Kebahagiaan hidup sangat subjektif jika secara umum namun sangat mudah difahami jika secara khusus.
Baru-baru ini saya sempat mengikuti satu ceramah agama berkaitan kebahagiaan.
Ustaz tersebut menyenaraikan beberapa penyumbang kepada kebahagiaan kepada seseorang.
Menurutnya adalah seperti berikut.
1.Isteri yang solehah
Tiada yang lebih indah dan menenangkan jika dianugerahkan isteri solehah.
Isteri solehah sudah tentu dipakejkan dengan sifat yang taat, lemah-lembut, penyayang dan sopan-santun.
Ditambah lagi sedap mata memandang kerana cantik, ramping dan putih mulus.
Itu bonus saja. Kalau tiada, tidak mengapa kerana ciri-ciri muslimah solehah itu lebih utama.
2.Rumah yang selesa
Rumah yang selesa tidak semestinya sebesar banglo.
Cukuplah ada tiga bilik tidur, ruang tamu yang kemas dan dapur yang bersih.
Satu rumah untuk didiami satu keluarga sangat ideal.
Jika dalam rumah terdapat beberapa keluarga sudah tentu faktor selesa, aman dan sejahtera hanyalah igauan semata-mata.
3.Kereta yang baik
Kalau ada kereta lama dan tidak banyak ragam sudah tentu mendatangkan rasa bahagia kepada pemiliknya.
Apatah lagi kalau punya kereta baharu dan mampu milik lagilah syok bahagia.
Fungsi kereta sebagai pengangkutan untuk membawa pemilik dan penumpang ke destinasi dengan selamat.
Destinasi mungkin tempat kerja, rumah Allah dan tempat beli belah.
Bayangkan kalau tiada pengangkutan dan kesukaran untuk bergerak ke sana serta ke sini.
Kepala boleh stress jadinya. Hilang bahagia dan datang derita.
4.Circle yang baik
Apa maksud circle yang baik ?
Circle atau kitaran manusia yang membawa kita ke jalan yang diredai Allah.
Bukan mengajak ke arah maksiat, kufur atau ingkar.
Kitaran manusia yang baik mungkin terdiri daripada jiran tetangga, rakan sekerja atau kenalan lama mahupun baharu.
Jika memiliki circle begini tentulah hidup lebih bahagia dan ceria.
5.Tempat kerja yang dekat
Lagi dekat tempat kerja lagi bagus kerana banyak perkara.
Antaranya jimat masa dan jimat kos pengangkutan.
Saya pernah merasai bertahun-tahun kerja dengan jarak tempat tinggal ke pejabat kurang daripada lima minit hanya berjalan kaki.
Sungguh bahagia dan nikmat usah kata. Memang padu cui.
Sehingga pada satu masa, saya pun terfikir bagaimana rasa kalau bekerja jauh dari pejabat.
Bagaikan doa dimakbul, saya ditakdirkan saya bekerja jauh dari rumah dan kini berdepan pengalaman payahnya memandu dua jam pergi balik setiap hari.
Kadang-kadang menghadap kesesakan jalan raya.
Kesimpulan
Bahagia boleh diusaha, diminta dan dinikmati dengan izin Allah SWT.
Jika belum bahagia berusaha untuk mendapatnya.
Jika sudah bahagia bersyukurlah untuk mengekalkannya.
Tok penyumbang kebahagiaan orang lelaki oo. Mun orang perempuan mcm ney kah? 😅 kotan perempuan tok spesies complicated sikit hehe.
Carneyz recently posted…Makan Tengahari di Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
ada masanya kelak kmk akan share mcm nie boleh datangkan kebahagiaan pada orang ompuan..
memang ada perbezaan sebab cara fikir orang laki dan ompaun ya berbeza
dpt tempat kerja dekat blh jln kaki tu mmg nikmat betul~
anamizu recently posted…Jual Pelbagai Makanan Di Sekolah
itu memang tidak dapat dinafikan..
kebahagiaan itu dtg dlm pelbagai cara. Jika sihat walafiat itu pun rezeki sbb dpt menjalani kehidupan dgn sejahtera.
Abam Kie recently posted…Tips Jimat Elektrik Semasa Menggunakan Penyaman Udara
Apa-apapun banyak bersyukur kerana bersyukur itu merupakan rezeki juga
Bahagia pula baca tajuk ni. Kita boleh pilih nak bahagia atau sebaliknya.
algamddulillah …itu namanya pengaruh perkataan dalam emosi kita semua
dalam hidup bermasyaeakat, circle yg baik sangatttt penting
terbaca kat X baru2 ni. ada yg komen sblm ni dia duduk di kaw yg agak padat dan mcm2 hal berlaku. then dia pindah di kaw yg rata2 nya ‘org berpendidikan’ dan dia dapati circle (masyarakat) kat situ jauhhhh beza drpd yg sblm dan dia x menyesal pindah situ wpn jauh dr opis. so dia simpulkan bahawa, circle yg baik bermula drpd pendidikan dan mindset yg baik (berkualiti)
bertuah dan untung kalau dapat circle yang baik
ia memaang mendatangkan rasa bahagia kepada pihak yang berjaya mendapatnya..
semoga kita semua diberika kebahagian sesuai porsi kita y mas
aamiin
Aamiin…betul tu mas
selalulah berdoa minta kebaikan
Hehe berhati-hati minta sesuatu.
kan…
perlu berhati-hati selalu
Sesungguhnya kebahagian itu juga adalah satu anugerah dan rezeki dari Allah 😀
Tidak dinafikan kebahagiaan satu rezeki yang sangat berharga kurniaan Allah SWT
dulu awal2 nikah, mertua saya kasih pilihan. dia nak bagi salah satu rumahnya untuk kami tinggal . pilihannya ada rumah yg besar tapi lokasi di Bekasi timur (ini dah bukan jakarta, dan sangaaat jammed). atau nak ambil rumah yg kecil , hanya saja di tengah kota jakarta. tak jauh kemana2, dekat highway bandara pula.
kami sepakat ambil yg kecil. yg terpenting tak jauh dr tempat kerja.
tak masalah dia kecil, bagi kami lokasi strategis, itu berkat yg sangat perlu disyukuri
banyak teman saya kerja di jakarta, tp tinggal di luar jakarta, macam Bekasi, Bogor, Cikarang. dan itu baik kereta api commuter saja butuh 2-3 jam. apalagi naik mobil 🤣🤣🤣.
tak baik buat kesehatan. saya lebih rela rumah kecil tp dekat kemana2 😄, dan emosi kami terjaga.
Nampaknya Fanny buat keputusan tepat
sudah boleh rasai kebahagiaan di situ
alhamdulillah
Semua point point yg tuan sebut di atas adalah satu anugerah dan rezeki juga.. Selalulah berdoakan moga kita dikurniakan semua yg di atas 😀
in shaa Allah…aaminn
moga kita beroleh rezeki tersebut