Sudah dua hari saya memikirkan solusi bagaimana untuk selesaikan tugas yang diberikan.
Entah bagaimana saya terkejut beruk apabila solusi yang cari tidak ditemui.
Saya setkan fikiran untuk fokus. Cuba dan terus cuba buat sesuatu untuk selesaikan tugas tersebut.
Alhamdulillah tidak sampai 15 minit saya berjaya menemui solusi tersebut. Apabila difikirkan balik, rupakannya selama dua hari saya buat kerja tetapi tidak fokus.
Natijahnya saya tidak berjaya mendapat apa yang saya cari. Ternyata tabiat fokus itu cipta kejayaan hebat.
Dari cerita ringkas tersebut, ternyata tidak fokus menyebabkan kerja yang mudah menjadi susah.
Tugas cuma perlukan 15 minit sahaja tetapi mengambil masa dua hari untuk siap. Kerana tidak fokus membentuk sikap suka bertangguh.
.
Benar sungguh kata-kata sifu motivasi saya dulu. Tak silap 20 tahun lepas.
“Bertangguh adalah bebanan yang berat untuk dipikul”
Bila tidak fokus kejayaan sukar dicapai. Mungkin tidak fokus pada matlamat, pelan tindakan dan pola berfikir.
Kuasai fikiran akan menguasai kehidupan kita. Kehidupan ini ada tiga fasa.
1.Masa lalu
2.Masa sekarang
3.Masa depan
Masa lalu sekadar ingatan dan pengajaran. Tak perlu untuk difokus sangat. Terkenang sekali sekala itu perkara biasa.
Masa sekarang pula wajib FOKUS untuk buat tindakan dan laksana perancangan.
Sebaliknya masa depan sesuatu yang kita tidak pasti namun boleh fokus untuk cipta kejayaan.
Membentuk tabiat fokus memang sukar pada permulaan. Perlu ada latih tubi dalam tempoh tertentu.
Belajar fokus kepada perkara kecil-kecil dulu. Misalnya fokus semasa makan. Nikmati makanan tanpa memikirkan hal-hal lain.
Dari sini akan terbentuk tabiat makan yang bagus.
OK cukup.
Kalau banyak sangat susah pulak untuk fokus. Semoga fokus melayari dan menikmati kehidupan ini.
Jom fokus untuk cipta kejayaan.
Hehe kadang-kadang banyak fikir masalah. Jadi serabut.
sebab itu perlu fokus..
dalam erti kata yang lain mindfulness
Itu la. Benda simple je, cuma perlu fokus. Tapi kadang, kita terlepas pandang, fikir banyak sangat benda. Jadi benda senang jadi susah, kan. 🙂
betul…
antara ciri orang yang berjaya ialah fikiran mereka sentiasa fokus
jarang melayang-layang
jangan bertangguh, pernah terbaca dulu2.. selepas kita mati nnti kite paling menyesal sebab bertangguh-tangguh dalam melakukan kebaikan.. bertangguh nak bertaubat, bertangguh nak ganti puasa, bertangguh nak ganti solat, bertangguh nak bayar hutang .. bertangguh nak buat itu ini.. huhuhu.. semuanya disebabkan bertangguh.. 🙁 (pesanan dan peringatan untuk diri sendiri)
Itulah kesan daripada sifat yang suka bertangguh
apabila nak buat kebaikan mesti buat segera
fokus 10min je..lepas tu selesai dah fokusnya…hihihi
antara kelemahan sikap dan sifat kita semua suka buat banyak perkara tetapi semua perkara itu tidak dapat diselesaikan dengan baik
cabaran ketika belajar, bekerja etc adalah fokus.
sbb bukan senang nak dapat….
dugaan sekeliling sgt kuat!
masa belejar paling banyak cabaran untuk tidak fokus terutama jumpa subjek yang kita tidak suka
masa bekerja pula bila ada kawan ajak sembang…
last-last kerja tidak siap
sy rs dulu ms belajar sy x penah fokus. byk tido ada laaa…
tp tu laa… kalau lbh fokus mgkn SPM 20A kot hahahaha
hahaha…
barang yang lepas jangan dikenang kan..
Dunia kinek tok byk gilak perkara yang melekakan sampai kita senang untuk hilang fokus. Kamek selalu guna strategi tetapkan 3 matlamat utk dicapai setiap hari jadi dapat fokus dengan 3 igek matlamat tok jak.
wah..bagus juak cara ktk ya…
boleh juak untuk diapply oleh orang lain juak
betul tu jgn bertangguh
sebaik-baiknya jangan bertangguh..
bila fokus, kita lebih bermotivasi untuk menyelesaikan kerja…kekadang pening jg bila kena multi-tasking…
Ada yang mampu multitasking…
kalau kerja-kerja rumah…saya boleh buat multitasking
dulu saya diajarin fokus pakai teknik Podomoro bang.
bos saya bilang, manusia biasanya hanya bisa benar2 fokus dalam 20 menit. lalu setelah itu mulai bercabang.
jadi biasakan 20 menit saja dulu TK fokus dengan 1 pekerjaan. pasang timer. setelah 20 menit, boleh break, kopi dulu atau istirahat kerjakan yg buat rileks
setelah itu lanjut lagi 20 menit kembali.
sekarang saya terbiasa seperti itu. 20 menit, coffee break, lanjut lagi 20 menit. dan memang saya JD LBH fokus kalo diksh waktu seperti itu
wah….ilmu baharu ini
terima kasih kerana sudi berkongsi..
mudah-mudahan orang lain juga dapat menfaat bila membaca komen dari Fanny