Ketahui pengalaman sebenar terperangkap dalam lif…dan tips selamatkan diri

Selalu tak dengar peribahasa angkat bakul sendiri. Peribahasa ini terus dikreatifkan dengan tagline biasa kita dengar iaitu “naik lif tekan sendiri”.

Baru-baru ini saya berpeluang merasai sendiri pengalaman terperangkap dalam lif. Alhamdulillah hanya terperangkap dalam tempoh kurang dari dua minit.

Itupun sudah cukup mengetarkan jiwa dan meresahkan perasaan. Rasa trauma pasti ada.

Bayangkan kalau tiga jam atau lebih lama. Terperangkap tanpa mampu berbuat apa-apa. Terkurung dan terpasung.

Terperangkap dalam lif

Bayangkan juga kalau terperangkap berdua sahaja. Lelaki dan perempuan. Kalau boleh jangan begitu….bahaya .

Sudah tentu saya tidak sanggup membayangkan lagi lantaran imaginasi nakal akan berlegar-legar difikiran. hehehe

Cerita saya terperangkap dalam lif memang betul-betul berlaku. Pada hari tersebut, Ahad. Hanya dua tiga orang yang ada di pejabat.

Sebelum melangkah masuk ke lif, saya sudah terasa debarannya. Hati tidak senang. Namun saya abaikan. Ada apa dengan perasaan begitu. Sebaik sahaja pintu lif tertutup, debaran hati saya semakin bertambah.

Memang betul. Ada perkara buruk berlaku.

Pergerakan lif sangkut-sangkut. Tiba-tiba lif berhenti. Terdengar bunyi hentaman yang kuat pada dinding lif.

WAJIB BACA :   3 cara jadi orang kaya

Alamak !!

Berderau juga darah saya dibuatnya. Saya cuba bertenang.

Dalam fikiran ada dua pilihan. Nak tekan butang kecemasan atau nak telefon salah seorang rakan pejabat yang ada pada tingkat bawah sekali.

Saya terus dapat idea sebelum saya melakukan dua pilihan di atas. Laju sahaja jari saya menekan butang G atau ground floor.

Tak sangka lif yang sudah berhenti di antara tingkat dua dengan tiga turun ke tingkat G. Sebaik sahaja sampai ke tingkat G, pintu lif boleh terbuka. Apalagi saya terus rasa lega bercampur cemas sambil mengurut dada yang bidang ( gurau).

“Fuyoo…tak nak la terperangkap dalam lif lagi. Nasib baik tak lama. Kalau lama habis cerita.”

Itulah kata-kata yang terkeluar di mulut pada masa itu. Dalam hati tidak henti-henti mengucap Alhamdulillah.

Rasanya terperangkap dalam lif cinta, dibelenggu bahagia selamanya

Muka saya pucat. Ditoreh dengan pisau mungkin tidak berdarah.

Tapi tak lama. Seminit lepas itu saya kembali tenang seperti tiada apa-apa berlaku.

WAJIB BACA :   Hikmah Bersangka Baik Setiap Masa

Namun saya belajar sesuatu. Jika hati rasa tidak senang atau was-was tinggalkan sahaja. Itu petanda ada perkara kurang baik akan berlaku.

Sama juga dalam kehidupan dan hubungan cinta.

Jika rasa kurang tenteram dan mulai rasa sangsi, lebih baik tinggalkan. Jangan dipaksa takut merana jiwa. Kalau bukan kita sedemikian, mungkin kepada pasangan.

Paling penting sentiasa tenang dan jangan tergopoh-gapah. Orang tenang selalu menang dan orang gelisah sentiasa kalah. Menang kerana dapat keputusan terbaik. Kalah kerana dapat keputusan sebaliknya.

Di sini juga kongsikan tips bagaiamana kalau terperangkap dalam lif. Semoga bermanfaat.

Tips Kecemasan: Apa yang harus dilakukan jika anda terperangkap di dalam lif??

1)Bertenang –
Bertenang dan jangan panik. Ini adalah tips yang paling utama dan paling penting. Dengan bertenang atau panik barulah kita dapat berfikir secara waras apa yang patut kita lakukan.
2)Interkom –
Jika lif anda mempunyai interkom (butang ikon gangang) tekan butang tersebut dan laporkan kepada pusat kawalan. Biasanya lif yang mempunyai pusat kawalan mempunyai butang ini bagi PPR biasanya tiada butang ini.
2)Loceng – Tekan loceng sekerap yang mungkin untuk memaklumkan kepada orang diluar bahawa anda telah terperangkap. Tekan butang loceng ini sekerap yang mungkin supaya ada yang perasan ada mangsa di dalam lif.
3)Telefon atau SMS –
Dalam lif biasanya tiada litupan talian telefon tapi tak salah untuk anda mencuba. Cuba mencari titik yang mempunyai litupan telefon, cuba cari di genap ruang lif. Kadang-kala ada titik yang mempunyai sedikit litupan talian telefon yang akan membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan orang di luar. Hubungi pihak Bomba.
4)Duduk –
Kalau boleh duduk di atas lantai lif, jangan berdiri sebaiknya. Ini adalah bagi mengurangkapkan impak atau kesan kepada anda jika lif itu jatuh bebas. Ini juga dapat membantu anda untuk survive dalam keadaan oksigen yang terhad.
5)Jangan cuba untuk memanjat dan membuka pintu kecemasan yang terletak dibahagian atas lif. Sila tunggu sehingga anda diselamatkan dan tunggu arahan selanjutnya dari pengendali lif.
Sumber JBPM

*kemas kini 7/4/22

WAJIB BACA :   Santai Bersama Buah Hati Di Aeon Mall Kuching Memang Seronok Giler

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge