Sudah dua artikel telah saya terbitkan dalam siri hijrah diri.Saya berharap dua siri yang lepas mampu saya kemaskini dan saya hayati.Kalau pembaca nak amalkan atau jadikan panduan itu dah kira bagus juga.
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk beramal dengan sedaya upaya yang ada.
Dalam artikel ini saya suka nak berkongsi dengan pembaca satu tabiat hijrah diri iaitu :
Doa Yang Sangat Baik.
Saya tidak bermaksud untuk membuat perbandingan dengan doa-doa yang tersusun kemas dalam kitab-kitab yang menjadi kajian dan panduan ahli agama.
Cuma saya tarik perhatian ialah doa yang kita sesuaikan mengikut keadaan dan keperluan.
Hidup perlukan perubahan.Suka atau tidak sekalipun, perubahan itu tetap akan berlaku.
Perubahan ada dua keadaan.
1.Semakin bagus
2.Semakin teruk.
Kita nak perubahan yang semakin bagus.Apa yang kita lakukan ada peningkatan.Tak kira secara perlahan atau secara drastik.Perubahan tetap juga berlaku.
Bagaimana nak dapat perubahan tersebut melainkan dimulai dengan doa.
Saya yakin semua doa untuk kebaikan itu memang sangat baik.Malah doa boleh dilakukan di mana sahaja dan setiap masa.Lebih-lebih lagi dalam soal mencari rezeki.
Nak tahu lebih boleh bongkar sahaja >> Rahsia Rezeki
Ada yang berpendapat doa tanpa usaha tak akan kemana.Begitu juga usaha tanpa doa tak boleh jalan juga.Pendapat tersebut tak salah dan tak juga 100% betul.
Untuk mengelakkan kekeliruan lebih elok buat dua-dua: usaha dan doa.
Jom saya kongsikan satu stori dari grup whatsapp.Rasa sayang pulak dibiarkan mereput dalam telefon.Saya kongsikan sahaja dalam blog.Moga penulis asalnya dapat beroleh pahala.
Ikutilah storinya:
Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir…
Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir..
Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar..
Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru…
bunga selalu mekar…
Matahari selalu bersinar…
Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi:
Hikmah di setiap cubaan… jawapan di setiap DOA..
Jangan pernah menyerah..
Life is so beautiful..
Jika hidup itu perjalanan.. maka nikmatilah..
Jika hidup adalah tentangan.. maka hadapilah..
Jika hidup adalah anugerah.. maka terimalah..
Jika hidup adalah tugas.. maka selesaikanlah..
Jika hidup adalah cita-cita.. maka capailah..
Jika hidup adalah peluang.. maka ambillah..
Satu hal yang membuat kita bahagia adalah:
Cinta Allah.
Satu hal yang membuat kita hancur adalah:
Putus Asa.
Satu hal yang membuat kita maju adalah:
Ikhtiar.
Satu hal yang membuat kita kuat adalah: Doa.
Kesimpulan.
Saya berharap dengan sentiasa berdoa kita mendapat keajaiban dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.
Dalam artikel yang akan datang dan moga-moga saya ada kesempatan,saya akan menulis berkaitan hijrah diri yang keempat iaitu Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik.
Jika tidak mahu ketinggalan jangan lupa untuk follow saya melalui:
Sekian.Jumpa lagi.
-mrhanafi-
[ 5 Muharam 1439H ]
Saya baru sembuh dari sakit, hampir 2 minggu. Dan amat bersyukur kerana masih ada rezeki masuk.
Ikhwan recently posted…Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
saya bersyukur kerana tuan sudah pulih dari sakit..
sihat itupun satu rezeki yang ramai orang yang sedar
Doa orang mukmin memang makbul
Berdoalah dengan khusyuk dan bulat bulat pada Allah
Semoga di makbulkan
Mazni Azmi recently posted…16 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!
alhamdulillah..
saya terkesan juga juga dengan komen ini..
terima kasih puan Mazni
ingat daku dalam doamu hehehe..doakan jadi bertambah rezeki pun ok sudah
Belang Tarung recently posted…Makan Ikan Serkut Bakar Sambal Di Ikan Bakar Terapung Fort Supai Sungai Linggi Melaka
doa adalah senjata orang mukmin..
mari kita gunakan untuk kebaikan..
saya sudah tukar 3 kali..
template ini lebih ok walaupun template sebelum ini lebih cantk
Saya suka entry ini tuan..sgt memberi manfaat kpd pembaca
Elih Japahar recently posted…Blog Kini 1 Juta Pageviews
terima kasih..harap begitulah hendaknya
Doa yang baik-baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat 🙂
sabree hussin recently posted…Homestay Fetih Ezzehra – Homestay di Kuala Terengganu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk keselesaan pengunjung
aamiin dan saya suka yang tu tuan..
doa yang baik-baik
Doa tanpa usaha adalah kesia-siaan dan usaha tanpa doa adalah sesombongan.
Saya doakan bro hanafi terus sukses
Dedaun Comel recently posted…3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
terima kasih Bro Fareed..
jumpa anda di persada Facebook
Semoga terus sukses ya MH
Noriza Rahman recently posted…Terbukti dengan 7 Ramuan Utama Hasilkan Kolagen Terbaik
terima kasih NR atas doa dan sokongan moral yang padu
Doa itu senjata mukmin
kuasa doa sangat hebat..
sedihnya ramai yanng belum guna senjata doa dengan sebaiknya..
in sya allah akan tetap berhijrah
Alhamdulilah..
bagus sangat tu
Alhamdulillah bagus tu