Misteri M datang lagi tapi lawan tetap lawan, itulah perjuangan

Sejak kebelakangan ini saya selalu dihinggapi Misteri M. Saya tidak pasti punca dan penyebab secara khusus.

Yang pasti apabila Misteri M sudah melanda maka banyak perkara akan tergendala.

Perancangan rata-rata ke laut.

Tindakan sudah tentu tiada.

Risau juga memikirkannya.

Dikhuatiri melarat hingga ke satu tahap yang sukar diatasi atau menjadi wabak menjangkiti orang lain pulak.

Misteri M ini datang menyerang dari pelbagai sudut terutamanya nafsu.

Bak kata orang bijak pandai, nafsu dan syaitan berpisah tiada.

Hanya manusia yang hebat mampu mengawal nafsu dan melawan syaitan yang mengajak ke arah kemungkaran.

Tentu sukar menentang Misteri M dengan teori semata-mata.

Cara paling ampuh dan praktikal tentulah jangan layan Misteri M.

WAJIB BACA :   Ibarat mentol yang terbakar….

Lawan dan terus lawan.

Itulah namanya perjuangan.

Akhir kata, Misteri M yang dimaksudkan ini ialah sifat malas yang ada bersarang dalam diri kita semua.

Buang sifat ini maka kehidupan bertambah baik dari hari ke hari.

Jangan percaya tetapi cuba sahaja.

Insha Allah.

Comments 36

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge