Kebiasaan baharu menjelang akhir Ramadan

Hari ini sudah masuk 18 Ramadan.Ada berbaki 12 hari lagi untuk umat Islam seluruh dunia menyambut 1 Syawal.

Tentu menjelang akhir Ramadan ini ada beberapa kebiasaan baharu yang menggantikan budaya lama.

Pertama, tidak balik kampung.Saya masuk tahun kedua tidak balik ke kampung sendiri.

Tahun sebelumnya balik ke kampung orang.

Tradisi ini sudah tiada lagi.

Kini sudah menjadi kenangan dalam album kehidupan.Maaf saya perlu berkias atas alasan yang bersifat peribadi.Berat hati untuk dikongsikan secara terbuka.

Nak tahu juga, sila PM tepi ye.Kita bincang sampai jadi.Jika tak jadi juga kita letak tepi sebagai sahabat sejati hehehehe.

Kedua, tidak beli baju raya baharu.Ketika musim Covid-19 sekarang elok juga pakai apa yang ada.

WAJIB BACA :   Nasib baik ada petua sinki tersumbat untuk solusi segera, kalau tidakā€¦

Memang ada pelbagai jualan secara online.Boleh sahaja membeli.Namun jika ada kengkangan kewangan akibat PKP dan kini sudah berubah PKPB, elok juga tangguh dulu.

Nota:

PKP = Perintah Kawalan Pergerakan

PKPB = Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Sediakan duit untuk keperluan utama dan persediaan kecemasan.Kita tidak tahu apa-apa yang berlaku dalam sebulan dua lagi.

Ketiga, tidak beriktikaf di masjid atau surau.Amalan beriktikaf 10 malam terakhir sudah tidak dilakukan lagi.

Sekarang hanya boleh lakukan di rumah rumah sahaja

Hari-hari terakhir Ramadan kita pulun beribadah secara all out.Sebab tahun depan entah sempat atau tidak lagi bertemu Ramadan.

Dulu masa tiada Covid-19 orang tak kisah juga.Allah uji kita semua untuk tahun ini dengan tarik nikmat beribadah yang biasa dilakukan sebelum ini .Semoga tahun depan kita kembali ke pangkal jalan.

WAJIB BACA :   Dua Jiwa Satu Cinta

Demikian tiga kebiasaan baharu untuk Ramadan ini.

Secara jujur saya sedih juga.Namun apakan daya jika Allah belum izinkan untuk kita berbuat demikian.

Sama kes dengan perjalanan rentas negeri dari Sarawak ke Johor.Maknanya hubungan perasan ( boleh jadi perasaan) kita tertunda untuk ke tahun depan.

Kenyataan tersebut diakui sebagai gurau saya pada hari ini.Kalau tak gurau tak sah hubungan kita.Logiknya belum disahkan pun depan tok kadi.hahaha nak gelak sekejap.

Alamak lebih-lebih pulak gurau saya nie.

Saya harap pembaca terus bersabar ketika berada di penghujung Ramadan ini dan kebetulan juga semasa tempoh PKPB berlarutan sehingga 9 Jun 2020

Ambil ibrah puasa yang mendidik jiwa untuk terus bersabar dan tenang hadapi apa jua ujian mendatang.

WAJIB BACA :   Pengalaman Pertama Merayakan Hari Raya Puasa Seorang Diri

Percayalah disetiap kesusahan yang kita hadapi akan disusuli juga dengan kemudahan.

Akhir kalam, eleh sastera juga kata-kata saya ini.

Jangan segan-segan untuk belajar ilmu Bisnes Makan Delivery yang amat cocok dengan kebiasaan baharu selepas wabak Covid-19 melanda dunia.

arrow

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge