Kisah saya, Malaysia dan Piala Thomas

Piala Thomas

Menurut Wikipedia, sejarah Piala Thomas bermula pada tahun 1939 lagi. Nama Piala Thomas diambil sempena nama bekas Presiden Badminton World Federation iaitu George Alan Thomas. Ya, beliau merupakan orang yang menderma piala tersebut.

Kejohanan sulung Piala Thomas pada tahun 1949 dan Malaya ketika itu mengalahkan Denmark, 8-1.

Saya mengenali kejohanan Piala Thomas sejak tahun 1992 yang  berlangsung di Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Pada tahun tersebut pasukan Badminton Piala Thomas  terdiri dari Datuk Abdul Rashid Sidek, Mohd Razif Sidek / Mohd Jalani Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit / Soo Beng Kiang dan Kwan Yoke Meng.

Pasukan Malaysia meraih kejayaan secara besar-besaran selepas mengalahkan Indonesia. 3-2.

WAJIB BACA :   Akaun Whatsapp Tak Dapat Buka

Satu negara berpesta.

Selepas menjuarai Piala Thomas 1992, Malaysia terus kempunan untuk merampas kejuaraan walaupun ada peluang terhidang pada 4 Mei 2024 yang lalu.

Namun Malaysia tewas kepada China dengan 3-1 di peringkat separuh akhir.

Pada tahun 2026 nanti, Piala Thomas akan diadakan di Denmark.

Mudahan ketika itu Malaysia sudah membentuk pasukan yang lebih ampuh dan berwibawa dalam mencapai cita-cita menjulang Piala Thomas selepas kemarau kejayaan sekian lama.

Apa-apapun tahniah kepada pasukan Piala Thomas 2024 yang dibarisi pemain seperti Lee Jia zia, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei , Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Leong Jun Hao dan Justin Hoh.

Sekalung tahniah juga kepada pasukan dari negara China yang menjadi juara 11 kali dan Indonesia negara yang pemegang 14 kali kejuaraan l Piala Thomas 2024.

WAJIB BACA :   Cara Mudah Memahami Hukum Tarikan Yang Terbukti Wujud

China sekali lagi mengungguli kejuaraan selepas menewaskan pasukan Indonesia, 3-1.

Bak kata orang…..

Majulah sukan untuk negara dan dengan sukan juga boleh menyatukan peminat badminton seluruh dunia.

Tanpa mengira bangsa, ideologi, agama dan budaya.

Comments 20

  • dulu sayapun suka banget nonton pertandingan bulu tangkis,jaman kecil kalau ada pertandingan ini anak”tetangga ikutan main di lapangan menggunakan bola kertas hehehe..olah raga sepatutnya semakin mempererat .

  • Majulah Sukan Untuk Negara..

    eh,. rasa macam ade lagu kan..

  • betul masa zaman kegemilangan anak-anak Sidek terasa badminton paliing best!

  • Pada tahun 1992 tu macam zaman kegemilangan anak-anak Sidek. Piala Thomas sekarang ni saya macam dah tak mengikuti dah. Apa yang saya nampak Soo Beng Kiang / Cheah Soon Kit tu selalu akan bertemu dengan musuh tradisi dari Indonesia iaitu Rexy Mainaky / Ricky Subagja. Selepas tu perlawanan diantara Lee Chong Wei dan Lin Dan pun diantara match yang saya suka tonton. Mendebarkan juga. Ada seorang pelakon Bollywood nama Deepika Padukone yang berlakon dengan SRK dalam Chennai Express tu….merupakan anak kepada pemain Piala Thomas dari India bernama Prakash Padukone. Pernah berlawan dalam Piala Thomas mewakili India tahun 1979.
    Ezna recently posted…Pengalaman minum dalam gua…My Profile

  • Uncle agak ketinggalan pulak dengan berita piala thomas ni….

  • saya jadi tahu sejarah nama Thomas. nak cari tahu ttg Uber pula.

    jujur tak mengikuti badminton. tapi karena suami saya suka, jadi dikit2 tahu siapa yg menang, siapa yg kalah.

    walo begitu saya sempat menyukai badminton ketika Alan Budikusuma dan Susi Susanti masih aktif bermain. setelah mereka gantung raket, dah tak ikuti lagi 🤭😅

    • Satu permintaan yang bagus juga…nak tahu piala Uber

      Alan Budikusuma dan Susi Susanti merupakan player badminton yang popular juga suatu ketika dahulu

  • sy ingat lagi moment menang piala thomas tu
    tak penah2 buka TV dari ptg smpi ke mlm semata2 nak tgk badminton
    ms game penetuan tu, sy menyorok blkg tiang sbb takut (malaysia kalah)
    hahahaha

  • Berdebar tengok Piala Thomas pada 1992. Lewat tidur.

  • Ini olah raga kesukaan saya
    Indonesia sempat jaya
    Tapi memang cina kayaknya lebih unggul ya

  • Masa tu, semua orang teruja kan, tengok piala thomas di rumah, masa zaman keluarga Sidek. Kemudian semua orang, pakat dok main badminton. Hehe..

    • Apabila Ada kejohanan terbesar begini tentu ramai Yang sokong Dan terbuka

      Tentulah ramai juga Yang beria-ria untuk main badminton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge