Imej kendiri yang ingin saya maksudkan ialah self-image. Saya cuba perjelaskan dengan kefahaman sendiri. Setakat apa yang saya faham.
Dalam bahasa mudahnya imej kendiri adalah gambaran mental yang kita lihat, rasai dan percaya kepada diri sendiri. Bukan bersandarkan kepada pendapat atau penilaian orang lain.
Menurut Wikipedia, Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif.
Table of Contents
Imej kendiri
Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Self image atau imej kendiri adalah perkara yang menjadi asas untuk berjaya atau sebaliknya.
Jika self-image negatif seperti gagal, kecewa, lemah dan tiada apa-apa maka itulah yang akan kita perolehi secara cepat atau lambat.
Kenapa, tak percaya ya ?
Izinkan saya untuk bercerita anologi berkaitan imej kendiri.
Di sebuah kampung ada dua orang pemuda bernama A dan B. Mereka kenal dan berkawan rapat. Sama usia namun berbeza cara berfikir.
A melihat diri sendiri sebagai orang berjaya. B pula melihat diri sebagai biasa-biasa sahaja.
Realitinya mereka berdua belum ada apa-apa kejayaan yang boleh dibanggakan oleh orang lain.
Pada pendapat anda, pemuda A atau B yang memiliki penampilan menarik ?
Jawapan saya mestilah pemuda A kerana imej kendiri dalam dirinya sudah terbentuk seperti orang berjaya. Kejayaan biasanya bermula dari dalam.
Kini timbul dalam benak minda saya. Mungkin juga pembaca bagaimana untuk memastikan self image sentiasa positif, bagus dan terbaik.
Menurut portal success.com yang saya baca baru-baru ini mendedahkan tiga cara tersebut.
1.Buat senarai
Peruntukan sedikit masa untuk muhasabah diri. Duduk diam-diam selama beberapa minit untuk mengkaji dalam diri sendiri apa yang bestnya tentang diri kita.
Tidak perlu tanya orang lain. Diri sendiri perlu faham dan jelas siapa diri kita sebenarnya.
Misalnya kita jenis jujur, berdisiplin, hensem, ada lawak jenaka, baik hati dan lain-lain.Buat senarai seberapa banyak yang mungkin.
Siapa peduli apa yang kita tulis itu betul atau tidak pada orang lain.Yang penting memiliki kejujuran kepada diri sendiri.
Sebagai cara untuk mudah faham, tolong senaraikan nilai yang baik sahaja.Nilai kurang baik kita abaikan.Sebab tujuan buat senarai ini hanya untuk membina imej kendiri yang terbaik.
2.Cakap baik-baik
Dalam sehari kita boleh bercakap dengan diri sendiri banyak kali. Cuba perhatikan apa yang kita cakapkan dengan diri sendiri itu perkataan baik atau sebaliknya.
Jika baik sangat bagus dalam membina imej kendiri. Jika sebaliknya tolong kawal atau hentikan kerana ia menambahkan kepercayaan buruk diri sendiri.
Orang berjaya mampu berkata-kata dengan perkataan elok untuk diri sendiri. Tiada keluhan selain pujian untuk menyatakan kesyukuran.
Atas sebab demikian, orang Islam amat digalakkan berzikir untuk mengantikan bercakap dengan diri sendiri perkara-perkara yang negatif.
3.Membahagiakan orang lain
Orang yang baik selalu memikirkan kebaikan dan cara untuk memberi kebahagiaan.Minda mereka penuh dengan strategi dan tindakan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Mereka tiada masa untuk perkara yang negative sehingga keseluruhan hidup sentiasa bermakna untuk orang lain.
Apa yang kita lakukan untuk orang lain sebenarnya untuk diri sendiri secara tidak langsung. Jika orang faham konsep asas rezeki, yakni memulia dan membahagiakan orang lain itu maka kita akan sungguh-sungguh melakukan perkara tersebut.
Penutup
Imej kendiri perlu dibina diri sendiiri.Berjaya membina imej kendiri bermakna kita sudah memiliki separuh daripada kejayaan tersebut.
Separuh lagi menunggu masa dan ketika yang sesuai.
Ok. Itu sahaja perkongsian ringkas kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat mereka yang nak berjaya.
*kemas kini 4/5/22
nice sharing.
i have 3 boys. 3 3 amat berbeza sifat2 mereka. no 1 sangat independent. maybe terpengaruh sifat saya. no 2 very introvert. like his father. tapi bila semakin dewasa alhamdulilah sifat2 mereka berubah ke arah lagi baik dan baik.
alhamdulillah..
itu yang kita nak.
semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama .negara & orang tua
memang diri kita yang perlu membina imej kendiri sendiri, kene ada matlamat dan cara yang betul. Bukan kejap nak jadi itu ini ikut pada orang sekeliling hehehhe
ya..betul.
tetap dengan pendirian adalah imej kendiri yang bagus juga
Boleh tambah 1 lagi, hehe. Duduk dalam cycle yang positif supaya aura positif pun meresap dalam diri.
boleh sahaja..
jangan 1…nak tambah 5 lagi pun boleh hehehehe
sebab kita nak kemajuan dalam hidup ini
Jaman sekarang memang banyak orang yang suka meniru-niru. Sebenarnya itu bukan hal yang baik. Kalau yang ditiru baik memanglah tidak apa-apa. Tapi kalau sebaliknya, kita sendiri yang rugi. Maka alangkah lebih baik menjadi diri sendiri dan tentu saja membangun imej kendiri seperti yang ditulis di atas.
ya…
jadilah orang yang baik-baik sebagaimana fitrah manusia itu sendiri
Iya betul.
Penilaian orang lain akan berdasarkan penilaian diri kita sendiri. Kalau kita menjadi baik, maka orang lain akan menganggap kita baik. Kalau kita buruk, maka orang lain akan menganggap kita buruk. Maka banyak-banyaklah bersangka baik untuk diri sendiri.
Salam kenal dari blogger Indonesia.
komen yang bernas mas..
terima kasih
salam kenal juga dari Saya ..blogger Malaysia
pokok pangkal, diri sendiri yang boleh ubah diri..terbaik perkongsian ni bro
JMR recently posted…Gaji RM140,000 Sebulan!
ya..bro
diri sendiri sahaja yang mampu mengubah diri sendiri
tips yang bagus tuan =)
terima kasih bro..
nombor satu dah kecundang hahaha
tak pe…
slow-slow sahaja
Cara dan tips yg baik
ya …sebaiknya begitu cikgu
Percaya dan yakin pada diri asas yang paling penting untuk bentuk imej diri yang terbaik
ini penting..
percaya dan yakin tu
rasanya semua org berimpian mahu bahagiakan org lain tp jgn smpi kita terlupa membahagiakan diri sendiri…
boleh lakukan secara beriringan..
seia dan sekata gitu
Iya, kita harus pikir apa baik-baik yang kita punya. Tapi tetap harus sesuai kenyataan. Salah-salah bisa jadi grandiosity. Fact check juga penting.
harap begitulah…
fikir yang baik-baik sahaja.
husnuzon gitu
Bisa membahagiakan orang lain selain kita ikut bahagia ternyata juga baik itu imej kita sendiri yah.
pun boleh mas..
terpulang kepada diri sendiri
tq for tips mr h.. diri kitalah yg perlu naikkans endiri imej kendiri kita sendiri kan
kan..
semoga iannya betmanfaat