Mungkin Cinta Tidak Boleh Dipaksa Untuk Suami. Keindahan alam percintaan yang membawa ke alam perkahwinan ialah saling mencintai pasangan masing-masing seadanya.
Dalam erti kata yang mudah, saling melengkapi untuk membawa titik persamaan biarpun ada jurang perbezaan yang sangat ketara.
Persoalannya cinta tidak mungkin berkekalan jika rasa tarikan cinta kepada pasangan cuma lahiriah tanpa didasari cinta kerohanian yakni saling mencintai untuk mendapat reda Illahi.
Mari kita ambil iktibar kisah rumahtangga Roslan dengan Rosnah dalam kemelut cinta tidak boleh dipaksa.
Roslan terpunduk di sofa lusuh rumahnya.Matanya bergenang air mata. Lama kelamaan lelehan air mata tidak mampu diseka lagi.
Fikirannya buntu. Mindanya kosong.Langsung tiada apa yang mampu terlintas difikirannya tatkala membaca kiriman SMS Rosnah.
Rosnah adalah wanita pilihan hati Roslan. Mereka sudah diijabkabul sejak 15 tahun dahulu. Anak-anak sudah menjejaki kaki ke sekolah menengah.
“Assalamualaikum abang.Maafkan Rosnah kerana menghantar SMS yang kurang disenangi ini. Tambahan pula dalam bulan Ramadan. Bulan yang mulia lagi berkah ini.
Namun Rosnah tidak mampu lagi bersabar dengan keadaan abang yang dibelit kemelut kewangan. Nafkah anak-anak terabai. Rupa abang pun dah berserabai. Kurus melidi dengan rambut tidak terurus bagaikan orang gila.
Rosnah pula sudah hilang perasaan cinta terhadap abang. Jika dah tiada perasaan mana mungkin Rosnah boleh melaksanakan tanggungjawab isteri terhadap abang.
Sekiranya berterusan begini Rosnah rasa amat berdosa kerana tidak taat kepada suami. Rosnah sudah berfikir semalaman dan ingin mengambil keputusan untuk kita berpisah saja.
Kita jumpa majlis Islam untuk menyelesaikan dan ampunkan dosa Rosnah”
Roslan beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT atas luahan hati isterinya. Roslan risau sangat-sangat kerana isteri yang memohon berpisah tidak akan mencium bau syurga.
Lainlah kalau Roslan sudah mengingkari perintah agama dan telah hidup luar batasan Islam .
Roslan cuma dihukum kerana kesempitan rezeki yang amat mendesak.
Roslan cuba membela diri.
Roslan bermuhasabah untuk mengumpul kekuatan diri dan mengakui kesilapan.
Usahanya dalam bisnes yang tidak menghasilkan rezeki. Bukan Roslan tidak berusaha atau berpeluk tubuh semata-mata.
Usahanya sudah all out namun rezeki belum berpihak kepadanya.
Perlahan-lahan hati kecilnya berbicara “Saya gagal menjadi suami unggul”
Roslan terkedu. Lidahnya tidak mampu berkata-kata lagi.
Jika berkata ‘YA’ maka bagaimana dengan keadaan anak-anaknya. Roslan bertukar status menjadi duda.
“Alamak ngerinya” Getus hati Roslan.
Jika Roslan berkata ‘TIDAK’ bermakna Roslan menyiksa emosi wanita (isteri) yang kini sudah tidak mencintainya lagi.
Bukan sebulan dua tetapi bertahun lamanya Roslan memberi peluang untuk dicintai dan mencintai sebagai suami isteri.
Ternyata hampa.
Namun di penghujung terowong ada cahaya kegembiraan tetapi sampai bila. Tiada jawapan untuk soalan itu.
Roslan dalam dilema di persimpangan yang dahsyat.
Puas Roslan membuat andaian bagaimana senario perkahwinan jika suami mencintai isteri tetapi isteri tiada perasaan cinta terhadap suami.
Hampir mustahil untuk memaksa cinta seseorang.
