5 Rahsia Perkahwinan Bahagia Orang Dulu-Dulu

Rahsia perkahwinan bahagia wajar untuk dikongsi dan disebar secara meluas.Tambahan pula zaman kebanjiran maklumat perlu dipergunakan sepenuhnya untuk perkara kebaikan.Lebih molek perkara baik dominan berbanding perkara buruk.

rahsia perkahwinan bahagia

Saya tidak kata orang zaman sekarang tidak bahagia.

Perbandingan secara rambangnya, kalau orang tua dahulu mereka rata-rata hidup bahagia.Segelintir sahaja yang  bermasalah.

Orang zaman sekarang ramai yang bahagia dan ramai juga yang kurang bahagia.

Baiklah.

Itu cuma mukadimah dan jangan pula difokuskan.

Selepas ini pembaca akan ada maklumat cara untuk kekal bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Saya akan kongsikan rahsia perkahwinan bahagia dari perspektif zaman ibubapa dan datuk nenek kita.

Sekarang kita mulakan.

Rahsia Pertama : Komunikasi efektif

Komunikasi adalah teras dalam setiap hubungan suami dan isteri.

Komunikasi lisan dan komunikasi badan.

Dua-dua penting.

Bagi pasangan yang  serasi, mudah untuk memahami mesej masing-masing.Kemampuan mereka berkomunikasi kadang-kadang hanya melalui gerak hati.

Suami fikir A.

Belum cakap lagi.

Isteri dah faham apa itu A.

Sudah tentu pasangan suami isteri zaman dulu-dulu.

Persoalannya kini tidak semua diantara kita dianugerahkan pasangan yang serasi.Jangan salahkan sesiapa kerana pilihan pembaca terletak tangan sendiri sewaktu zaman berkenalan dan bercinta lagi.

Dalam menghadapi realiti begini,ambil pendekatan mudah.Jangan ambil mudah. [sikap yang dominan tapi tak semua]

Belajar memahami pasangan masing-masing.Bercakap dari hati.Berkata-kata dengan jujur dan paling penting letakkan diri kita pada tempat pasangan masing-masing.

Rasai dan terokai empati.Jika berjaya melakukanya maka terwujudnya komunikasi efektif.

Saluran komunikasi  yang terbaik adalah secara langsung.Bukan melalui gajet sebagai perantara.

Abaikan media sosial.Kita tidak mahu mengheret orang lain terpalit dengan kisah rumahtangga yang sepatutnya P & C.

“Private and Confidential”

Dulu-dulu media sosial belum ada.Masa banyak bersama suami isteri untuk bersembang mesra.Cara hidup tidak sibuk seperti mana sekarang.

Lantas aura kasih sayang suami isteri zaman dulu terpateri hanya melalui sembang-sembang biasa namun penuh bermakna.

Sehingga setakat ini pembaca ok  tak ?

Jangan sedih-sedih kerana saya nak teruskan ke rahsia yang seterusnya.

Rahsia Kedua : Bijak tangani konflik

Siapa yang biasa dengar dialog bawah ini:

“sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri”

Suatu ketika saya sempat menonton layar tv cerita P Ramlee.Saya ingat dialog tersebut.

Solusi kepada isu konflik suami isteri saya kaitkan dengan peribahasa :

“buang yang keruh dan ambil yang jernih”

Mudah tak ?

Teori mudah.

Praktikal adalah perkara sukar.

Peribahasa tersebut orang dahulu buat.Mereka implimentasi dalam kehidupan.

Mereka bahagia dan mereka boleh atasi konflik dengan merendah ego masing-masing.Pasangan suami isteri boleh meminta maaf dan menerima kemaafan.

Kesudahannnya perang dingin akan tamat untuk ke medan perang yang seterusnya.

Yang itu memang rahsia dan saya cuma galakkan si suami guna Turbo Manggo Gel

turbo gel manggo

Kita tinggalkan rahsia dalam rahsia untuk mengetahui rahsia seterusnya.

Rahsia Ketiga : Kuasai zon bawah perut

Semua suami yang normal mempunyai zon bawah perut.Tiada dua atau tiga.

Pengabaikan zon bawah perut [sila fahamkan sendiri] secara langsung menghilangkan kebahagiaan rumah tangga.

Biar saya jelaskan secara berkias.

Suami yang tengah kelaparan akan mencari makanan.Tiada makanan bawah tudung saji dia boleh cari dikedai makan.

Kaedah betul dan dijamin halal sekiranya dibeli dekat kedai makan yang halal.

Suami yang tengah ‘berkeinginan’ akan mencari isteri.Tiada isteri dirumah atau permintaan tidak dilayan maka dia nak dapatkan dari kedai juga ke ?

Kedai memang ada ‘jual’ tetapi memang sah haram di sisi agama dan salah di sisi undang-undang negara.

Berbalik kepada fitrah semulajadi lelaki maka nafsunya cuma satu namun dikawal oleh 9 jenis akal.Mereka yang boleh kawal nafsu yang satu itu dengan akal maka selamatlah perkahwinan.

Apa yang merisaukan tak ramai yang mampu seperti itu maka si isteri yang perlu ambil peranan.

Kenyangkan zon bawah perut suami in shaa Allah, isteri tidak perlu khuatir apa-apa.

Sekiranya sang isteri dah tak mampu lagi untuk servis zon bawah perut suami maka bukalah hati untuk meredhai suami tambah cawangan baru.Korban hati namanya.

Itupun dengan syarat sang suami mampu mental,fizikal,spiritual dan kewangan yang mantap.Perlu ingat juga tanggugjawab dan amanah berganda ganda.

Kalau tahu tak pe.

Saya tertarik dengan isu korban hati ini kerana saranan idea ‘big bos’ Trafik 360, pemilik syarikat Training and Consultancy yang beroperasi di Metrocity Matang,Sarawak.

Kita teruskan  kembali.

Untuk bahagia suami isteri cubalah konsep give and take seperti berikut:

1.Isteri taat maka suami setia

2.Isteri penyayang  maka suami bertanggungjawab

3.Isteri manja maka suami romatik

4.Isteri ceria maka suami gembira

5.Isteri bersabar maka suami bersyukur

Nampak tak bagaimana konsep give and take yang telah diamalkan oleh pasangan suami isteri zaman dolok marek [dialek Melayu Sarawak ].

Seterusnya kita lihat pada rahsia yang tidak kurang pentingnya.

rahsia perkahwinan

Rahsia keempat :Menerima pasangan seadanya

Perlu ingat.Masa bercinta pun sama.Mereka akui untuk menerima pasangan seadanya.

Belum kahwin teori ini sempurna.Masa bercinta tidak akan terlihat cacat cela kepada pasangan masing-masing.

Terbaik,terhebat dan termulia pada pandangan mata dan hati orang yang tengah lena bercinta.

Hakikatnya selepas kahwin.

Segala pengharapan dan impian tidak begitu.

Percaya tak ” hidup tidak seindah mimpi”.

Realiti sudah pasti mencabar dalam liku-liku kehidupan kita pada hari ini.

Saya ambil pendekatan suami isteri dulu-dulu.Mereka tidak meletakkan harapan yang terlalu sempurna terhadap pasangan.

Mereka redha atas kemampuan masing-masing.Mereka bersyukur seadanya sehingga tidak timbul rasa tidak puas hati.

Kunci kebahagiaan terletak dalam situasi tersesebut sehingga pasangan suami isteri saling mencintai sepanjang hayat.

Hari ini senario sudah berbeza.Tidak semua namun memang ada.

Si isteri merungut kerana bersama suaminya,mereka hidup susah.

Si suami juga merungut sekiranya si isteri lebih fokus kepada bisnes atau kerjaya.

Lama-kelamaan suami isteri saling mengungkit kesilapan.Dua-dua tidak mengalah menyebabkan pergolakan rumahtangga .

Anak menjadi mangsa.Kasih sayang kelaut dan syaitan bertepuk gembira kerana berjaya menjauhkan mereka dari landasan agama.

Dah cukup.

Cerita sedih tidak harus diulang tayang.Lebih baik kita ke rahsia terakhir.

Rahsia kelima : Berusaha untuk sihat

Memang benar sakit adalah ujian.Namun sakit juga boleh dielak melalui amalan gaya hidup sihat dan pengambilan produk kesihatan.

Suami isteri yang bahagia mementingkan kesihatan.Dengan tahap kesihatan yang optimum sudah tentu melancarkan aktiviti harian.

Kerja lebih senang.

Melancong boleh.

Umrah dapat.

Bahkan berbulan madu dengan pasangan yang sedia ada amat digalakkan.Bagi yang belum pernah buat jomlah cuba.

Tinggalkan anak-anak sehari dua.Bukan tak sayang mereka tetapi demi kelangsungan kasih sayang untuk lebih jauh.

Semua ini boleh dilakukan dengan syarat kita cukup sihat.Orang dulu-dulu boleh sihat kerana faktor pemakanan terjaga,pengurusan emosi yang mantap dan curahan kasih sayang mencukupi.

Orang kampung saya kata ” cukup baja maka hati tenang”

Yang peliknya sehingga sekarang saya belum faham yang dimaksukan baja dalam kontek tersebut.

Nak hidup sihat boleh cari produk kesihatan tempatan dalam >>> Jamumall.com susu unta

Bila nak buat?

Bila lagi kalau bukan sekarang.Perlahan-lahan sebagai sebagai permulaan adalah jauh lebih baik dari tidak bergerak.

Kesimpulannya.

Saya dah bongkar rahsia perkahwinan bahagia.Terpulang kita nak ikut atau tidak.

Kalau ikut bagus la.

Tak nak ikut pun tak kisah juga kerana manusia berubah bukan kerana didesak tetapi kesedaran diri sendiri.

Sehingga jumpa lagi dan jangan segan silu untuk bagi komen,like Facebook,join group whataspp atau share kepada mereka yang memerlukan.

p/s : Soalan terakhir, rahsia yang mana satu pilihan hati para pembaca ?

-mrhanafi-

 

(Visited 175 times, 4 visits today)

56 thoughts on “5 Rahsia Perkahwinan Bahagia Orang Dulu-Dulu

  1. dulu dan kini rasanya tak jauh beza juga..sebab ada yang bahagi ada pula sebaliknya…semua ni dri suami isteri juga yang menentukan kebahagian mereka … kalau tiada sikap memahami, sabar, tolak ansur,sayang dan sebagainya..memang rumahtangga hancur lah…ahahaha..

    • mereka tak perlu kahwin lebih dari satu jika isteri yang sedia ada dah cukup memenuhi keperluan mereka…

      macam orang yang kenyang mana ada selera nak makan lagi..

  2. isteri orang dulu-dulu sangat menghormati suami. tak ramai isteri zaman dulu yang berani melawan cakap suami kerana kebergantungan 100% pada suami. Sekarang berbeza

    • tulah hikmahnya kalau suami yang bekerja dan isteri suri rumah sepenuh masa…

      sekarang suri rumah pun boleh buat duit..

      malah boleh buat duit banyak lagi dari suami..

  3. Walaupun GV single, tapi GV setuju ngan pendapat Mr Hanafi. Yang paling penting serasi bersama. GV rasa maksud cukup baja maka hati tenang mungkin bermaksud cukup nafkah zahir dan batin baru hidup sejahtera. Macam pokok, bila cukup baja, pokok itu akan tumbuh segar-bugar. hihi. Kalau si suami dan isteri saling pandai memasak, rasanya bertambah2x bahagia keluarga mereka sebab hari2x leh makan sedap. hihi.
    Galaksi Viral recently posted…GIMIK MELETOP SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 YANG EPIKMy Profile

  4. Dalam rumahtangga, komunikasi dua hala sangat penting. Kalau tak ada komunikasi macam mana nak hidupkan suasana ceria dan bahagia. Jika timbul masalah akan jadi sukar utk selesaikan sebab tak ada komunikasi.

  5. Nak bahagia dalam perkahwinan, islam dah bagi 4 syarat

    pilih yang beragama

    beragama tu ustaz dan ustazah ke?

    Bukan bukan

    Beragama biar yang arif dan amalkan islam dalam hidup

    Tak semestinya ustaz dan ustazah amalnya dan niatnya lagi ikhlas dari orang biasa kan

    kita manusia

    Orang yang belajar agama lagi kuat ujiannya dalam beragama

    Dan lebih senang terjebak menjadi penunggang agama
    Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee Untuk Darah Tinggi. Kawal Tekanan & Elak Stroke Sekarang!My Profile

  6. Betul tu apa yang mr hanafi kongsikan. Terima kasih ye dah mengingatkan. Biasalah tumah tangga memang ada pasang surutnya. Hanya kita kena pandai untuk atasinya bersama pasangan.

  7. Ingat pesan arwah ayah, apa-apa hal, bincang suami isteri. Jangan kira apa orang luar kata atau fikir.

    Hal rumahtangga, selesaikan suami isteri semampu mungkin. Melainkan hal yang dah tak dapat ditangani. Itupun, cari orang yang betul.

    Al-Fatihah buat arwah ayah yang sangat penyayang, tegas, penuh perlindungan.

    • Nampaknya nasihat arwah Ayah Naimah tepat dan relevan sepanjang masa..

      Al Fatihah untuk arwah.

      Moga pahala dari ilmu yang disampaikan terus mengalir untuk arwah.

  8. intinya mungkin orang jaman dulu menikah itu orientasinya berbakti kepada Allah Taalla, tidak seperti perkawinan jaman sekarang yang kerap berorientasi harta

Leave a Comment

CommentLuv badge