Dapat hadiah misteri dari Blogger Anies

Hujan tidak. Ribut pun tidak. Tiba-tiba dapat hadiah misteri. Tanpa sebab dan tanpa alasan.

Apakah perasaan ?

Sudah tentu saya gembira dan teruja.

Tanyalah mana-mana insan dalam dunia ini, apabila mendapat hadiah tentu mereka rasa lain macam.

Betul tak ?

Terima kasih dan bersyukur tak terhingga kerana ada rakan blogger sudi menghadiahkan saya.

Tidak dinafikan Cik Anies yang menjadi blogger di blog Anies And You memang seorang pemurah dan dermawan.

Hadiah apa tu?

Ya, saya mendapat sehelai tuala mini, dua batang pen, cenderahati sticker dan hati gembira.

Soal hati gembira walaupun tidak nampak atau tidak dapat digambarkan, ia amat bermakna.

WAJIB BACA :   Ada apa dengan blog mrhanafi.com

Baik kepada penerima mahupun pemberi.

Tuala mini memang saya perlukan untuk lap peluh ketika berada di gym.

Pen pula memang jadi kegunaan saya kerana saya orang penulis yang selalu mencatat apa-apa idea atas helaian kertas. Mungkin juga digunakan untuk menulis nota cinta hehehe.

Cenderahati sticker yang seperti dari Korea memang awesome giler.

Kebetulan pula saya nak berimpian ke Seoul dan Busan pada masa akan datang.

Kata-kata terakhir yang bukannya berakhir, saya doakan sepenuh hati agar Cik Anies terus dimurahkan rezeki, panjang umur, sihat walfiat dan dipertemukan jodoh yang terbaik demi dapat redha Illahi.

Aamiin.

18 thoughts on “Dapat hadiah misteri dari Blogger Anies”

    • sikap dia tu memang luar biasa.

      tak ramai blogger macam tu.

      saya harap dia jadi kaya suatu hari nanti agar lebih banyak menyumbang kepada kebajikan blogger

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge