Cabaran Terhebat Seorang Penulis Blog

 Seorang Penulis Blog

Apa jua kerjaya dalam dunia ini pasti ada cabaran.Jika tiada cabaran bagaikan bulan tanpa bintang.Memang termaktub dalam hukum alam.Pasangan kepada cabaran itu sendiri ialah kejayaan.Jadi apa pula cabaran seoarang penulis blog?

Tak lain dan tak bukan.Cabaran itu ialah idea menulis blog.Malahan sehingga ke hari ini pun mrhanafi masih menghadapi situasi yang sama.Sebab menulis blog perlukan idea dan informasi untuk digabung jalin supaya mendapat penulisan yang hebat serta menarik.

Blog yang ada niche pelbagai memang mencabar untuk ditulis,Biarpun ada idea namun tidak semua idea tersebut boleh ditulis sesuka hati,Jika tersilap pilih akan ada sindrom pelik binti ajaib atau hairan bin muskil.

Cabaran blogger seterusnya ialah pengurusan masa.Bukan blogger pun ada hadapi cabaran ini.Tentunya sebagai blogger lebih mencabar.Blogger adalah kerjaya sendiri yang tidak ada bos kecuali diri sendiri.Terpulang kepada diri sendiri untuk serius atau tidak dengan pengurusan masa.Tak hairanlah kalau alasan tiada masa.Sibuk dengan kerja atau keluarga serta sebagainya.Kalau boleh banyak lagi alasan untuk diberikan.

Selain itu blogger tetap menjadikan mood sebagai modal menulis.Mood akan bertambah baik sekiranya ada perolehan pendapatan.Ia memang sukar dinafikan oleh blogger yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan kedua.Lagi banyak pendapatan maka lagi tinggi mood menulis blog.

Sebab itu ada blogger (tidak semua) tidak aktif lagi menulis setelah tiada pendapatan dari blog.Nampakkan ada cabaran kat situ.Logiknya menulis blog menggunakan masa.Pengunaan masa yang banyak tetapi tidak menghasillan sesuatu berbentuk duit boleh juga dikatakan membazir.

Sungguhpun begitu cabaran terhebat tidak lain dan tidak bukan bagi blogger ialah konsisten dalam penulisan.Untuk melatih konsisten ada mrhanafi tulis satu artikel hebat dalam blog Hero Borneo. Sesesiapa yang belum baca tu boleh singgah sebentar ke blog tersebut.

{sekilas pandang}

Mrhanafi tidak menganggap cabaran ini sebagai bebanan.Cabaran ini seperti suplimen minda.Ada cabaran lagi baik.Ada peluang untuk terus belajar,berfikir dan berikthiar untuk menjadi semakin baik setiap hari.

28 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge