Para penjawat awam mulai tersenyum selepas pengumuman penyelarasan gaji 15 peratus pada 16 Ogos baru-baru ini. Pendek akat naik gaji.
Naik gaji
Gaji naik buat mereka.
Kuasa membeli mereka bertambah dan kadar permintaan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran juga meningkat.
Impikasinya rantaian para pembekal dan peniaga juga tersenyum kerana mereka boleh bermain dengan harga.
Inilah peluang terbaik untuk menaikkan harga sejajar dengan konsep permintaan versus penawaran.
Persoalannya kini siapa yang akan merasai demam perubahan ini kalau bukan rakyat marhaen.
Mereka (termasuk saya juga) terpaksa menyambung hidup dengan kerja, kerja dan kerja tanpa mengira masa.
Oleh kerana pendapatan rendah, tidak tetap atau tiada mungkin rakyat marhaen akan demam dalam beberapa bulan lagi.
Tidak wajar salahkan keadaan atau keluh kesah berpanjangan.
Hidup mesti dilalui baik masa sukar, mencabar mahupun tenang dan meyenangkan.
Oh ya.
Saya baru kebah dari demam selsema.
Mungkin perubahan cuaca ke panas dan sejuk secara mengejut.
Semasa demam kedua lutut saya rasa ngilu dan pengalaman tersebut cukup menginsafkan.
Berdepan dengan rasa demam bagaikan pintu maut terlalu dekat.
Andainya pada masa itu diberi kekayaan sekali pun umpama tiada makna lagi.
Orang sakit hanya perlukan sihat.
Sebab itu sihat wajar dikelaskan sebagai nikmat kedua selepas iman.
Bersyukurlah masih sihat dan tanamkan azam untuk sihat sepanjang hayat.
Waima gaji naik atau barang naik sekali pun tidak setanding dengan nikmat sihat.
Sihat adalah anugerah dan wajib diusahakan dengan kawal pemakanan, gaya hidup aktif dan doa kepada Allah SWT.
Semoga bermanfaat buat kita semua.
Bersediakan untuk kenaikan harga barang lagi nanti. Tunggu dan lihat. Syukur jika diberi nikmat sihat semula setelah sakit.
Faizal R recently posted…Pekena Clayport Kari Ikan Jenahak Di Restoran Route 69
Sekurang-kurangnya kita sudah bersedia untuk hadapi harga barang yang bakal naik
agree bang. sebenarnya blessing paling berharga dan tak terukur nilai nya, itu nikmat SEHAT. bukan kekayaan. terkadang kaya sekalipun tak mampu juga mengobati ketika sakit parah.
gaji naik, barang pun naik. jadi sebenarnya sama saja yaa 😅. hidup makin keras. kita nih, berusaha makin keras saja utk bisa mengimbangi kenaikan barang.
tapi tetap percaya, rezeki semuanya dari Atas.
Alhamdulillah kerana masih percaya dengan rezeki dari langit..
sihat itu rezeki yang amat besar
Bukan sekadar gaji dan barang naik, berat pun senang naik sekarang ni. Nak turun tu susah skit. Tak apa, rezeki Allah dh tetapkan. Berusahalah!
Afiffuddin recently posted…Maksud Gaji Hakiki Penjawat Awam
biasalah bro..
semakin berumur maka badan semakin berat hehehe
Syafakallah.. Semoga cepat sembuh. Tentang kenaikan harga barang, harap2 pihak berwajib rajin pantau supaya sikda penjual yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang2nya sebab nok naik gaji ya penjawat awam jak, bukan semua pembeli.
Terima kasih atas doanya
yalah tek semoga pihak berwajib memantau kenaikan harga barang kelak
kerja sendiri macam saya ni cuma mampu tumpang gembira untuk mereka yang naik gaji, rezeki mereka =)
Kerja sendiri pun rezeki juga
cuma cara sahaja yang berbeza
semoga kita sihat2 selalu..aamin…
gaji belum naik, harga barang dah naik dulu pun selalu
biasalah kan…
lagi cepat harga naik lagi banyak dapat untung
harga barang dah lama naik,tapi gaji baru nak naik…tapi nanti harga barang akan naik lagi.Kitaran yang akan terus berulang,gaji naik kos sara hidup akan turut naik…
Moga sentiasa sihat ye Mr.Hanafi…moga yang baik2 sentiasa mengiringi kita sepanjang hayat
Perkara yang sukar kita kawal..
barang baik dan gaji lambat naik
terima kasih atas doanya
Moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudah kan semua urusan.
aamiin.
Doa hari Jumaat tiada hijab
hantaran kawen pun naik juga🤣🤣
kalau macam tu…lambat lagi la orang nak kahwin hahaha
Kenaikan gaji belum ada tetapi hampir sepanjang masa ada je kenaikan harga barangan secara bermusim.
Itulah realiti kehidupan yang terpaksa kita hadap setipa masa..
mahau atau tidak terpkasa layan sajalah
Moga cepat sembuh. Moga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah.
Alhamdulillh….sekarng saya semakin baik dan pulih
semuanya dengan izin Allah SWT
Semoga lekas sembuh…
Ammin dan moga kita semua sihat walfiat