Apabila sudah berkeluarga tentulah impian untuk kekal bahagia pasti ada.Keluarga bahagia terlalu tinggi nilainya.Tidak terbeli dengan wang ringgit walaupun kepentingan wang tidak dinafikan dalam membina keluarga bahagia.
Yang pasti keluarga bahagia membina masyarakat madani.
Secara praktikalnya tip ini macam biasa sahaja.Namun saya perolehi tip ini dari seseorang yang sudah lama berumahtangga dan sudi berkongiskan tip tersebut agar perkahwinan generasi muda kekal bahagia.
1.Mengutamakan kejujuran
Jujur adalah elemen asas dalam apa jua perhubungan.Apatah lagi mengimplimentasikan kejujuran dalam perkahwinan.Seorang suami mesti jujur dengan isteri.Begitu juga sebaliknya.
Berkata jujur walaupun perkara itu amat berat untuk dikatakan.Tanpa kejujuran maka selama itu perkahwinan seperti sebuah boneka.Ia bagaikan sandiwara di atas pentas.
2.Saling mempercayai
Suami percaya kepada isteri dan isteri juga percaya kepada suami.Pusing macam mana sekalipun saling mempercayai bertitik tolak juga dari yang pertama iaitu kejujuran.
Sebab jujur itu adalah perkara asas sebelum pergi kepada nilai saling percaya.Perasaan ini wajar 100 peratus tanpa sangsi.Jika tidak, akan timbul rasa was-was yang akhirnya diburukkan dengan fikiran buruk sangka.
3.Menghargai pasangan
Lumrah kehidupan tetap menyatakan pasangan yang terbaik ialah pasangan yang saling menghargai.Besar atau kecil sumbangan,jasa,perhatian,kasih sayang,pertolongan dan apa sahaja kebaikan yang pasangan terima mesti dihargai dengan ucapan terima kasih.
Bukan setakat itu, hargai pasangan suami isteri dengan kesetiaan,perbaharui kasih sayang dan menjaga hati serta perasaan masing-masing.
Pentup
Begitulah pendapat beliau tentang tip untuk kekal bahagia dalam rumahtangga.Tidak perlu tahu siapakah beliau dan yang pasti saya akur tip ini sangat universal untuk diamalkan sesiapa sahaja tak kira apa bangsa atau agama.
Namun tip bonus dari saya pula ialah perkahwinan yang terbaik mesti ada 3 faktor asas iaitu ketenangan,rahmat dan berkat dari Allah SWT.
Salah satunya tiada akan tetap pincang juga biarpun perkahwinan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.
Oh ya.
Ilmu-ilmu dan tip perkahwinan yang lainnya ada saya kongsikan dalam penulisan blog Obses Buku.
Boleh godek-godek mana yang patut dan amalkan untuk kebaikan anda dan keluarga.
Terima kasih kerana sudi membaca dan teruskan pula ke artikel ini.
*Kemaskini 6 Mei 2020
Terima kasih tuan dengan tips yg diberikan.semoga kits semua kekal bahagia selamanya.
Introducer maybank/cimb-0127292850 recently posted…Kelebihan/keperluan akaun semasa syarikat kepada perniagaan anda.
aamiin dan semoga kita ambik manfaatnya
walaupun tak banyak sangat tips, tapi dah cukup power kalau betul betul praktik
boleh banyak sebenarnya..satu atau dua jika dipraktik akan memberi kesan yang baik juga tu
Terima kasih sudi kongsi.
Ira recently posted…Pengedar Shaklee Di Kemaman Dan Bandar Chukai
sama-sama kita ambik kebaikannya
Antara perkara2 terpenting yang perlu di praktikkan untuk kekal bahagia
Betul dan tidak dinafikan
Sabar dulu.. Pasti ada jodoh tu
Saling mempercayai dan menyayangi memang tips utama kebahagiaan. Jom amalkan!
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Perubahan Hormon Selepas Bersalin Penyebab Isteri Jadi Dingin?
In shaa Allah moga ia bermanfaat kepada mereka yang memerlukan
Setuju gan, semua orang, termasuk pasangan sendiri perlu dihargai, baik keberadaannya atau kelakuan baiknya.
ya.sangat penting tu