Saya suka topik minda. Salah satu topik keajaiban dan kehebatan yang Allah kurniakan kepada semua orang iaitu minda.
Kita semua ada potensi luarbiasa. Ada peluang untuk berjaya. Peluang sama rata.Hanya mereka yang boleh menguasai minda akan berjaya berbanding orang lain.
Cuma kejayaan berbeza antara satu sama lain. Sebab rezeki kita lain-lain. Yang pasti rezeki tersebut memang ada dan cukup untuk kita sebagai manusia.
Menurut Ustaz Ebit Liew, masing-masing ada ujian dan ujian diberikan kepada kita kerana Allah sayang.Itu sahaja jawapannya.
Tiada dua atau tiada tiga.
Berbalik kepada topik yang saya nak kongsikan ini berkenaan minda sihat emosi stabil.
Menurut Tuan Afnan Rosli, segala pengalaman yang dialami sudah terakam dalam minda sendiri. Soal gembira, bahagia dan suka ada dalam diri sendiri. Begitu juga dengan perkara sebaliknya.
Dekat sahaja.
Apa-apa yang kurang baik berlaku di luar adalah luar kawalan. Kita boleh mengawal diri sendiri untuk sentiasa bahagia dan gembira.
Minda
Pusat kawalan berada di minda.Kita boleh memutuskan untuk tenang dengan pelbagai cara.
Orang Islam boleh solat, zikir, berdoa dan sebagainya. Cara ini membantu dalaman supaya tetap berpaksi kepada rasa tenang, bahagia dan gembira.
Orang mungkin marah,kutuk, caci dan hina.Kita boleh bertahan sabar dengan menukar saranan negatif tersebut menjadi sesuatu yang positif sekiranya kita boleh mengawal minda sendiri.
Kuasa pada diri sendiri.Kuasa untuk memilih bahagia, tenang, suka dan gembira. Kuasa itu ada pada diri sendiri dan jangan serahkan pada orang lain.
Menyerah kuasa tersebut kepada orang lain bermakna kita menjadi hamba kepada persepsi orang lain.
Begitulah huraian yang saya faham berdasarkan perkongsian Tuan Afnan Rosli seperti di bawah:
Seluruh hidup anda, anda Experience hanya dalam minda anda, tak pernah anda alami sesuatu di luar dari minda anda. Semuanya di process dalam satu Anugerah Allah di panggil minda.
Kegembiraan dan ketenangan berlaku di dalam kita, kesedihan dan kekeciwaan berlaku di dalam kita, keterujaan dan kemarahan juga berlaku di dalam diri kita.
Apa yang berlaku di luar dari diri anda, itu bukan dalam kawalan anda.
Tapi apa yang berlaku dalam diri anda. Dalam minda anda. Itu 100% dalam kawalan anda.
Orang boleh kutuk kita, kata kita, maki kita, pukul kita, keji kita dan hina kita. Itu semua luar kawalan kita. Tapi kita boleh tentukan 100% bagaimana kita nak Experience semua itu, bagaimana kita nak react dan rasa semua itu.
Jangan bagi kuasa untuk tentukan bagaimana kita nak rasa dan mengalami hidup ini pada orang lain.
Once anda mula bagi orang lain kuasa itu, anda mula menjadi hamba manusia. Orang lain yang tentukan bagaimana anda nak rasa, orang lain tentukan anda sedih atau gembira, marah atau teruja. Bukan kah itu satu Penghambaan?
Orang lain tentukan apa yang berlaku dalam diri anda. Itu satu jenis penghambaan paling teruk.
Ambil balik kuasa itu. Anda tentukan apa yang anda nak Alami, anda tentukan apa yang anda nak rasa. Pilih untuk sentiasa gembira di dalam. Biar apa pun berlaku di luar.
Suami, bos, rakan sekerja, keluarga, mungkin ada yang berlaku teruk pada anda. Tapi anda bukan hamba mereka. Anda ada kuasa menentukan Experience anda di Dunia.
Faham?
Bersedia untuk kembali berkuasa?
#Share Moga Bermanfaat.
Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
p/s: Teruskan pula bacaan untuk artikel kisah –> saya jadi penulis samblan di akhbar Suara Sarawak
*Edisi kemas kini 10/5/22
hebat betul kuasa minda ni ya
memang hebat bro..
sangat hebat sebagai bukti semua ini kejadian dan izin Allah
BERFIKIR POSITIF HIDUP MUDAH
in shaa Allah.
tidak dinafikan
in shaa Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih tuan tanah kerana menulis di sini
saya menulis apa yang saya faham je.
sama-sama.
sy x igt siapa yg cakap. kata beliau, manusia ni cuma guna otak dia 5% je. bayangkan kalau dia guna 80%? mcm mn agaknya dunia ni? kemudian beliau kaitkan dgn satu movie Hollywood. sy terlupa nama movie tu. ia berkenaan manusia yg mampu menggunakan sepenuh keupayaan otaknya…
saya pernah dipesan oleh cikgu sebelum ini…guna otak sebaik mungkin