Alhamdulillah artikel bersiri ini sudah sampai ke bahagian akhir.Maknanya sudah lima point telah saya kongsikan untuk para pembaca semua tentang rutin pagi orang berjaya.
Rutin pagi orang berjaya ini sungguh menginspirasikan.Ianya saya petik dari buku “Tools of Titans” hasil tulisan Tim Ferriss.
Buku tersebut mendedahkan rahsia, tabiat dan rutin individu bilionaire, ikon terkenal dan world peak perfommer.
Artikel berikut adalah kesinambungan kepada artikel yang akhir ini.Boleh dirujuk jika belum membacanya.
Dari empat point yang telah saya kongsikan terdapat point yang lebih penting lagi.Point ini akan saya kongsikan dalam artikel akhir ini.
Perkara tersebut ialah menulis jurnal atau diari pada waktu pagi
Lebih mudah kalau saya kata menulis diari.Tak kisahlah nak tulis dalam buku atau taip sahaja dalam komputer.
Semasa zaman kanak-kanak saya menulis diari.Pada masa itu belum ada media sosial sebagaimana yang ada sekarang ini.
Saya tulislah cerita saya dari pagi sampai malam di dalam buku kecil.Mutu penulisan saya tidaklah hebat mana.
Namun tabiat menulis telah melatih fikiran saya untuk ingat segala kejadian yang berlaku mengikut kronologi dengan baik.Kesannya saya selalu mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran sejarah berbanding bahasa Melayu itu sendiri.
Berbalik kepada kisah Mat Salleh nie…
Tim Ferriss menulis jurnalnya pada awal pagi.Itulah rutinnya setiap hari.
Bukan satu jurnal.Sebaliknya ada dua jurnal.
Apa yang perlu ditulis dalam jurnal?
Soalan yang bagus.Sudah semestinya saya sendiri yang jawap berdasarkan apa yang ditulis oleh Tim.
Dalam jurnal ini ditulis perancangan yang akan dilakukan pada hari tersebut.Rekod satu persatu walaupun sekadar idea.
Jurnal kedua pula tentang senarai masalah yang dihadapi pada hari sebelumnya.Selagi masalah belum selesai tulis sahaja dalam jurnal tersebut.Masalah yang sudah selesai pun ditulisnya dalam jurnal tersebut sebagai rujukan pada masa yang datang.
Kesimpulan
Saya akui bukan mudah untuk melakukan rutin ini secara istiqamah.
Bukan orang lain.Saya sendiri juga begitu.Cuma saya beruntung kerana ada blog.
Dalam blog ini tempat saya mencoretkan secara pandangan dan buah fikiran secara istiqamah sejak tahun 2009 lagi.
Ada perkara yang bersifat peribadi saya tulis dalam buku manual.Tidak akan disiar untuk tatatapan umum.
Tak akan pembaca sudi membaca kisah rindu saya kepada kekasih hati yang jauh nun di mata tetapi amat dekat di hati kan…hehehe
Baca curahan hati saya dalam artikel di bawah:
Sekian dulu artikel rutin pagi orang berjaya.Semoga ianya memberi sedikit sebanyak manfaat.Memang ditulis secara santai dan ringkas sebagaimana penulisan asalnya.
Oh ya, jangan malu-malu pulak untuk terus baca artikel cara lupakan bekas kekasih.
Salam 16 Ramadan 1441H.
waktu pagi adalah waktu productive untuk kita buat apa2 jua kan.. sebab tu seeloknya mulakan seawal pagi tq mr h for sharing
ya betul..
gunakan sebaik yang mungkin
kamek seorang yang susah mok konsisten molah diari..sebab ya lah, sik pernah ada diari bila da besar tok..dolok jak kecik2 biasa menulis pendek2 dalam diari..kak ya lalu malas…nasib ada blog..
sunah sakura recently posted…Happy Mother’s Day
untuk konsisten memang mencabar..
sik pa la at least ada blog sebagai jurnal elektronik
Assalamualaikum tuan hanafi, boleh wasap saya tak
wsalam….saya lebih gemar kalau dihubungi menggunakan email kepada mereka yang belum saya kenal sepenuhnya