Balasan Suami Menyakiti Hati Isteri Yang Perlu Diinsafi Segera

Balasan suami menyakiti hati isteri betul-betul serius.Wajar untuk kita insafi segera dan cegah sebelum parah.Sejujurnya admin menulis berdasarkan rujukan kepada beberapa blog yang admin rasa wajar.Mudah-mudahan ia menjadi panduan kepada mereka berkaitan.Kalau boleh elakkan berlaku kepada kita.

Menurut artikel blog theasianparent.com menyatakan balasan ketara ialah rezeki kurang lancar.

Rezeki yang terhalang kerana perbuatan menganiaya isteri tidak boleh dipandang ringan.

Surah An Nisa ayat 19 ada menyebut,

“Dan gaulilah isterimu dengan baik, lalu jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu. 

Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”

Secara jelas isteri adalah ujian buat suami.

Suami juga ujian buat isteri.

Ujian yang admin maksudnya berkaitan iman.Sesiapa yang lulus sewajarnya akan mendapat pahala dan rahmat dari Allah SWT.

Apa pula kaitan dengan rezeki…

balasan suami menyakiti isteri

Ya.

Kebiasaannya jika isteri sudah marahkan suami, mereka akan ‘melaserkan’ suami dengan kata-kata nista.

Kata-kata adalah doa.Mungkin dalam berkata-kata nista ada yang Allah perkenankan.Maklum sahaja, doa orang yang dianiaya tidak berhijab.

Mungkin ada isteri yang begitu tega mendoakan kehidupan suaminya tidak berkat,tidak berguna dan sebagainya yang tidak elok.

Menurut artikel Mingguan Wanita pula sesiapa yang menyakiti hati isterinya akan menjalani kehidupan tidak berkat dan tidak berjaya.

Nampakkan kesan negatifnya.

Dalam artikel blog Pesona Pengantin pula menceritakan jika suami menyakiti hati isteri akan menyebabkan rezeki tertutup.

Isteri tidak mensyukuri rezeki yang diperoleh sebab hati sudah disakiti.Kurang bersyukur maka rezeki kurang masuk.

Senang fahamkan.

Dalam pada itu juga isteri akan melayani suami separuh hati.Tidak ikhlas dan tidak sungguh-sungguh.Bimbit-bimbit kehancuran akan menghakis kebahagiaan rumahtangga.

Sekali lagi, kurang bahagia maka rezeki pula kurang masyuk.

Formula mudah.

Rumahtangga kurang bahagia maka rezeki berbentuk ketenangan,kebahagiaan dan ceriaan lari jauh bertempiaran.

Penutup

Admin tidak membincangkan isu ini lebih lanjut.Namun admin tetap berpegang kepada hadis berikut:

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang paling baik di antara kalian dalam bermuamalah dengan keluargaku.” (H.R. Tirmidzi)

Pembaca juga boleh mengamati pesanan Ustaz Azhar dalam isu balasan suami menyakiti hati isteri melalui Youtube dibawah ini.

Artikel berkaitan

31 thoughts on “Balasan Suami Menyakiti Hati Isteri Yang Perlu Diinsafi Segera

  1. Lelaki yang paling baik adalah lelaki yang paling baik dengan keluarganya sendiri. Moga lelaki-lelaki tembelang di luar sana kembalilah ke pangkal jalan, jadi macam Shah.

  2. Begitu juga balasannya kalau kita menganiayai ibu bapa serta siapa saja pasti akan terima balasan yang mungkin kita tak sedar

  3. Contoh yang ditunjukkan junjungan mulia kita Rasulullah adalah yang terbaik untuk dijadikan ikutan sebagaimana maksud hadith yang dinyatakan di atas. Semoga diberi keberkatan sebagaimana doa yang diucapkan di hari pengantin ijab qabul.
    Al-Manna Ameer recently posted…Al-Hawa AmeerMy Profile

  4. org kawen kau pun nk kawen jg tp lps tangan… baru2 ni terbc berita, ada lelaki menganggur tp boleh pulak dia kawen 2 secara senyap2…

    1. kalau kawen satu boleh terima lagi walaupun kerja petik anggur..

      tetapi kawen dua tanpa pendapatan cukup..memang susah nak terima..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge