Rahsia Buat Kad Nama Yang Memukau

Kad nama adalah cara untuk memperkenalkan diri dalam dunia perniagaan.Tiada kad nama agak sukar untuk orang yang baharu kenal nama kita.Kad nama yang lebih memukau ada kesan hebat.Penerima lebih kenal dan lebih suka dengan kita.

Fungsi lain kad nama memudahkan prospek menghubungi kita pada masa yang akan datang.Mungkin untuk mengetahui produk atau perkhidmatan yang kita usahakan.Paling tidakpun mereka menghubungi kita sebagai seorang kawan.

Sebelum ini saya pernah ada pengalaman menggunakan kad nama.Rasanya memang gah dan glamer ketika menghulurkan kad nama tersebut kepada prospek.Cuma pada masa itu saya tidak membuat kad nama yang begitu memukau.

Apakah ciri-ciri kad nama yang menarik dan memberi kesan emosi kepada bakal pelanggan kita.Dalam buku Mengapa Bisnes Gulung Tikar  ada mensyorkan beberapa perkara yang menarik pada kad nama.

WAJIB BACA :   Memahami dunia quantum yang luar biasa [kemas kini 2022]

Antaranya :

1.Paparan ringkas

Ada rasionalnya kerana kad nama yang ringkas lebih menarik.Mudah pula dibaca dan ingati oleh si penerima.Ringkas tidak semestinya semadi nadai bak kata bahasa Iban.Ringkas pada rupa tetapi ada ciri-ciri hebat pada pandangan pertama mata manusia.

2.Maklumat penting

Ruangan untuk kad nama sangat terhad.Adalah lebih baik guna sebaik mungkin untuk sertakan info penting-penting sahaja.Perkara yang terlalu lengkap akan mencacatkan rupa bentuk kad nama tersebut.

3.Kurangkan warna

Warna yang digunakan pada kad nama cukuplah dua warna sahaja.Belakang warna putih dan ia lebih kelihatan profesional.

4.Sertakan slogan

Gunakan slogan yang ringkas, padat dan mudah diingati pada kad nama.Sebab itu slogan yang menarik akan menaikkan jenama syarikat kita.

WAJIB BACA :   Masalah cepat pancut: Punca dan solusi

5.Letak gambar

Ada gambar lebih mudah prospek mengingati muka kita.Mereka lebih senang untuk berurusan.Malah kelihatan lebih menyakinkan kerana ada gambar secara psikologinya.

Kesimpulan

Kad nama adalah pengganti diri dalam komunikasi perniagaan.Kad nama yang menarik dan hebat akan memukau minat prospek untuk mengenali produk atau perkhidmatan.

Pelaburan untuk membuat kad nama dari kertas yang berkualiti serta reka bentuk yang terbaik berbaloi untuk melonjak jenama bisnes yang kita usahakan.

Percayalah dan jadikan diri kita seorang usahawan yang berjaya, bahagia dan gembira,

6 thoughts on “Rahsia Buat Kad Nama Yang Memukau”

  1. Ramai blogger yang kurang ambil perhatian tentang call card ni. Mungkin mereka kira ianya hanya kepada mereka yang menjalankan perniagaan saja memerlukan call card.

    Sebenarnya, seorang blogger juga seharusnya mempunyai call card sendiri kerana kita perlu bersosial dengan masyarakat dalam seharian kita.

    Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi apabila seorang blogger mempunyai call card sendiri. Jangan terkejut bila anda tiba-tiba mendapat durian runtuh dari seseorang selepas bertukar call card.

    Saya telah melaluinya…
    AhmadiKatu recently posted…Tips Blog : 3 Hal Penting Sebelum Membuat Belian DomainMy Profile

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge