Cara cari jodoh terus menghantui benak fikiran saya.Bukan bermaksud saya tak sabar nak kahwin tetapi memikirkan beberapa sambungan daripada tulisan sebelum ini.
Belum siap sepenuhnya maka belum tenanglah jawapnya.Setakat ini saya sudah menulis artikel bersiri sehingga ke bahagian tiga.
Sebelum menyambung semula ke bahagian keempat, saya nak kongsi kejadian menarik agar menjadi iktibar dan pedoman buat semua.
Kejadian ini saya temui sewaktu saya hendak ke satu tempat.Dari jauh saya nampak dua susuk tubuh.Sepasang kekasih tengah memadu asmara dana.Cewah !
Dalam hati saya terus bermonolog.Alangkah indahnya dunia ini kalau berdua-duan sebagai suami isteri.
Ini tidak, sepasang kekasih yang belum tentu ada ikatan yang sah.Mereka terpaksa bertemu dan melepaskan rindu di tempat terbuka.Saya buat tekaan begitu kerana faktor usia mereka yang begitu muda.Nasiblah bukan di tempat sunyi.Peringatan, tidak baik juga bersangka buruk.
Dah, setakat itu saya ‘membawang’ tentang mereka.Mudahan mereka berdua berkesudahan sebagai pasangan jodoh yang kekal hingga ke Jannah.
Amiin.
Kita kembali ke topik perkongsian yang sebenar.
Cara Cari Jodoh
1.Jangan buat andaian terlalu awal
Ramai dikalangan kita suka membuat andaian awal.Malangnya andaian yang kita buat selalu tersasar.
Dalam hati nak berkenalan tetapi tidak jadi takut mereka sudah berpunya.
Dah nak mula untuk bertanya itu dan ini takut pula dikatakan busy body.
Hakikatnya kita tidak akan tahu bakal jodoh selagi belum ke proses taaruf.Baik secara langsung maupun tidak langsung.
Serba serbi tidak menjadi.Kesudahanya misi dan visi menjadi basi.
Hahaha..misi nak dapat jodohlah ye.
2.Sepatutnya lebih fleksibel
Dalam usaha untuk mendapat pasangan hidup tentulah kita ada kriteria yang wajar untuk dituruti.
Namun kriteria itu terlalu ideal sehingga susah untuk temui dalam usaha cari jodoh.
Sebagai solusi bagilah kriteria yang fleksibel agar bakal jodoh yang kita ingini boleh diperolehi dengan mudah.
Perkara asas sahaja perlu ditegaskan yakni soal agama dan akhlak.Yang lain-lainnya boleh berkompromi agar proses mendapat jodoh tidak terlalu sukar untuk ditempuhi.
3.Lebih berani hadapi penolakan
Orang dalam bidang perniagaan faham sangat erti penolakan.Mereka mengganggap penolakan adalah kejayaan kecil sebelum menempuhi kejayaan besar.
Sama juga dalam usaha cari dan dapat jodoh.Asal sanggup sahaja menghadapi penolakan demi penolakan baik untuk sang jejaka atau sang dara, memang akan meraih kejayaan dikesudahannya.
Berani kena penolakan maka peluang untuk berjaya semakin dekat.Belum cuba belum tahu.
Jika kena reject segeralah move on.In shaa Allah, lama-lama akan dapatlah jodoh tu.
Kesimpulan
Cara cari jodoh masih banyak lagi belum dirungkai.Jika ada kesempatan saya akan kongsikan lagi dalam bahagian kelima pada siri yang akan datang.
Apa-apapun semoga pembaca dapat manfaat yang saya kongsikan ini.
p/s: Mohon seminit untuk Like Page Mrhanafi Media.
kadang2 jodoh ni kita jumpa tanpa di sangka2…..
kadang cinta monyet tp tup2 sampai ke jinjang pelamin gk
jodoh adalah rahsia Allah sebagaimana rezeki dan ajal..
sebagai manusia teruskan berusaha dan syukur dengan apa yang ada
bagus tips mr h ni.. berlajar dari pengalaman
terima kasih…
sessungguhnya pengalaman itu mahal
hahaha
KALAU DITOLAK REDA TERIMA MAKSUDNYA TENTU TIADA JODOHNYA
terserah juga kepada empunya diri..
pasrah atau terus berusaha
jodoh = rezeki. ia boleh datang tanpa dicari dan juga ada masa kena cari….
tengok keadaan ..
kalau bukan keperluan mendesak..
just & wait..
kot-kot ada terjumpa jodoh
Dalam proses mencari jodoh ni dah tentu ada banyak drama dia juga :-D. Termasuk dalam bab Rejection tu lah. haha
Wan Syahida recently posted…Kanser Payudara dan Kesan Resveratrol Ke Atasnya
rejection adalah perkara biasa untuk mendapat kualiti hahaha.
“the more rejection you get the more result” you have lebih kurang begitulah
First lebih berani menghadapi penolakan, btul juga tuh..
penolakan ialah perkara yang sangat mencabar hahaha
Oklah.. tak sabar nak tau tips yang lain lagi
hahaha…just wait and see
rejection tu sentiasa ada, bukannya jodoh sahaja. yang penting sentiasa bersangka baik untuk peroleh yang terbaik.
rejectiom adalah perkara biasa..
yang tak biasa kalau tiada rejection langsung dalam setiap percubaan