Istilah Storyteller Blogger mungkin kedengaran baru, tetapi hakikatnya konsep ini sudah lama wujud. Dari awal kemunculan blog dan media sosial, orang ramai menggunakan platform ini untuk berkongsi cerita—sama ada maklumat, ilmu, atau aktiviti bisnes.
Saya mengambil inisiatif untuk merombak gaya penulisan dan kandungan blog ini, menjadikannya berasaskan storytelling.
Ini kisah saya, seorang Storyteller Blogger.
Nama ada, rupa pun ada (walaupun tak sehensem Blogger Adzril, hehe).
Table of Contents
Apa Itu Storyteller Blogger?
Mungkin ramai tertanya-tanya, apa sebenarnya maksud Storyteller Blogger?
Kalau Lifestyle Blogger, Parenting Blogger, Traveller Blogger, atau Foodie Blogger, itu semua sudah biasa kita dengar.
Tetapi Storyteller Blogger? Lain macam bunyinya.
Menurut definisi peribadi saya, seorang Storyteller Blogger ialah penulis yang menghidupkan penceritaan (storytelling) dalam setiap karya mereka.
Storytelling adalah teknik penulisan yang membawa pembaca seolah-olah mendengar cerita secara langsung.
Cerita boleh menggunakan watak sebenar atau rekaan, dengan jalan cerita yang sama ada berlaku dalam realiti atau sepenuhnya fiksyen. Namun, apa yang paling penting ialah mesej yang disampaikan.
Seperti kata jiran saya, “Moral of the story.”
Mesej yang baik mampu mempengaruhi, memberi inspirasi, dan mengubah tabiat seseorang dari kurang baik menjadi lebih baik.
Storytelling Sebagai Medan Dakwah
Saya percaya storytelling boleh menjadi medan dakwah yang halus, tersusun, dan strategik. Ia seperti menarik rambut dalam tepung—rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Bagaimana caranya? Melalui penulisan yang menyentuh emosi.
Emosi adalah elemen paling mudah dipengaruhi berbanding logik dan fakta. Jika fakta dan logik disaluti emosi dengan teknik storytelling, hasilnya pasti memberi impak luar biasa.
Kisah Saya Sebagai Storyteller Blogger

Penglibatan saya dalam dunia blog bermula pada tahun 2009. Pada penghujung 2012, barulah saya serius dalam bidang ini.
Sejujurnya, kekuatan saya bukan pada penulisan, tetapi pada “rupa” (gurauan semata-mata).
Namun, saya terus belajar menulis. Saya cuba pelbagai teknik, termasuk penulisan konvensional dan storytelling.
Setiap teknik ada kelebihan dan kelemahan.
Kelebihan teknik storytelling:
- Menghidupkan emosi tanpa mengabaikan elemen SEO dan fakta.
Kelemahan:
- Memakan masa untuk menulis.
- Artikel mungkin lebih panjang, dan tajuk kadang-kadang tersasar dari fokus utama.
Inspirasi Dari Blogger Sarawak
Saya pernah mendengar kisah seorang blogger Sarawak yang menetap di Australia. Beliau berjaya menjana pendapatan RM30,000 sebulan hanya melalui blog.
Beliau menulis artikel selama 9 jam sehari! Bayangkan betapa berkualiti, kemas, dan bermanfaatnya artikel tersebut.
Walaupun namanya saya sudah lupa, kisah ini memberi saya keyakinan untuk terus mencuba.
Cabaran Sebagai Blogger
Cabaran terbesar saya ialah menulis artikel yang mampu:
- Membuat pembaca “ketagih” untuk membaca.
- Memberi manfaat yang jelas, khususnya dalam menyelesaikan masalah pembaca.
Selain itu, cabaran lain ialah mencipta USP (Unique Selling Point).
Apa Itu USP?
USP ialah keunikan yang membezakan anda daripada orang lain. Sebagai blogger, USP adalah jenama peribadi yang boleh dikomersialkan.
Saya sedang berusaha membangunkan USP untuk mrhanafi.com sebagai Storyteller Blogger.
Doakan usaha ini berjaya, in shaa Allah!
- Kemas kini 31/12/24
kalau ada yang betul2 storyteller blogger tuh memang hebatla… ada takpi tak ramai…
zik recently posted…Jom Beli kuih raya murah2017 secara online,
ada tu bro..omputih
Malaysia ada juga..tetapi kebanyakan mereka IM dan usahawan FB
T.kasih atas perkongsian ini.
Walaupun masih samar-samar (benda baru kan) nanti KSham repeat baca.
sama-sama..
apa yang saya tulis itu mukadimah sebelum storyteller itu kembali bersiaran..
Kalau ikutkan dah lama ada, cuma istilah macam itu macam xpernah diperkatakan.
Dulu banyak blog yang menerapkan storyteller.
Sehinggakan fenomena copy paste untuk kejar trafik, kejar duit, kejar SEO sehingga golongan seperti ini tidak nampak.
Kini muncul pulak blogger kaki event hahahah
Dulu, Bro suka baca blog berdasarkan storyteller. Walaupun setahun update sekali, tetapi sekali update, beratus komen dorang dapat. Mereka ada peminat mereka sendiri dan kebanyakan adalah silent reader
wow..hebat juga penangan storyteller..
sebab itu saya nak cuba bro…
mana tahu percaturan kali ini menjadi..
terima kasih bro kerana sudi berkongsikan pengalaman tersebut
Hi Storyteller… Mummy mai singgah..
Semua yg menjadi storyteller menpunyai sebab tersendiri.. ada yg suka2 dan ada yg untuk jana income.. Apa2 pun yg penting kita enjoy dengan apa yg kita buat.. 😀
Hai..
Seronok juga dipanggil storyteller..
Susah jugak ekk nak jadi storyteller ni..sis kena banyak belajar lagi ni..:D
mula-mula susah..
lama-lama mudah..
saya harap blogger buat sturytelling lepas nie..
baru sedap baca..
ada.
cuma benda ni baru nak dihebohkan aje.
malas nak heboh macam bebudak IM dan geng facebook.
titan recently posted…GogoPrint – Murah tetapi Berkualiti Tinggi
yalah kan bro…
untuk blogger tidak begitu dihebahkan..
geng IM dan FB memang kecoh juga dah.
Sama-sama…
Harap artikle terbaru di blog bro mampu membantu anda meneruskan niche ini 😉
terima kasih bro..
in shaa Allah
suka baca blog bro, 🙂
terima kasih tuan…
sebenarnya artikel ini saya nak edit lagi..
Saya sebenarnya suka konsep storytelling blogging ni. Macam monolog tapi sempoi dan mudah dihadam.
Owh ye. Saya mmg kacak. Tapi kalau bangun tido tak kacak sangat. Hahaah
Terima kasih dan saya harap bro pun boleh menulis blog storrytelling..
P/s: pakej kacak bro tu bagus untuk jadi modeling hehehe
salam ramadhan bro., good blog kipidap., ;p
sama-sama tuan..
salam ramadan juga.
terima kasih ..
masa masa steady dan ada masa kelaut juga jika menulis dengan stress..
saya memang berminat untuk berkongsi ilmu..
datang la lagi..