Malas biarlah bertempat, barulah ada ummp…

 

Malas merupakan sikap yang buruk namun paling disukai ramai. Memang benar sikap malas berlawanan dengan rajin. Tetapi tidak semestinya malas itu membawa perkara negatif 100 peratus.

Jika tahu cara untuk mengurus sifat malas tersebut sudah tentu ada manfaat juga di situ.

Ayuh saya kongsikan pandangan peribadi bagaimana malas biarlah bertempat.

1.Malas layan media sosial

Layan media sosial merupakan aktiviti yang paling seronok dan sangat melekakan.

Malas

Ditambah lagi apabila ada gabungan deria mata dan pendengaran serta hati dalam satu masa.

Masa satu jam berlalu seperti tiada apa-apa.

Sekarang kita tukar pulak kepada malas layan media sosial.

Letakkan dalam fikiran dalam betapa malasnya layan TikTok, Facebook, Youtube dan sebagainya.

WAJIB BACA :   Cara masak telur ayam untuk elak keracunan makanan

Pasti ada lebihan masa dan masa yang ada patut digunakan untuk aktiviti yang jauh lebih manfaat seperti membaca buku, beribadah atau beriadah.

Sebab sebelum ini, banyak masa terhabis dan terbuang begitu saja dekat media sosial.

2.Malas makan luar

Saya faham ada yang kurang setuju dengan kenyataan malas makan luar.

Kebaikan makan luar membenarkan kita bermalasan untuk masak di rumah.

Betul tak ?

Bagaimana kalau malas makan dekat luar?

Kebaikan malas makan luar boleh jimat masa dan belanja.

Selain itu masak sendiri terjamin kebersihan dan keberkatan terutama jika memasak diniatkan kerana Allah SWT.

Kalau tidak masakan wujud peribahasa masakan air tangan isteri lebih sedap dari tangan wanita lain.

WAJIB BACA :   Kebiasaan baharu menjelang akhir Ramadan

Maaf saya bercanda..

malas

3.Mlalas membuang masa

Masa merupakan modal yang Allah SWT kurniakan untuk manusia sama kepada semua orang.

Tidak kira di mana sahaja berada selagi hidup di alam nyata.

Satu hari hanya 24 jam sahaja dan 1 jam hanya ada 60 minit dan seterusnya.

Tiada lebih dan tiada kurang.

Jika malas membuang masa maka kita termasuk dalam golongan yang mensyukuri nikmat Allah.

Malas membuang masa menjurus kepada tabiat bijak urus masa, pintar merancang aktiviti dan cekap melaksanakan sebarang tndakan.

Pendek kata malas membuang masa berlawanan dengan sikap murni yakni menggunakan modal masa dengan cara terbaik, hebat dan berkesan.

Jangan lupa, kita tetap akan ditanya bagaimana kita menghabiskan usia ( masa ) pada Hari Kebangkitan kelak.

WAJIB BACA :   Jalan-jalan Cari Perempuan

istiqamah

Kesimpulan

Semoga lepas ini kita mentransformasi malas kepada tempat yang betul agar ada hasil yang ummp…

Lebih molek lagi jangan ada sikap malas.

Sebaliknya rajin, rajin dan rajin dalam semua perkara yang baik-baik.

  • Kemas kini 27/10/24

28 thoughts on “Malas biarlah bertempat, barulah ada ummp…”

  1. betul… kadang-kadang ada juga malas yang boleh bagi good impact. tapi sekarang ni rajin betul scroll socmed. Huhuhu…apalah nak jadi

    Reply
  2. Baik², sangat setuju 👍
    Penggunaan masa melayan media social tu mmg nak kena hadkan. Terima kasih tuan.

    Reply
  3. kalau malas untuk tiga hal di atas sih beda lagi ya.. justru bisa berhemat, tak selalu buka medsos dan pandai memanfaatkan waktu, tapi kalau bisa hilangkan kata malas dalam keseharian.

    Reply
  4. saya terkadang melakukan detoks media sosial bang. JD selama waktu detoks itu saya memang uninstall IG dan FB. kalo wa dan blog tak mungkin. Krn wa utk bisnis dan blog pula memang macam rumah Maya utk tempat saya menghilangkan jenuh.

    tp IG dan FB memang paliiiing banyak menghabiskan waktu tak faedah. makanya perlu detoks. biasa nya 3 bulan saya tak nak menyentuh itu. hasilnya memang bikin refresh.

    malas kluar beli makan, itu baru2 ini saya rasakan. mungkin Krn saya dah mulai pakai hijab, JD kalo keluar berarti kan harus pasang hijab. 😅. kalo sedang tak nak repot, better saya masak di rumah hahahaha. atau pesan online lah 🤭

    Reply
    • Alhamdulillah bagus macam tu Fanny

      abaikan medsos memang terbaik dan bawa banyak kebaikan

      Kan…kalau malas makan kat luar…wajib la masak sendiri

      Reply
    • ya…ada betul tu tuan..

      pernah saya baca satu artikel bagaimana orang yang malas buat kerja tetapi bijak memberi arahan kepada orang lain untuk buat kerja

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge