Saya terpanggil untuk berkongsi cerita berkenaan jodoh.Ya saya faham.Ramai yang masih mencari-cari jodoh.Dari utara hingga selatan.Belum jumpa juga terus mencari dari timur hingga barat.
Rupa-rupanya jodoh bukan dicari.Jodoh perlu diminta.Minta daripada Allah SWT.
Minta dengan cara berdoa dan yakin Allah tunaikan permintaan kita.Cepat atau lambat itu terserah.Biar Allah sahaja yang menentukan.
Jodoh kita tetap ada.Tidak di dunia pasti ada di akhirat nanti.Sebab setiap penciptaan Allah ada pasangannya.Sama juga dengan manusia.Jadi buat apa gundah gulana.
Orang hebat pesan bergembira dan tenang sahaja.
Selain meminta dengan Allah, kita perlu dan sebaik-baiknya sertai dengan amalan ini.
Apa tu ?
Apa lagi kalau bukan bersedekah.Luruskan niat sedekah untuk mendapat jodoh.Lagi besar sedekah maka lagi baguslah jodoh yang kita bakal dapat.
Buat dulu baru percaya.Lagipun bersedekah satu amalan terpuji dan memberi manfaat kepada penerima.
Ada duit sedekah sahaja duit.
Ada ilmu sedekah sahaja ilmu.
Ada tenaga sedekah sahaja tenaga.
Malah sedekah yang paling mudah dan murah ialah kita sedekahkan doa kepada mereka yang memerlukan.
Jika berjumpa dengan orang yang nak dapat jodoh sila doakan orang tersebut.Kumpulkan 10 orang.Lagi ramai lagi bagus.Hari-hari doakan untuk mereka.Saya percaya bersedekah doa cukup mudah dan senang sekali.
Namun saya cukup suka bersedekah duit kerana saya suka duit.Bersedekah dengan apa yang kita suka pasti memberi ujian kepada akal dan iman.
Itu terpulang.
Lain belalang lain padang.Lain harimau lain belang hehehe
Cuma apa yang saya nak kongsikan di sini adalah minta jodoh kepada Allah dan susuli dengan amalan sedekah.Nak lebih power tambah dengan istighfar dan selawat.
In shaa Allah jodoh pembaca sudah menunggu di pelamin nan indah.
Sesiapa yang ingin jodoh tu boleh cuba dan tolong share kepada mereka yang memerlukan jodoh.
-mrhanafidotcom-
#successtilljannah
setelah berdoa, meminta pada Allah… kita kene berusaha jugak saya rasa… berusaha mencari jodoh yang sesuai
usaha dengan sedekah..
usaha dengan selawat dan istighfar..
kalau berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas ..
kawan dengan ramai dan dalam ramai kawan adalah jodoh tu
Dulu je cari. Lepas putus di tengah jalan memang tak cari selalu doa dari 10 tahun lalu.
cuba lagi bro..
luaskna pergaulan dan rangkaian.
lebihkan sedekah dan niatkan sedekah untuk dapat jodoh
InsyaAllah
alhamdulillah
hebat kuasa sedekah ni ya tuan =)
sangat hebat.
nak rasai kehebatannya boleh cuba yang termudah dulu.
in shaa Allah
jodoh tak jatuh bergolek juga…
saya doakan moga tuan hanafi bertemu jodoh…ameen
sebab jodoh bukan durian hehehe sebab itu tak akan jatuh bergolek
aamiin dan terima kasih atas doa nya..
Aku sering meminta dari Allah apa yang aku MAHU,
Allah pula berikan aku apa yang aku PERLU,
Kerana Allah mengetahui apa yang lebih bai bagi diriku.
Wan recently posted…Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?
caption yang cukup menarik bro..
terbaik tu
Alhamdulillah..mencari jodoh satu hal, nak kekalkan jodoh tu till jannah pun satu hal juga kan.. semoga dipermudahkan urusan harian bro!
JMR recently posted…Cara Semak Kelayakan KW$P Untuk Melabur Unit Trust
ya begitulah ujian kehidupan bro.
temui sahaja dengan hati yang lapang