Ada tak yang bertanya bagaimana jadi pemimpin yang baik ? Soalan macam peperiksaan tetapi saya cuba jelaskan dengan cara santai sahaja tau !
Pemimpin adalah kita semua.Tidak semestinya menjadi Pengerusi, CEO atau ketua kampung perlu gelaran pemimpin.
Anda semua termasuk saya adalah pemimpin.Paling minimum pun pemimpin kepada diri sendiri.Menjadi pemimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul atas pundak masing-masing.
Table of Contents
Bagaimana jadi pemimpin yang baik ?
Dalam buku Mengurus Kerja & Waktu, Tuan Ahmad Fazdli Yusof berkongsikan tiga cara untuk menjadi pemimpin yang baik.Bagi saya bukan setakat baik malah boleh dikategorikan cemerlang dan terbilang.
Beliau membahagikan kepada tiga ciri utama.Ciri-ciri dipecahkan dalam bentuk peratus supaya kita dapat nampak mana yang lebih penting dan utama.
1.Personaliti = 50 peratus
Pemimpin yang baik perlu ada personaliti yang hebat dan menyenangkan.Antaranya ialah rupa paras yang menarik, kemas dan menyakinkan sesiapa melihat mereka.
Muka yang ramah, tegas dan serius adalah penentu personaliti untuk menjadi pemimpin.
Ada yang boleh nampak dan ada yang tidak boleh nampak dengan mata kasar. Sikap termasuk dalam personaliti yang penting.
Misalnya bertanggunjawab, jujur dan berdisiplin.
Nak lihat pemimpin yang baik boleh sahaja mengambil contoh orang terdekat seperti datuk,ayah atau abang kita.
Bagaimana mereka membentuk keluarga?
Adakah bahagia atau derita ?
Bahkan ibu dan kakak dalam adik beradik boleh dinilai tahap kepimpinan mereka.Ingat sekali lagi.Pemimpin yang baik dinilai dengan personaliti diri yang baik juga.
2.Pengetahuan tentang jawatan = 35 peratus
Untuk menjadi pemimpin yamg baik tentulah pengetahuan yang luas menjadi taruhan.
Misalnya CEO syarikat dituntut untuk memiliki pengetahuan dalam bidang perniagaan atau organisasi yang mereka wakili.Dengan pengetahuan tersebut mereka akan dipandang tinggi oleh kakitangan bawahan.
Malah pengetahuan tersebut memberi kesan kepada sebarang keputusan yang mereka buat dalam menentu halatuju syarikat atau organisasi.
Baiklah itu contoh yang terlalu jauh.
Bagaimana pula dengan pengetahuan untuk menjadi suami yang baik.Sebab suami yang baik adalah ketua yang hebat dalan keluarga mereka.
Seorang suami yang baik atau pemimpin yang baik mesti ada pengetahuan dalam pengurusan rumahtangga, perbelanjaan bulanan dan pelbagai macam lagi.
Menguasai perkara ini menjadikan mereka suami yang mampu mengkepalai rumahtangga dengan sewajarnya.
3.Kuasa dalam jawatan = 15 peratus
Pemimpin yang baik tentulah ada kuasa yang dimiliki bersama jawatan tersebut.
Mari kita lihat kuasa kepada ketua kampung.Beliau berkuasa untuk memutuskan apa sahaja yang diperlukan kepada anak buahnya.Beliau boleh mengarah sesiapa sahaja untuk kepentingan kampung dan sebagainya.
Bagaimana pula apabila ketua kampung sudah tidak memiliki jawatan itu lagi?
Sudah tentu arahan dan suaranya tidak kedengaran lagi.Jawatan sudah tiada maka orang tidak pedulikan siapapun mereka.
Lain pula jika jadi tok imam di masjid.Jawatan ini kekal sampai bila-bila biarpun tidak lagi mengimamkan solat berjemaah.
Penutup
Bagaimana menjadi pemimpin yang baik amat bergantung kepada personaliti, pengetahuan dan jawatan itu sendiri.
Ada yang berpendapat saya tidak mahu menjadi pemimpin kerana tidak mahu ada komitmen dan mengalas amanah yang berat.Tidak juga salah kerana untuk menjadi pemimpin bukan satu paksaan dari orang luar atau diri sendiri.
Menjadi pemimpin adalah kerelaan diri sendiri untuk memberi manfaat kepada pimpinan.
Jika kata ya untuk menjadi pemimpin maka wajar memiliki tiga ciri yang telah saya nyatakan di atas.
Sekian.Semoga bermanfaat dan jom belajar menjadi pemimpin bermula dengan memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain.
setuju dengan semua point di atas, tanggungjawab sebagai pemimpin itu besar.
kan..
masalahnya ramai pulak berebut nak jadi pemimpin
terima kasih tuan atas perkongsian =)
sama-sama bro.
melainkan jika dia pemimpin berwibawa pada zamannya, walau dia da tak pegang jawatan tu lagi, orang tetap akan minta nasihat dan pandangan darinya..kata2nya tetap dihormati dan diambil kira…
pandangan ini saya boleh terima…
Ini yang saya selalu sebutkan pada pelajar saya. Pemimpin itu tak semestinya berjawatan besar, sebaliknya kena berjiwa besar
Padin recently posted…Kursus Certified Energy Manager
setuju tuan…
berjiwa besar dalah ciri pemimpin yang baik
ada ke pemimpin yg pegang kuasa dlm jawatan sbyk 15% sekarang? hehehehehe
hahaha…
yang itu saya tiada fakta
sebuah perkongsian yg baik.. pemahaman kepimpinan dalam kerjaya ni boleh diaplikasi pulak dalam sistem kekeluargaan..
Pha Is recently posted…7 perkara pelancong suka buat di Thailand.
betul bro..
kepimpinan dalam keluarga sangat penting
jadi pemimpin mesti tahan juga dgn haters yg pasti akan ada dimana2
ya..haters ada di mana-mana.
itu adalah perkara biasa juga tu
rasanya pemimpin2 kerajaan Malaysia skrg ni x cekap dlm mentadbir negara.
dengar akan da rombakan untuk memastikan kemakmuran negara
nak jadi pemimpin bukan senang. kalau kita lemah organisasi pun akan jadi lemah.
Olaoli recently posted…Teman bekas pelajar UiTM Perlis
betul tu…
pemimpin yang hebat bawa organisasi yang hebat
saya tak suka jd pemimpin, pening kepala nk bg arahan, dapat pulak yg degil, suka melawan..boleh jd stress…
pemimpin yg baik is a good problem solver..
tak pelah..
tiada siapa yang boleh paksa jadi pemimpim kecuali kepada diri sendiri