Hari minggu bagus saya gunakan untuk berfikir cara cari jodoh.Maaf bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk orang lain juga.Saya akui jodoh adalah rahsia Allah.Tertutup rapi dan terbuka apabila tiba masanya.
Itu hukumnya.
Harap bersabar para pencari jodoh.Kepada mereka yang sudah menemui jodoh masing-masing bersyukur selayaknya.
Hargai jodoh kerana sekali kehilangannya baru tahu langit itu tinggi atau rendah.
Sudah dua artikel telah saya tulis berkaitan cara cari jodoh iaitu bahagian 1 dan bahagian 2.Dalam bahagian 3 ini saya nak sambung kembali beberapa tip yang bagus untuk tujuan tersebut.
Cara Cari Jodoh
1.Mantapkan ilmu
Tak kira ilmu apa yang penting ilmu yang membawa kebaikan.Paling bagus kalau ilmu agama kerana ia adalah asas kepada kejayaan untuk dunia dan akhirat.
Orang berilmu dipandang tinggi.Ilmu umpama pelengkap kepada kehenseman atau kecantikan seorang.
Teori mudahnya.Orang ada ilmu pasti dicari oleh wanita yang bijak.
Sebagai lelaki yang berilmu, sahamnya tentu naik.Berkenalan sahaja sudah boleh berkenan.Misalnya ilmu bisnes borong barang China.
Ilmu tidak perlu ditunjuk-tunjuk.Orang akan tetap tahu dari butir bicara dan air muka.
2.Luruskan niat
Mencari jodoh adalah urusan manusia.Mendapat jodoh pula adalah ketentuan Allah.Pastikan dengan niat yang lurus kerana Allah, urusan cari dan dapat jodoh lebih mudah.
Memang akan ada halangan namun halangan akan mudah diatasi.
Perbaiki niat sebaik-baiknya yakni bernikah untuk tujuan kesempurnaan agama, mengelak diri dari terjebak maksiat dan kerana Allah SWT semata-mata.
Jika percaya dan yakin, in shaa Allah jodoh yang sesuai akan datang di depan mata.Pilih dan tunjuk sahaja mana yang berkenan.
3.Buat pemerhatian
Mustahil sungguh kita hidup tanpa manusia lain.Setiap hari kita akan berjumpa dengan ramai manusia.Mungkin di pejabat,pasar, masjid, pesta dan sebagainya.
Bukalah mata dan perhatikan mereka.Ada dikalangan mereka juga tengah mencari jodoh.
In shaa Allah jika niat dan tindakan betul boleh jadi pertembungan jodoh akan berlaku.Semuanya adalah usaha dan ikhtiar manusia.
Siapalah yang tahu ?
Kesimpulan
Cara cari jodoh yang saya kongsikan ini seperti mudah jika dibaca.Namun berkesan atau tidak hanya akan teruji apabila dipraktikkan.
Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam bahagian keempat nanti.
p/s : Amat disaran untuk like Page saya di >>> SINI
*Kemaskini 11 Februari 2020
bagus ni…yang tengah cari jodoh tu boleh rujuk entri ni…moga dipertemukan dengan jodohnya..ameen
semoga bermanfaat untuk mereka…
in shaa Allah
JODOH KETENTUAN ALLAH DOAKAN BERTEMU YG TERBAIK INSYAA ALLAH
paridahishak recently posted…PATIN TEMERLOH
aamiin dan alhamdulillah…
itu yang sebaiknya
Orang berilmu ,apalagi punya harta, pasti lebih banyak dicari wanita. Tidak perlu mencari jodoh, wanita akan berbondong-bondong datang. Tinggal pilih yang mana yang disuka.
tepat sekali mas..
inilah tips yang terbaik dan wajar untuk difikirkan oleh para pria
moga di pertemukan jodoh bg yg sedang mencari…
ilmu pengetahuan tentng umah tangga mmg penting, sbb kita tak nk suami yg bila berkahwin dia tahu jadi raja je, semua isteri yg urus… sbb kurangnya ilmu dia
aamiin…
sejujurnya ilmu agama yang diamalkan adalah yang terbaik dalam melayari rumahtangga
semoga mr hanafi bertemu jodoh ke syurga
aamiin…
doakan juga untuk pembaca yang lain
Moga bermanfaat kpd yg memerlukan dan beroleh jodoh yg sesuai dan diberkati.. aamiin.
Khir Khalid recently posted…Pendedahan Pelajar Lepasan SPM Dengan Kehidupan Kampus
begitulah hasrat dan harapan saya…aamiin
wow gambar tu kerlasss. in sha Allah jodoh itu misteri. semoga sukses bagi mereka yang mencari jodoh.
hahahaha..
gambar Pixabay
free of charge