Keajaiban lepas berbakti dengan ibu….Kisah benar, wajib baca !

Ibu, engkaulah ratu hatiku.

Pernah dengar bait lagu ini.

Kalau belum pernah, kalian bukan sama generasi dengan mrhanafi.

Tidak mengapa.

Kalian tak salah.

Bait lagu tersebut merupakan iklan susu yang sangat popular ketika itu.

Tema iklan tentang susu dan ibu..

Ibu merupakan insan yang mulia dan tinggi martabat bagi kita sebagai seorang anak

Doa mereka amat mustajab.

Menyakiti hati ibu boleh mendatangkan mudarat dan bencana.

Jika anak-anak membuat kebaikan kepada ibu  maka pelbagai keajaiban dan kejutan rezeki bakal diterima.

Tidak percaya.

Belum percaya.

Kurang yakin.

Baiklah.

Izinkan mrhanafi berkongsi satu kisah menarik ini buat ingatan dan pengajaran semua.

WAJIB BACA :   Dahsyatnya sedekah waktu subuh yang wajib diyakini

Kisah ini mrhanafi temui dalam video TikTok.

Pemuda ini mengalami ujian berat dalam perniagaan minyak wangi di pasar malam.

Bisnes belum berkembang.

Wang sangat berkurangan.

Diringkaskan cerita, pemuda yang dikenali sebagai Raja Perfume Malaysia di Tik Tok dapat wang RM2500 hasil cabutan main kutu.

Wang ini kemudiannya diberikan semua kepada ibu beliau.

Sedangkan pada masa itu pemuda ini amat memerlukan wang tersebut sebagai modal dalam perniagaannya.

Tanpa berfikir panjang, beliau terus menunaikan niat tersebut.

Tidak lama selepas itu, pemuda ini dapat tempahan minyak wangi sebanyak 2000 botol.

Bermula daripada situ perniagaannya semakin baik dan meningkat maju.

Apa kata, terus sahaja menonton video bawah ini untuk dapat cerita yang lebih sahih dan jelas.

@raimieysyazerin Kisah peristiwa ni lah menyebabkan nasib saya dan keluarga berubah 360 darjah, semoga kita semua boleh amalkan #kisahrajaperfume #rajaperfumemalaysia #sprayhariniesokbaulagi ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

@raimieysyazerin Replying to @MIKEY🖤🔥 Part 2 Kisah ini menyebabkan Kehidupan saya berubah 360 darjah, semoga kita semua dapat berbakti pada ibu bapa kita #kisahrajaperfume #rajaperfumemalaysia #sprayhariniesokbaulagi #tekanbegkuningtiktokshop ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

@raimieysyazerin PART 3 Disebabkan Peristiwa ni Hidup saya Berubah #kisahrajaperfume #rajaperfumemalaysia #sprayhariniesokbaulagi #tekanbegkuningtiktokshop ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge