Mencabarnya istiqamah, rupanya itulah keistimewaan para wali Allah

istiqamah

Perkongsian kali ini bukanlah fokus kepada keilmuan yang bersifat keagamaan. Cukuplah dianggap coretan kata, nukilan rasa dan luahan jiwa untuk santapan minda para pembaca.

Sebelumnya saya ada menulis tentang Tiga cara ampuh untuk capai matlamat.

Alhamdulillah saya ada mencuba.

Tetapi sayang, saya cuma bertahan seminggu dua dan minggu seterusnya ke laut.

Rasa Malas biarlah bertempat, barulah ada ummpโ€ฆtidak mampu diteruskan.

Saya mahu bermula lagi tanpa tunduk atau menyerah kalah untuk minggu ini

Orang berjaya selalu pesan, jangan kira berapa kali jatuh tetapi kiralah berapa kali bangkit selepas jatuh.

Semoga dengan cara ini saya beroleh 5 penyumbang kebahagiaan seorang insan

WAJIB BACA :   Kisah tersalah ambil telefon isteri dan roti cheese tak serupa jadi

Baru-baru ini saya ada mengikuti satu kuliah Subuh tempat saya bermukim.

Ustaz tersebut kata, antara perkara yang sukar, mencabar dan susah untuk dilakukan orang kebanyakkan ialah istiqamah beramal walaupun amalan sedikit.

Jika berjaya istiqamah maka ciri-ciri tersebut menyamai Wali Allah.

Mereka insan terpilih dan istimewa pada pandangan Allah SWT.

Kita tidak tahu.

Bahkan orang tersebut pun tidak akan tahu bahawa dia sendiri menjadi wali Allah.

Wallahualam.

Oleh kerana ada hari istimewa hari ini, yakni hari jadi sendiri, saya kongsikan hadiah yang saya dapat dari anak-anak untuk diabdikan dalam konten ini.

Cukup sederhana tapi amat bermakna…itulah hadiah anak-anak

Demikian saja buat masa ini.

Semoga kalian semua ceria dan gembira selalu serta diberi taufik hidayah agar mampu buat Amalan murah rezeki, mudah dan senang amal

WAJIB BACA :   Shopping Hari-Hari

Doakan saya agar sentiasa murah rezeki, bahagia, sihat walfiat dan konsisten menulis serta istiqamah beramal, baik untuk tujuan dunia mahupun akhirat.

Moga doa kalian kembali juga kepada kalian sendiri.

Aamiin Ya Rabbil Alamiin.

28 thoughts on “Mencabarnya istiqamah, rupanya itulah keistimewaan para wali Allah”

  1. Betul, memang susah gilak mok istiqamah tok. Bila diuji sikit dah putus asa. Contohnya mcm kmk bulan lepas hari2 turun ke gym bersenam, tapi bila minggu ke-3 setiap kali turun gym badan keluar gatal2 kedak digigit nyamuk smp terpaksa makan ubat alergik, lalu kmk pun jadi takut turun ke gym, takut kenak gatal2. Tapi tok dah insaf balit lekak balit dari medical checkup huhu…

    Reply
  2. Istiqamah pun menguji keimanan juak ya… sgt sukar by pemula… mok cekalkan hati istiqamah insya Allah, Allah bantu kan?

    Alhamdulillah… happy birthday tuan… sama la kita LEO… hehehe

    Reply
  3. happy belated birthday abaaang ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰. baguus nyaaaa hadiah dari anak2, pandai memilih mereka ๐Ÿ‘.

    istiqamah itu sulit, kalo mudah tak akan besar balasannya nanti ๐Ÿ˜. saya pun masih banyak yg gagal nak di Istiqomah kan. cth saja target harian berzikir. susah sangat nak capai target pdhl apa susah mengucap zikir di saat senggang, tapi tetep saja terdistract dengan sesuatu.

    tapi at least kita coba lagi, sampai akhirnya terbiasa kan ๐Ÿ˜„.

    Reply
    • kan….sebab itu untuk istiqamah buat amalan yang ringan dan mudah…

      in sha Allah bila sudah biasa atau tabiat maka jadi auto istiqamah

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge