Andai kata diberi pilihan untuk hidup bujang atau berkahwin pasti ramai akan memilih untuk hidup berkahwin.Tak kira mereka yang masih hidup bujang atau untuk mereka sudah berkahwin.
Cumanya mereka sudah berkahwin akan berniat untuk menambah cawangan yang sedia ada.Sekadar niat dapat pahala juga tu.
Dalam artikel ini admin ingin berkongsi pendapat peribadi.Namun belum tentu betul pada pendapat orang lain.
Bujang atau single menurut bahasa orang sekarang ialah belum berpunya.Senang kata belum ada jodoh,rezeki dan sewaktu dengannya.
Ada juga yang sudah berumahtangga namun jodoh tidak kekal lama.Ironinya mereka kembali menjadi single baik untuk golongan lelaki atau wanita.Gelaran yang sinonim adalah janda muda berhias atau duda terlajak laris.
Baiklah.
Hidup single itu best dan tidak best.Ada pro dan kontra.
Bestnya hidup bujang bila…
1.Peluang untuk memilih pasangan yang terbaik masih terbuka luas.
Orang bujang boleh melaram.Boleh berdandan secantik yang boleh.Objektifnya untuk menarik perhatian bakal pasangan yang berkenan dihati.Pilih yang terbaik akan dapat terbaik.Sudah semestinya berbaloi dengan usaha yang kita kerahkan.Jika memilih kerana terdesak takut nanti, pilihan membawa penyesalan sepanjang hayat.Pada masa itu cakap pun tarak guna lagi.
2.Pembuat keputusan hampir 100 peratus
Cakap la apa sahaja.Nak beli apa sahaja.Tiada sesiapa yang boleh larang kecuali kemampuan kewangan atau sekatan hukum halal haram.Paling tidakpun batasan undang-undang negara.Hidup single keputusan ditangan sendiri tanpa terbatas dengan pandangan pasangan.Itulah yang bestnya.
3.Bergeraklah sebebas mana yang boleh
Sebagai orang single tiada langsung orang akan kisah kita nak pergi mana destinasi yang kita suka.Cuma jangan pergi ketempat yang boleh menggangu iman.Selain dari itu pergilah sejauh mana yang kita mahu.Malah tak balik-balik pun tiada orang akan cari.Kebebasan itu milik orang single dan pasti dicemburi orang yang sudah berkahwin.
Tak best hidup bujang bila…
1.Tiada teman tidur malam
Disaat orang berkahwin tengah ‘sedap‘ memeluk pasangan masing-masing orang single akan kesejukan sampai pagi.Nak peluk pun sekadar bantal yang tiada langsung ‘tranfer perasaan’ kepada empunya diri.Kehidupan begini agak rugi dan apa boleh buat kepada insan yang terpaksa menghadapinya
2.Perasaan sunyi sepi adalah teman
Sunyi dan sepi adalah dua ungkapan yang hanya empunya hati akan tahu.Jika nak tahu juga cuba pergi pulau yang tiada berpenghuni seorang diri.Mungkin juga mencuba ekspedisi solo ke hutan belantara.Pada masa itu terungkap perasaan sunyi kepada orang yang masih single.Lebih-lebih untuk mereka yang tinggal di bilik sewa murah
3.Tiada kenangan terindah menikmati makanan sedap
Bagi insan pelahap memang tidak kisah pun nak makan berteman atau seorang diri.Bagi mereka peduli apa dengan orang, yang penting tengkorok mereka diisi sepuas hati.Namun bagi insan prihatin tentunya makan berdua atau bersama keluarga adalah saat yang sangat berharga.Tiada nilai jika diukur dengan kasih sayang walaupun ada yang sinis menyatakan kasih sayang mana boleh dimakan,diratah dan dikunyah.
Kesimpulan
Bagi yang masih hidup bujang jangan berputus asa untuk terus mencari pasangan.Luaskan pergaulan kerana dalam ramai kenalan itu akan ada jodoh untuk admin.
Eh silap la pulak..
Untuk anda sebagai pembaca, jom menjemput jodoh dalam portal Baituljannah
Sekiranya pembaca sudah berpunya atau dalam ikatan perkahwinan, hargailah pasangan masing-masing.Mereka adalah peneman suka dan duka.Mereka sanggup susah dan senang bersama.
Realitinya ada juga “abang senang kena sayang,abang susah kena tendang” tetapi jarang-jarang ada.
Hidup terlalu indah untuk dinikmati baik masa bujang atau sudah berpunya.Bersyukurlah dengan apa yang ada dan pasti nikmat itu berganda-ganda.
part boleh buat keputusan sendiri tu sangat2 setuju.
nikkhazami recently posted…Ulasan Filem Lady Bird
aisey man..
kalau buat keputusan berdua tu best juga.
dua kepala lebih baik dari satu kepala
tak best sebenarnya hidup bujang bila dah sampai waktu rasa nak berbini
hahaha
bagus la kalau begitu..
mana boleh bujang lama-lama..
nanti lambat dapat anak ..
hehehehe
tp tu lah
dah tua nih tak kahwin lagi
hahaha
siapa kata bro dah tua..
saya la tu..
maksudnya masih muda dan still bergaya
Jodoh perlu diusahakan selebihnya tawakkal kerana jodoh juga salah satu bentuk rezeki.
Bujang ada tanggungjawab yang perlu di galas..begitu juga yang telah berkahwin.Apa yang paling utama apa sahaja statusnya sama ada sudah bersuami/beristeri mahu pun bujang lelaki/wanita .. terus berusaha perbaiki diri.
Doa.
status wajib jelas
supaya tidak berlaku komplikasi sosial kemudian hari
portal cari jodah mas..
mau juga kah tambah cawangan ?
kalau yang satu dah terbaik dan sempurna maka tak perlu yang kedua…
hahahaha..tahu tak pe mas.
bab tanggungjawab ramai yang “Fail”..
sebab itu rumahtangga jadi pincang
Memang best hidup bujang. Bagai dunia ana yg punya. Tapi bila sudah berumahtangga rupanya lagi seronok kerana Ada teman sedih Dan bertembung. Mmg dah x bebas mcm dulu tpi kebahagian itu Dari segi lain
tahu tak pe..
berkahwin ada kegembiraan yang tersendiri.
bujang pun sama ..tetapi dari persektif yang berbeza
betul tu. bujang berkahwin ada pro & kontra masing-masing. tapi kalau jodoh sudah sampai jangan tunggu lama-lama. lapaq nasi minyak oi.. 🙂
ya betul tu..
nasi minyak yang ada kat rumah pengantin memang sedap
kalau bujang sakit sorang-sorang
Ikhwan recently posted…Usahawan Internet Susah Nak Jadi Jutawan
apa boleh buat tuan..
tidak semua ada rezeki dan peluang untuk hidup berumahtangga
bujang seronok. kahwin pun seronok. 🙂
yang lebih seronok kawen…hehehehe
Masih rasa seronok jadi manusia yang bebas walaupun memalam peluk bantal jer. Kikiki…
oh kasihaanya..
cari la bantal hidup.
keseronokannya akan berganda
ada yg best ada yg x best… tp kita x boleh laa turut kn hati sgt… kalau berlaku yg best tu, anggap shj ia sebuah nikmat. yg x best tu, anggap shj Allah suruh kita kembali kepada-Nya…
#donedakwah
#bukanostajahsocmed
😉
in shaa Allah..
tiada kehidupan sempurna
In shaa Allah rezeki bertambah lepas kahwin tapi nak buat 100% keputusan sendiri dan bebas buat apa saje tu tak dapat la..haha
yalahkan…
ambik mana yang lebih baik itu sebagai faktor dominan
Ada pro dan kontra sebenarnya… insyaaALLAH klau dh kawin byk rezeki kita dpt, ada teman… klau bujang pun ok sbb tak babitkan hati org lain tapi bosan la xde org yg sanggup susah payah dgn kita
betul tu..
yang tak betulnya …
ada juga nak senang je..
kalau susah conform tak nak.
Bujang, kalau malam cuma boleh peluk bantal, hahaha.
hahahaha kasihan banget..
kalau begitu kayaknya ..nikah la cepat jika ada pasangannya
aku kalau sunyi peneman ku adlah music&guitar.. kalau agak bosan keterlaluan game lah peneman hidup ku..hidup single ni best kdg2 time sunyi jer yg tak best..tapi tkper peneman ade “game “&guitar
🕇bukan nak raih simpati
🔴 hidup hnya sementara
🔺kadang rasa down sikit
jika ada kemampuan fizikal dan material..
digalak sahaja untuk berkahwin.
bila dah kahwin…adalah teman siang dan malam