Ternyata pahit bagaikan hempedu. Mungkin seperti makan hati berulam jantung,
“Ahh! mana mungkin begitu” Sekali lagi Roslan menjerit dalam hati.
Sayangnya tiada siapa yang mendengar kecuali Allah SWT.
Perlahan-lahan Roslan menapak dari sofa ruang tamu menuju bilik air.
Roslan mengambik wudhuk untuk solat Asar dan seterusnya berdoa serta berzikir sehingga masuk berbuka puasa.
Cerita ini mungkin bersambung atau mungkin juga berakhir di sini. Semuanya dalam serba kemungkinan.
p/s : Apa kata sambung baca cerita Lelaki Berduit VS Lelaki Kacak
- Kemas kini 25.12.22
Sedih baca cerita ni…
Semoga Roslan berjaya menemui jalan keluar…
mohon pertolongan pada Allah S.W.T dengan melakukan solat Tahajjud, Taubat dan Hajat…. In Shaa Allah akan mendapat petunjuk dan pertolongan daripada Allah S.W.T…
Anuar recently posted…Pakar Copywriting terus Mengganas!!!!
setiap hamba yang beriman pasti diuji oleh Allah SWT..
betul tu Roslan harus bermunajat untuk meminta pertolongan Allah SWT
Lelaki diuji ketika kaya, wanita diuji ketika miskin.
hahaha..betul tu.
ada satu lagi kata-kata yang lebih kurang sama..
lelaki diuji ketika wanita tak pakai apa-apa
wanita diuji ketika lelaki tidak punya apa-apa
Sejak kebelakangan ini, Bro banyak dengar cerita pasal rakan-rakan yang bercerai dek kerana suami mereka.
Erm…
Ok, ada 3 kosong lagi, malangnya poket pun tengah kosong jugak.
banyak faktor yang menyebabkan keruntuhan rumahtangga..
faktor kewangan sudah semestinya dan kegagalan suami untuk mendidik isteri jadi insan Solehah
p/s : poket kosong tak pe jangan ilmu kosong bro..
kalau sudha tiada perasaan cinta.. memang tiadalah tu.. yang indah semuanya tiada makna.
sejujurnya perasaan memang tidak boleh dipaksa..
betul tu.
harap ada sambungan cerita ini
zik recently posted…Beli belah di Jiharuby small Shop (biskut murah choclate raya, kuih kapit viral dan macam2 ada)
tengok la bro..
tak nak janji..
sebab kisah ini sedih sangat..
nak tulis perlukan feel ..
Dugaan alam rumahtangga..
Moga ada bahagia menanti
in shaa Allah ..
memang itu yang kita nak..
bahagia.
Tragis kisah ni…masalah kewangan kadang menjadi boomerang dalam alam rumah tangga.
minta doa agar masalah kewangan boleh diselesaikan..
perkara biasa la tu dalam keadaan keadaan ekonomi yang kritikal sekarang ini..
Kebanyakkan faktor kewangan, tidak sefahaman, dan si suami tidak memainkan peranan mendidik isteri dengan menjalankan tanggungjwab yang sebenar.
Apa2 pun sebagai hamba kita perlu byk berdoa…
secara praktiknya memang begitu..
kehancuran rumahtangga berlaku kerana ketidakmampuan suami mendidik isteri..
bila dah usaha dan doa tidak berhasil ..
redha sahaja kerana ia adalah ketentuan dari Allah SWT.
Lelaki yang tidak berusaha untuk menjalankan tanggungjawab secara mental mendera isteri yang menjadi tanggung jawab mereka. Hak isteri tu ada. Ramai lelaki lupa ni especially bila isteri bekerja. Jarang isteri minta cerai kalau suami jenis kuat berusaha dengan segala tenaga yang ada. Kalau dah all out tu lain ceritanya.
zaman sekarang ramai yang kahwin untuk keperluan dunia semata-mata..
sedangkan hakikat sebenar perkahwinan untuk ibadah hingga ke Jannah
cinta emang tak bisa di paksa agan….ytang ada malah kering nanti cintanya
betul tu…Cinta Engak bisa dipaksa lo..
sakit hati simpan lama-lama