Cara untuk melupakan bekas kekasih sebenarnya mudah sahaja.Saya cuba untuk menulis santai hari ini.Tak nak tulis yang berbunga-bunga.Saya nak tulis tepat pada sasaran.Dalam erti kata yang lain ringkas tetapi padat dengan saranan buat pembaca.
Sebelum tu saya nak ingatkan sekali lagi bahawa memutuskan silaturahim bukan perkara yang elok.Lebih-lebih lagi kepada dua insan bercinta yang diikat dalam pernikahan.Luar dari skop tersebut saya tidak berani untuk komen apa-apa.
Putus kasih.
Pedihnya terasa ke lubuk hati sehingga ada pepatah kata biar luka diluar jangan ada luka didalam.Lukanya sembuh tetapi parutnya kekal selamanya.
Boleh diterima.Boleh juga dibantah secara berhemah,Begitulah luahan kata oleh mereka yang putus cinta.
Ketika bercinta semuanya indah-indah.Tiada sesuatu pun yang nampak cacat celanya.Yang baik diperbesarkan.Yang buruk dikecilkan.Kalau tidak mana timbulnya istilah fatamorgana.Macam ada tetapi realitinya tiada.
Lantas orang bercinta terus terbuai buai dengan lambaian perasaan yang tak sudah-sudah.Tatkala ujian cinta melanda maka akan terbongkarlah satu rahsia hati yakni keikhlasan.
Orang yang tak ikhlas akan mengkhianati cinta.Mereka bisa memutuskan hubungan cinta yang sedia ada untuk mendapatkan cinta yang baru.
Saya luaskan skop pemikiran.Saya tak kata lelaki.Mungkin juga wanita.Lebih parah andainya terlibat kepada mereka yang terikat dengan perkahwinan.Minta dijauhkan sejauh-jauh yang mungkin.
Merananya orang yang putus cinta hanya Tuhan yang tahu.Emosi tak menentu.Fikiran berkecamuk.Perasaan memberontak.Pendek kata keseluruhan hidupnya boleh tak terurus.
Mereka bagaikan tidak mampu mengurus diri.Makan tak lalu.Minum sekadar perlu.Tidur tak terasa nikmatnya.Kalau boleh tak nak mandi.
Jika sudah pada peringkat ini memang parah dan kronik jadinya.
Ini cara untuk melupakan
Jadi cara untuk melupakan bekas kekasih ialah maafkan dia.Tidak perlu untuk menyimpan perasaan lama-lama.Baik perasaan bersalah, tidak puas hati dan sebagainya.Maafkan dia dan jika masih sempat untuk menghubungi boleh minta maaf.Tidak timbul soal siapa yang salah atau yang betul.
Selain itu perlu berlapang dada dan terima hakikatnya.Malah bersyukur kerana Tuhan telah memilih kita untuk diuji.Kita diuji bahawa putusnya cinta akan hadirnya cinta yang baru.Lebih baik.Lebih hebat dan lebih memahami kekurangan serta kelebihan yang kita miliki.
Yang penting sekali orang baru itu nanti akan menerima dan memberi cinta yang ikhlas.Perkara yang sudah dan berlalu biarlah pergi.Lepaskan dia dengan hati yang tenang.
Doakan dia dapat kebahagiaan kerana kita mesti sedar kita tidak mampu beri dia kebahagiaan.Sebab itu dia telah terpesona dengan orang lain demi kebahagiaan.Hak dia untuk pergi dan hak kita untuk melepaskan.Malah hak masing-masing untuk mendapatkan kebahagiaan.
Kehidupan terlalu singkat.Jangan bazirkan kehidupan yang singkat ini dengan melayan kedukaan,kekecewaan dan kerunsingan.Ayuh.Bangkitlah segera dengan senyuman paling manis.
Bangun dengan harapan yang terindah.Moga-moga ketemu dengan dengan insan yang hampir sempurna untuk kita yang bisa menemani hingga akhir hayat.
Secara teorinya cara untuk melupakan bekas kekasih iaitu gantikan yang baru.Namun praktikalnya tidak semudah yang disangka kerana soal perasaan tak boleh dipaksa biarpun orang yang berada didepan kita itu tampan yang tak terucap atau jelita tak terkata.
Boleh cuba mana tahu mujarab.
Mungkin kita suka tetapi dia belum tentu suka dengan kita.Begitulah sebaliknya sehingga kita bertemu dengan orang yang saling menyukai yang akhirnya akan menjadi saling menyintai.Itulah jodoh kot.
Saya tak berani nak kata gerenti.
Baiklah setakat ini dulu dan jom keep in touch dengan subsribe saya di Yotube
*Kemaskini 9 Mei 2020
Terima kasih atas perkongsian ni..
sama-sama bro..
Kalau kekasih yang bertahun sampai 7 tahun sudah,lepas tu putus..susah skit huhu
redha sahaja bro..perempuan ramai lagi..ada yang jauh lebih baik..
amboiii, pagi-pagi lagi dah cerita pasal cinta mr.hanafi? hehe
siti hazreen recently posted…Hutang: Saya Bertuah Sebab Ada Yang Tolong Ingatkan
bab cinta seronok nak tulis..
Alamak.. saya ada ramai kawan perempuan.. rakan tapi tak mesra.. ada beberapa orang rakan wanita yang mengharapkan hubungan kami lebih daripada seorang sahabat.. tapi saya tak mampu, sebab ruang hati saya hanya terbuka utk seorang wanita… tapi wanita tersebut sengaja buat-buat tak tahu yg saya sukakan dia.. nak cakap terus terang malu.. banyak kali dah berkias, tapi dia buat macam tak tahu… bertahun menunggu lamanya..sehinggakan saya rasa letih nak menunggu.. kesudahannya saya malas nak ambil tahu tentang wanita tersebut, lalu cari seseorang untuk saya kahwini… Selesai.. tapi bukan senang nak melupakan wanita tersebut… cuma kalau terjumpa, Lidah rasa kelu tak tahu nak sembang apa… huhuhu..
anuar recently posted…Pakej Combo Pemasaran Internet.. Tengah murah sekarang ni.
nampaknya tuan pencinta wanita..he..he..sayang sungguh terlepas begitu sahaja..
perempuan zaman kita dulu agak pemalu..kalau tak sound direct mereka tak tahu..
tak pe..perkara yang sudah biarlah berlalu..
Haha. Ada class tersendiri bro hanafi ttg cinta ni..
ada kelas la sangat..biasa sekolah dulu main jiwang-jiwang..
Betul tu…jangan bermusuhan walaupun msh terasa sakit.
Bykkan berdoa. Lagipun tuhan dah tentukan siapa jodoh kita. Dah jumpa yg baru pasti hlg luka tu. 🙂
bagus la kalau bro dapat berfikiran begitu..
Kalau tak dapat lupa memang bahaya, boleh membuka pintu kecurangan…
sebab itu mesti dilupakan ..sedaya upaya..paling bahaya jika kekasih lama punyai aura yang lebih hebat dari kekasih baru..
betul sangat tu..apa yang dikenang kalau orang dah tak nak lagi dengan kita
thanks for sharing eventhough its really hard to do
ira recently posted…L.A.T MAGIC SESSION – GRAND FINALE 2016
senang cerita jangan layan sangat perasaan tu..