Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik

Konsep hijrah diri cukup mudah.Satu perkataan sudah cukup untuk menerangkan iaitu berubah yakni perubahan yang menjurus kepada kebaikan.

Untuk tujuan tersebut kita perlukan indikator.Proses penilaiannya ialah muhasabah diri.

Kita nak lihat :

1.Keadaan sebelum
2.Keadaan selepas.

Adakah pembaca sudah bersedia?

Jika sudah kita teruskan perkongsian ini.

Sebelum ini saya pernah kongsikan 3 artikel yang berkaitan Hijrah Diri yakni :

1.Sentiasa Bersangka Baik
2.Usaha Sehabis Baik
3.Doa Sangat Baik

Sekarang ini.

 Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik.

jadikan hari ini jauh lebih baik

Perkongsian ini boleh saya katakan sebagai cara muhasabah diri atau koreksi diri.Saya akui saya tengah mengkaji serta dalam proses implimentasi.

Saya nak bawa pembaca semua melihat senario berikut dalam memahami cara nak menjadikan hari ini jauh lebih baik.

WAJIB BACA :   ADAM50 Hadiah Terbaik Untuk Bayi Malaysia

Kisah Encik Abu Jadi Ketua Jabatan.

Encik Abu bekerja sebagai kakitangan awam yang berpangkat biasa di sebuah jabatan kerajaan.Setiap hari Encik Abu melalui rutin harian yang sama tetapi kurang menyeronokkan.Encik datang ke pejabat tepat jam 8.30 pagi dan balik pula tepat pukul 5.00 petang.

Pada suatu hari ketika Encik Abu berehat tengahari, dia melayari internet untuk membaca blog.Kebetulan pula ketika itu dia terjumpa The Storyteller Blog.Tanpa membuang masa Encik Abu menekuni salah satu artikel dalam blog tersebut.

Encik Abu sedar dan sentap.Dia berazam untuk mengubah diri menjadi lebih baik dalam bidang pekerjaan.

Selepas hari tersebut Encik Abu sampai lebih awal ke pejabat.Satu jam lebih awal dan memulakan kerja tanpa menunggu masa yang sepatutnya.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna telefon Oppo A5 2020

Banyak pekerjaan yang sebelum ini siap dalam masa 3 hari dapat dihabiskan dalam masa 3 jam.Keadaan ini membolehkan Encik Abu ada masa lapang.

Dengan adanya masa lapang tersebut Encik Abu memohon kebenaran ketuanya untuk belajar kemahiran lain di jabatan yang lain pula.

Selama 3 bulan berbuat demikian,pihak ketua jabatan perasan ada sesuatu yang luarbiasa berlaku.Staf-staf bekerja penuh tekun dan produktiviti meningkat 3 kali ganda.

Staf di bahagian Encik Abu sendiri berubah dan staf dibahagian lain juga berubah.

Perubahan ini adalah pembawaan diri Encik Abu kerana dia menerapkan amalan bekerja jadikan hari ini jauh lebih baik.

Encik Abu bukan bos.Bukan juga ketua tetapi sikap dan caranya bekerja seperti seorang ketua.Perubahan ini dapat diterima oleh pekerja yang lain kerana Encik Abu bekerja secara ikhlas.

WAJIB BACA :   Broadband M bermasalah bikin panas hati [ Edisi kemas kini]

Akhirnya Encik Abu dilantik sebagai Ketua Jabatan yang baru.Ketua yang sebelum ini bersara awal dan memilih untuk menceburi perniagaan online menjual produk affililiate 

Cerita sudah berakhir.

Kesimpulan.

Atas kertas nampak mudah untuk menerapkan hijrah diri dengan menjadikan hari ini jauh lebih baik.

Tidak juga bermakna terlalu sukar jika kita boleh menerapkan usaha sehabis baik.

Yang penting ada berfikiran sentiasa bersangka baik.

Misalnya.

“Saya boleh”

“Saya dapat”

Akhir kata saya mengundur diri di sini dahulu.

In shaa Allah kalau ada kesempatan saya nak kongsikan pula Pengurusan Masa Yang Paling Baik.

Itulah kemuncak dalam siri hijrah diri kali ini.

16 thoughts on “Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik

  1. Ada 1 kisah tuan

    mengenai pasukan lumba basikal england

    team sky

    tak pernah menang kecuali 1 je pingat emas di olimpik

    Sehinggalah

    1 manager baru ambil alih. Manager ni ada MBA

    Jadi dia cuba apply 1 teknik

    The theory of marginal gain

    Simple je

    Setiap perkara dia tingkatkan 1% saja. Kusyen, roda, minyak urut, tilam

    Diet

    Semua tingkatkan 1%

    Tuan tahu apa jadi?

    Sukan olimpik beijing

    10 pingat emas

    Dan tak habis disitu

    Sukan olimpik london

    10 pingat emas

    Dan banyak kejayaan lain

    Datang dari 1 perubahan kecil dalam hidup

    Best tak cerita saya ni

    Haha
    Mazni Azmi recently posted…26 Cara Atasi Alahan Mengandung Teruk Semasa Hamil? No 9 Paling BestMy Profile

    1. yalah kan..

      best la cerita ini.

      lain kali ada cerita la lagi..

      untuk saya dan pembaca blog ini..

      untuk tujuan itu.

      saya ucapkan terima kasih

  2. Konsep hijrah sangat penting dalam menilai dan meningkatkan prestasi diri. Mengambil contoh junjungan mulia Nabi kita yang berhijrah ke Madinah ekoran keterbatasan dakwah di Mekah. Kekuatan dibina di Madinah seterusnya kembali semula ke Mekah membawa perubahan setelah memiliki kekuasaan. Sama-sama kita hijrah ke arah yang lebih baik.
    Al-Manna Ameer recently posted…Al-Manna Ameer 100 Peratus Asli Dan HalalMy Profile

  3. Setuju sangat bro. Atas kertas memang nampak mudah.

    Bila buat tak semudah dari yang disangka. Tapi dengan disiplin dan kemahuan yang tinggi pasti boleh.

    Mulakan dengan pelan dan jangan pernah mengalah

    1. itulah tujuan asas penulisan blog..

      ada memberi kebaikan dan nilai untuk orang lain..

      namun cerita Encik Abu rekaan semata-mata..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge