Inilah artikel berdasarkan pengalaman pertama saya rasa teh hijau Ahmad Tea. Yang pasti jenama Ahmad Tea London tidak asing lagi kepada penggemar teh hijau.
Syarikat teh ini diasaskan oleh Mr Rahim Afshar pada tahun 1979 di Hampshire, England.
Asal nama Ahmad daripada nama bapa beliau kerana syarikat ditubuhkan bersama dua abangnya iaitu Mr Karim dan Mr Ebraham.
Mereka adalah orang Parsi dan menetap di England.
Saya bukan pengemar teh tegar namun tertarik dengan khasiat teh hijau Ahmad Tea ini kepada kesihatan.
Sebelum ini saya menjadi pengguna teh hijau Lipton dan baru-baru ini pula beralih angin kepada teh hijau jenama Ahmad Tea.
Mencari sesuatu yang lebih baik itu tidak salah.
Malah dituntut untuk mendapat apa yang terbaik.
Table of Contents
Teh hijau Ahmad Tea
Saya beli teh hijau tersebut di pasar raya Emart Summer Mall dengan harga RM5.90 sekotak yang mengandungi 25 uncang teh.
Saya hanya ambil pada waktu malam sebelum tidur kadang-kadang sahaja minum pada waktu siang hari.
Sebaik-baiknya hanya minum teh hijau ketika perut kenyang.
Yang menariknya teh hijau tidak membuat mata sukar tidur tetapi sebaliknya memudahkan kita bangun dari tidur.
Itu yang saya rasai sendiri dan tidak tahu pulak dengan orang lain.
Lain orang lain reaksinya.
Sejujurnya rasa teh hijau ini sama juga dengan teh hijau jenama lain.
Saya tidak menjumpai kelainan rasa atau warna yang terlalu berbeza.
Adapun perbezaan tetapi tidak terlalu jauh.
Dari segi aroma pula tidak pulak saya perasan kerana aroma teh hijau Ahmad Tea ini tidak begitu terserlah.
Logiknya teh tidak seharum aroma kopi yang lebih merangsang deria rasa untuk menikmati minuman tersebut.
Rasanya itu sahaja perkongsian saya mengenai pengalaman pertama rasa teh hijau Ahmad.
Sekarang kita lihat pula apa khasiat teh hijau ini untuk kesihatan.
Biar saya kongsikan secara ringkas sahaja.
1.Meningkatkan metabolisme
Makan banyak tetapi susah nak gemuk. Inilah kelebihan orang yang tinggi metabolisme.
Tentu anda hairan dengan orang begini. Biasanya ketika umur masih muda dan ketika usia tua, kadar metabolisme badan akan berkurangan.
2.Kawal kadar glukosa
Pasti ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis. Teh hijau boleh kawal kadar glukosa dalam dalam darah.
Sungguhpun begitu tolong dapatkan nasihat dan saranan dari pihak doktor sebelum mengamalkan minuman teh hijau secara jangka panjang.
3.Kurangkan kolestrol
Kolestrol amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Cara untuk mengurangkan kolestrol dalam darah boleh amlkan teh hijau.
Perkara asas, kurangkan pengambilan lemak tepu dan makanan yang bergoreng.
Makanan yang sihat akan memberikan kesihatan optimun kepada kita,
4.Menimbulkan rasa tenang
Teh ada satu bahan yang boleh memberi ketenangan untuk pemikiran seseorang
5.Antioksida yang kuat
Toksin yang banyak dalam badan perlu dikeluarkan segera. Antartanya minum air teh hijau kerana ia mengandumgi antoksida yang kuat.
Sebab itu pastikan minum air yang mencukupi setiap hari.
6.Baiki fungsi otak
Semakin meningkat usia seseorang maka tidak hairan fungsi otak semakin menurun. Oleh mengelakkan perkara ini berlaku amat elok untuk amalkan minum teh hijau.
7.Kurangkan risiko Parkinson
Parkinson merupakan penyakiy yang menyebabkan kesukaran untuk melakukan pergerakan. Jadi lebih baik mencegah sebelum terkena.
8.Kurangkan risiko sakit jantung
Penyebab penyakit jantung berkait rapat dengan darah. Selain itu penyumbang penyakit jantung ialah obesiti, tinggi kolestrol, hipertensi dan gaya hidup tidak sihat.
Pengamalan teh hijau cuma satu alternatif dan usaha untuk mengelakkan menjadi lebih kronik.
