Hari ini saya rasa lain.Memang rasa lain macam.Mungkin pengaruh penulisan cara cari jodoh telah sedikit sebanyak mempengaruhi minda saya kebelakangan ini.Alhamdulillah sudah siap hingga ke bahagian keempat telah saya tulis.
Sejak dua hari lepas, perasaan saya asyik berdebar sahaja.Tidak tahu sebab apa.Risau kalau-kalau dah jatuh cinta pulak. (sekadar bergurau)
Ada yang berpendapat dan saya pegang pendapat ini.
“Berjodoh tanpa cinta bukan jadi persoalannya, yang penting keserasian karekter dalam membina cinta“
Apa-apapun saya tinggalkan dahulu persoalan tersebut.Usah dipanjangkan lagi kerana saya ada topik yang lebih menarik untuk dikongsikan seperti dibawah:
Table of Contents
Cara cari jodoh
1.Ambil tindakan yang wajar
Perancangan terbaik sekalipun jika tiada tindakan tidak akan menghasilkan kejayaan.
Sama juga dalam proses cari jodoh.Tips dan panduan yang menarik telah diketahui tetapi asyik berfikir bila nak bermula tidak akan menghasilkan apa-apa kesan juga.
Cuba buat.Cuba amal.Ambil tindakan agar apa yang diingini bisa menjadi realiti suatu hati nanti.
Tak berani, lawan ketakutan dengan perlahan-lahan.
2.Calon jodoh menyenangi hati ibu
Kebahagiaan rumahtangga amat bergantung kepada keredhaan orang tua.Ibu suka kepada calon jodoh bermakna lulus untuk langkah ke seterusnya.
Jika tidak berkenan ada kemungkinan tidak sesuai.Jangan diteruskan.Biarlah setakat itu.
Cari dan usaha lagi.Mungkin jodoh belum tiba masanya.Bersabarlah kerana ada hikmah disebaliknya.
3.Selidiki sebelum mencurah perasaan
Dalam apa jua keadaan sekalipun sikap bertenang dan bersabar amat perlu.
Tidak perlu terburu-buru untuk mencurahkan perasaan yang agak peribadi.Selidiki latarbelakang elok-elok.
Silap langkah boleh mengundang padah.Nak dapat bahagia bala pula yang datang.Kan naya jadinya.
Sebagai contoh,kena dengan isteri orang ke, suami orang ke atau skandal orang.Fuh sangat bahaya.
Dalam zaman teknologi maklumat ( istilah zaman sekolah dulu-dulu) proses menyiasat sangat mudah.Cari di Google atau di media sosial.Semuanya boleh terbongkar kepada mereka yang aktif di media sosial.
Kesimpulan
Cara cari jodoh yang saya kongsikan ini agak kompleks sedikit berbanding sebelum ini.Namun begitu topik asasnya tidak juga jauh berbeza.Lepas ini nak sambung pula ke bahagian keenam
Kepada pembaca yang ketinggalan untuk mengikuti bahagian bersiri sebelum ini, boleh buka link yang telah saya sediakan.
nanti sy baca part 1-4, sangat berguna tips ini. apapun siapa jodoh kita, yakinlah dia yang terbaik. in sha Allah
untuk mereka yang belum dapat jodoh memang sangat penting la
semoga adik Hanafi berjaya berjumpa dgn jodoh baharu nanti.
aamiin
terima kasih Abe..
semoga rezeki Abe sekeluarga dimurahkan..
ni bagi sya utk yg dh serius nih, sbb kalau nk yg menyenangkan hati ibu kita mesti lah kita dh jumpa kn mereka kn….
berkahwin kalau tanpa restu mak abah mmg agak mencabar sikit
kalau dah suruh jumpa emak bapak memang betul betul serius
dan ia adalah cara yang terbaik untuk dapatkan redha mereka
Saya rasa la kan, agaknya admin tengah jatuh cinta kot sekarang ni..hati berdebar-debar tu..
hahahaha…
konon-konon jelah,
orang yang bersalah pun akan rasa berdebar debar juga
Wahhh, ok nanti sy baca bab sebelum ni pula ye. Nice, sharing
terima kasih atas perhatian..
saya pun nak cuba tip tersebut ..
sekarang belum bersedia lagi hahahaha
Bagus time Ni betula la tu
mamapp recently posted…Compilation Gambar Pilihan Mama – Syafi 0 hingga 10 tahun
hahahaha…
memang ada kewajarannya..
ibu ayah kan ‘makan garam’ dulu kalau mereka ‘tak berkenan’ tu pasti ada sebabnya…
sebab itulah kalau nak cari pandangan tentang jodoh..tanya ibubapa ..
tanya awal-awal sebelum mabuk bercinta hahaha