Kerja freelance agak mencabar.Namun bidang ini luas dan pelbagai cabang.Saya memfokus kepada kerja freelance penghasilan content.Selain pendapatan tidak tetap, kerja freelance bergantung kepada permintaan pelanggan berdasarkan kualiti yang kita hasilkan untuk mereka.
Saya bukan sifu.Bukan juga pakar atau idola yang sudah berjaya.Saya cuma insan yang sedaya upaya untuk belajar memperbaiki diri dalam bidang yang menarik ini.
Terbaharu saya telah terjumpa dalam blog Sifu Pemasaran Online iaitu Tuan Najib Asaddok tentang Cara Tulis Content Yang Simple Tapi Padu.
Pembaca boleh menggunakan teknik ini dalam penulisan di status media sosial, blog atau content kepada pelanggan.
Saya petik dan saya tulis semula dengan gaya sendiri.Mungkin ada tersasar dari maksud asal namun saya akuilah saya menghadam dengan cara pemikiran orang yang sedang belajar.
Tuan Najib Asaddok adalah sifu.Saya adalah follower yang belajar dan terus belajar untuk berjaya sebagaimana beliau.
Menurut beliau ada 7 cara penulisan yang mudah tetapi padu.

Table of Contents
1.Tajuk ada unsur emosi
Manusia dan emosi bagai kuku dengan isi.Tak boleh berenggang.Sebab manusia ada hati dan perasaan.
Jadi untuk menarik perhatian pembaca inilah faktor utama.Tajuk content wajib diselit unsur emosi.
Kata-kata yang menggambar perasaan seperti memukau,teruja,ghairah,sedih, gembira dan sebagainya.
Elemen emosi bagaikan tonik.Orang tertarik seperti magnet jika penggunaan unsur emosi kena pada sasaran.
Hahaha…nak tackle bakal isteri syantek pun mudah ( bukan saya tau !)
2.Senaraikan isi-isi penting
Perkara asas semasa menulis karangan di sekolah.Saya sejujurnya lemah dalam penulisan.Cikgu tidak pernah puji penulisan saya dan karangan saya pun tidak pernah masuk majalah sekolah.
Tak pelah.Zaman sudah berlalu.Sekarang kita belajar dan terus belajar.
Untuk memastikan pembaca boleh memahami mesej yang kita tulis wajar menyenaraikan isi-isi penting
Senaraikan dalam angka yang ganjil.Mungkin no 1, 3, 7, 9 dan seterusnya.
Pilih isi penting yang terbaik.Isi penting yang menjadi dasar kepada sesuatu penulisan.
3.Menjelas isu yang disenaraikan
Bercakap lain dan menulis lain.Jika menulis lebih sukar kerana pemilihan kata yang kurang tepat tidak dapat menyampaikan mesej dengan jelas.
Perkara ini perlu ilmu dan perlu teknik juga.Mereka yang berpengalaman tidak akan merasa kesulitan dalam bab ini.
Kepada saya dan pembaca yang masih baharu perlu sokongan gambar dan video supaya isu yang diketengahkan boleh dicerna minda dengan pantas.
Menurut Tuan Najib Asaddok perlu gaya yang bersahaja.Gaya seperti orang bercakap.
Permudahkan ayat kerana tidak semua mempunyai IQ tinggi.Yang ramainya biasa-biasa sahaja macam saya nilah.hehehe
4.Terangkan akibat dan kesan
Semasa menulis sertakan juga akibat dan kesan dari sesuatu isu yang telah kita sampaikan.
Contohnya isu cara cari jodoh.Apa kesan dari isu ini?
Minda pembaca akan dipacu untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Inilah perkara utama dalam menjadikan penulisan content yang memukau pembaca.
Sama juga dengan isu manusia yang berpendapat bahawa bumi ini flat atau rata.Ramai yang nak tahu adakah betul sehingga menimbulkan keraguan bahawa bumi itu sfera.
Penulisan content yang hebat dapat menerangkan kesan atau akibat daripada isu yang kita ketengahkan.Kita boleh menggunakan pendapat sendiri, sumber pakar, dalil dan sebagainya.
5.Cadangkan solusi untuk pembaca
Memang benar setiap penyakit ada ubatnya.Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Sama konsep dalam penulisan content.Senaraikan jenis-jenis penyelesaian kepada masalah yang diingini pembaca.
Mereka ingin tahu.Mereka tahu kita tahu jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.
Kalau tak tahu bagaimana nak tulis.Logik sangatkan.
Menurut Tuan Najib Asaddok kongsikan sahaja tip yang mudah dan praktikal.Lagi mudah lagi bagus.Lagi senang nak praktik.
6.Bagi nasihat yang berguna
Pembaca memang sedia maklum penulis memang layak untuk memberi nasihat kepada mereka.Hargailah kepercayaan pembaca terhadap kita.
Nasihat boleh berbentuk cadangan yang bukan bersifat arahan.Siapalah kita yang boleh memberi arahan kepada orang lain kecuali mereka memang mahu kita bagi arahan.
Saya bagi contoh dalam isu perceraian.Pembaca yang menghadapi kes penceraian mungkin murung dan berduka.Nasihatkan mereka agar bersabar, redha dan move on.Itu sudah mencukupi.
7.Menyatakan harapan yang positif
Setelah pembaca tahu isu, kesan dan cara penyelesaian inilah penutup kepada penulisan content iaitu harapan.
Penulis harus menjangka pembaca berjaya dan berpuas dengan apa yang mereka nak tahu.Sandarkan harapan positif dan doa yang menguatkan keinginan mereka untuk mencuba tip yang telah kita sampaikan.
Harapan bukan jaminan.Harapan adalah jangkaan manfaat yang mereka perolehi.
Nyatakan harapan dengan jelas, tepat dan padu.
Misalnya harapan seorang lelaki kepada wanita untuk mengahwini mereka.
” Jika itu ketentuanNya kita akan kahwin dan jodoh kita kekal bahagia hingga jannah.Sabarlah sayang.Tiada siapa yang mampu memisahkan cinta kita melainkan takdir. ”
Cewah ! tak cukup power la pulak…muntah hijau la jadinya.
Kesimpulan
Orang kata dan saya suka kata-kata ini.
“ Sudah terang lagi bersuluh “
Begitulah harapan dari insan yang berkecimpung dalam kerja freelance agar pembaca yang sudah tahu boleh sahaja praktikal rahsia penulisan content yang memukau pembaca.
Pukau pembaca dengan penulisan yang hebat dan bermanfaat.Cipta ketagihan membaca mereka kepada penulisan kita.
ye, nak pukau orang dari gaya penulisan bukan mudah kan.
kadang-kadang sokmo taip pastu padam. taip dan padam.
hahaha…
yang terbaik mungkin ialah dengan menjadi diri sendiri. ok ke? hehehe…
hahahaha…kalau nak terbaik macam tu…
tulis dan menulis.
padam dan memadam hahaha
belum pandai memukau pembaca ni tn hanafi.. 😅
samalah..
kalau saya pandai dah lama ada awek pembaca keliling pinggang
Terima kasih perkongsian.Moga lebih banyak menulis..lebih tajam dan lebih mantap penulisan serta penyampaiannya.Aamiin.
Perdu Cinta recently posted…Dosa?..Boleh Berjangkitkah
aamiin..
sebab menulis adalah proses latihan yang berterusan..
biar lambat tetapi kaw-kaw jadinya
Sepertinya untuk blog, poin 1 (pertama) sampai 5 (kelima) cocok dicoba.. Soalnya jarang saya memancing emosi pembaca dalam tulisan saya..
harus tu mas..
pancing minat pembaca dengan unsur emosi
Good tips boleh mama.jadikan panduan
alhamdullillah..
boleh sangat tu.
Saya dari tahun 2016 jadi freelancer blogger hingga sekarang, keuntungannya banyak banget bisa jalan gratis, dibayar dan masih banyak lagi.., seru abis lah wuehehe
rezeki tu mas..
moga terus sukses dan berjaya.
Mantappp, mas juga wuehehe
terima kasih..
moga ianya bermanfaat.
ya…betul.
terima kasih dan moga ada manfaat hendaknya
kalau saya kebanyakan yang poin 4 dikarenakan saya suka review produk dan trip.
Jadi lebih memberikan kesan positif untuk pembaca
ya..
baguslah kalau begitu.
Nice tips 🙂
terima kasih…
pendek kata kena banyak belajar sebelum ‘berserah diri’ menjadi freelancer. sebab ada yg beranggap, alaa tulis je laa… diorg lupa penulisan yg baik adalah penulisan yg smpi ke hati pembaca… dan bkn semua org boleh buat mcm tu kalau x de ilmu
saya pernah tulis surat cinta masa sekolah dan sebelum menulis saya belajar susunan ayat dan olahan kata yang menarik..
sebab nak nenulis sampai ke hati pembaca
keputusannya dapat tackle awaek tetapi dalam kehidupan sebenar saya tewas pulak hahahaha
wah dari dulu kepingin untuk freelance, terutama jadi blog kulineran
tak pe mas..
buat pelan pelan sahaja.
yang penting sukses
Bestnya artikel ni! Keep it up!
Trademark Malaysia
terima kasih….tapi artikel lama