9.Bantu jadi kurus
Faktor ini agak umum namun yang pasti teh hijau oleh membantu untuk tujuan demkia, .Teh hijau membakar kalori dan meningkatkan kadar metabolisme.
10.Boleh memanjangkan umur
Umur yang panjang dan sihat merupakan idaman semua orang walaupun secara fakta umur adalah angka semata-mata.
Usaha untuk sihat perlu ada dan yang paling penting selepas itu tawakal kepada Allah SWT.
Kesimpulan
Teh hijau Ahmad atau Ahmad green Tea patut dicuba oleh sesiapa yang ingin menikmati khasiat tersebut.
Tidak rugi mencuba kerana teh hijau memang sedap dan kaya dengan khasiatnya juga.
teh hijau memang baik buat kesehatan, seperti yg disebut di atas tadi, sayapun minum teh hijau walau gak setiap hari juga, masih selang seling”..tapi hal baik apa salahnya coba di terapkan sehari”buat kesehatan,trimakasih ulasannya
teh hijau jadi kegemaran orang Jepun dan mereka punyai kulit yang cantik…mungkin kesan pengamalan teh hijau
Ammi pun bukan peminat teh tp minum teh hijau setiap hari. Masukkan je seuncang dalam flask dan tambah air panas pastu minumlah dari pagi sampai ke balik kerja
bagus cara awak ..memang boleh diguna pakai kepada mereka yang memang liat nak minum teh sebegini
Oklah aroma teh hijau tidak kuat sangat. Bukan semua orang suka rasa teh hijau.
Orang tak suka sebab belum tahu atau belum rasai sendiri khasiat teh hijau tersebut
sy minum green tea boh. yg ahmad ni sy takut nk try. sbb ada sekali tu sy minum teh ada bau wangi. rs nya tu teh melur.
yg bgs psl green tea ni hari2 dpt ‘membuang’😁 ringan je rs badan…
tidak dinafikan fumgsi teh hijau untuk detok…sebab itu badan rasa ringan lepas membuang apa yang patut.
banyak tul khasiat teh hijau ni..
sy kena minum teh hijau aje la lps ni…
abam kie recently posted…Menangani penunggang motosikal yang ganas
Betul tu Abam Kie…boleh la cuba-cuba dulu.
Jika serasi boleh jadikan minuman rutin sebelum tidur malam
bagus juga aroma bau teh hijau tu kurang hehe.
disbbkan harganya mampu beli, kena cuba juga nti hehe
anamizu recently posted…Ayuh Mengundi!
setakat ini harga untuk teh hijau memang mampu beli…harap tidak naik mendadak
Sekarang pun saya mengamalkan teh hijau tapi jenama Lipton. Lain kali boleh cuba teh hijau Ahmad tea pulak.
carneyz recently posted…Happy Monday!
Alhamdulillah..bagus untuk detoksin badan
Moga istiqamah untuk melakukannya
teh Hijau memang baguuuus khasiatnya. tapi sejujurnya saya memang bukan penggemar teh. minum teh hanya sesekali. lebih memilih kombucha, terbuat dari teh juga, tapi difermentasi, rasanya jadi seperti cuka apel.
apapun pilihan, yg terpenting bagus untuk kesehatan. suami saya yg lebih suka teh drpd kombucha.
setuju, untuk aroma green tea, dia tidak terlalu tajam, jadi masih nyaman di hidung. ada beberapa teh yg aromanya kuat sangat
Ini pertama kali mendengar nama kombucha…treingin juga nak rasa.
in shaa Allah kalau ada rezeki saya akan beli dan nikmati sendiri…nanti
Saya pernah cuba teh hijau tapi tak berapa sesuai sebab saya alami masalah sembelit pulak..hehe…
ya..memang ada orang yang tidak tahan dengan teh.mudah untuk sembelit
Teh hijau ahmad tea ni boleh dikatakan antara yang sedap. Teh dia yang herba infusion juga sedap.
Kopilogi recently posted…10 Kesan Sampingan Akibat Terlalu Banyak Kafein
betul tu…emamng seadp juga
cuma belum dapat nikmati selalu kerana air yang ada gula sedap lagi
Banyak benefits teh hijau ni.
Ya betul…memang banyak nanfaatnya
klau ada sembelit bole ke minum teh hijau ni..
teh tak sesuai untuk diminum oleh mereka yang sembelit…
bagaimanapun boleh tanya pendapat pegawai perubatan untuk lebih sahih