugas yang diamanahkan bagi memastikan PKP ini berkesan 100 peratus.

Kepada kita yang terpilih untuk menjalani PKP ini, mengapa rasa tertekan walaupun hanya duduk di rumah.Tentu lebih baik daripada duduk di katil hospital atau duduk meringkuk dalam penjara.

Soal tiada bisnes, tiada duit dan tiada makanan boleh kita selesaikan dengan saluran yang betul.Rujuk maklumat yang berkenaan dan sahih.

Duduk rumah, jaga kebersihan dan berdoalah setiap masa agar rantaian Covid-19 ini berakhir segera.

Tenangkan fikiran dan damaikan perasaan dengan sentiasa berharap keajaiban yang bakal berlaku tidak lama lagi.Percayalah apa yang kita fikir dan rasa itu betul-betul terjadi.Sebab itu fikir yang baik-baik dan rasakan yang elok-elok tentang PKP dan Covid-19.

In shaa Allah.

Itu sahaja pesanan kasih sayang saya untuk kita semua.

10 thoughts on “7 Kebaikan Perintah Kawalan Pergerakan yang ramai tidak sedar”

    • ubah cara pemakanan dan bersedia untuk hadapi zaman yang sukar dan sengit

      jika sudah bersedia..maka akan terhindar dengan stress atau tertekan nanti

      Reply
  1. Mrs. A pun setuju denga pandangan Mr Hanafi tu memang banyak hikmahnya PKP ni kepada institusi keluarga yang sebelum ni busy dengan hal masing-masing.
    Mrs. A recently posted…LoadingMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: