Dengan kesempatan masa yang amat terhad ini, suka saya untuk berkongsi amalan murah rezeki, mudah dan senang amal.
Ilmu ini saya kutip dari email yang saya subscribe iaitu Team Rizqin.
Saya cukup faham ramai sungguh mendambakan rezeki terutama rezeki berbentuk kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan.
Faham-faham sajalah dunia hari ini sangat mencabar.
Kos hidup melambung, harga makanan mahal dan semua aktiviti kehidupan memerlukan duit.
Bukan sedikit tetapi perlu duit yang banyak.
Sebab itu jangan sempitkan ruang lingkup rezeki yang melatari kehidupan yang fana ini.
Rezeki berbentuk material lagilah orang mahu dan teruja seperti kereta baharu, rumah besar dan limpahan wang puluhan ribu setiap bulan.
Namun jangan terpesona dan alpa dengan kenikmatan rezeki dunia yang sementara.
Malah rezeki yang ramai terlepas pandang termasuk saya sendiri ialah ketenangan dan kelapangan masa.
Ingat rezeki bersama keluarga, kawan-kawan dan mudah beribadah juga amat penting.
Semua rezeki tersebut dan banyak lagi yang tak mampu disebut wajib disyukuri setiap masa dan ketika.
Tiada ruang waktu untuk membatasi rasa kesyukuran atas nikmat rezeki tersebut.
Panjang pulak mukadimah saya nie.
Berbalik kepada tajuk iaitu Amalan murah rezeki, mudah dan senang amal
Amalan tersebut adalah dengan zikir Nabi Yunus iaitu La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin.
( “Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”)
Baca zikir tersebut minimum 300 kali sehari atau lebih.
Jika 1000 kali lagi baik dan lagi bagus kerana zikir yang berbentuk istighfar begini membuka segala simpulan masalah yang kita hadapi.
Baik masalah yang bersifat duniawi atau ukhrawi
Rezeki boleh datang tanpa kita duga.
Tak percaya mari kita cuba sama-sama.
Ikhlaskan hati kerana mengharapkan reda Allah.
Itu saja.
Selamat beramal.
Mekasih, share, Encik Hanafi. Tambah lagi idea zikir apa boleh dibaca dalam kereta, sambil tunggu anak.
sama-sama
Moga ia boleh memberi manfaat kepada kita semua
terima kasih atas sumbangan ilmu
Sama-sama dan moga ia memberi manfaat untuk Kita semua
insyaAllah akn cuba diamalkan…
ya..mudah-mudahan kita semu diberi taufik untuk berbuat demikian
لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
tampak ringkas tapi ‘khasiatnya’ banyak…
ya..sangat betul dan siapa yang Allah beri kefahaman itu maka akan bersungguh-sungguh beramal dengan zikir tersebut
syukran for sharing…jom amalkan..
Jom kita beramal…in shaa All
thank you sharing nya bang. zikir memang bisa membuka banyak pintu rezeki dan ampunan. daripada pikiran mengembara tak jelas saat waktu luang, better berzikir kan. manfaatnya ada, pahala apalagi 👍
sama-sama
moga kita semua diberi kekuatan untuk beramal dan beroleh pahala juga
moga dosa kurang dan pahala bertambah
Good sharing…
Fieza Sani recently posted…Mood Rajin Nak Pakai Inai Kuku
terima kasih dan semoga ia bermanfaat untuk kita semua