Hikmah Bersangka Baik Setiap Masa..Bermula pada tarikh 22 Jun 2016 mrhanafi telah memasuki Segmen Sukses Ketiga dengan tema Implimentasi Hukum Tarikan.Wah macam hebat.Ya memang tidak dinafikan segmen ini antara yang cukup mengujakan mrhanafi.
Dalam blog Hero Borneo, mrhanafi telah menulis beberapa siri kejayaan mrhanafi dalam mengikuti Segmen Sukses Pertama dan Kedua.Kini dah masuk Segmen Sukses Ketiga.Pastinya akan berlangsung selama 21 hari.Sengnaja mrhanafi bawa perjalanan segmen kali ini ke dalam blog ini supaya senang nak semak dan kaji perkembangannya,Sebab blog ini ada tarikh sebagai rujukan utama.
Hari pertama mrhanafi akan implimentasi salah satu elemen Hukum Tarikan iaitu bersangka baik.Menurut Hukum Tarikan apa-apa yang kita fikir diminda dan rasa dihati akan menjadi kenyataan.Jika kita fikir yang baik baik maka kebaikan yang kita akan dapat.Begitu juga sebaliknya.Sangat hebat dan sangat menakjubkan Hukum Tarikan ini.Sesiapa yang yakin dan beramal sudah pasti beroleh kejayaan.In Shaa Allah.
Sejak dari tengah malam tadi sehingga saat artikel ini ditulis mrhanafi telah diketemukan beberapa peristiwa yang bermain dalam minda dan fikiran serta perasaan kita iaitu syak wasangka.Kita fikir negatif.Kita rasa benda tak baik dan minda pula memainkan imej negatif.
Jika dilayan juga menyebabkan perasaan marah,tak puas hati dan tindakan negatif secara langsung atau tidak langsung.Memandangkan mrhanafi sudah mengikuti program Segmen Sukses Ketiga maka mrhanafi tukar apa jua perkara yang negatif menjadi positif melalui hikmah bersangka baik.
Hari ini mrhanafi ambik keputusan untuk bersangka baik walau apapun berlaku.Tak kira perkara tak baik,negatif atau elemen kesedihan,Mrhanafi nak tarik yang baik-baik sahaja.Mrhaanfi nak rasai keseronokan dan kegembiraan sepanjang hari ini.In shaa Allah perkara tersebut akan mrhanafi tulis dalam artikel selanjutnya.
Hari esok pula mrhanafi akan memfokuskan elemen kesyukuran dalam menghayati Hukum Tarikan.Ada dua elemen Hukum Tarikan yang paling asas iaitu kesyukuran dan kemaafan.Perkara ini hendaknya dihayati satu persatu dan saling dikaitkan dalam tempoh 21 hari.Selepas tempoh tersebut in shaa Allah akan menjadi tabiat istiqamah.Sama-sama kita doakan.
Sebagai contoh, kita bersyukur dapat perkara baik atau cepat memaafkan orang lain jika mereka berbuat perkara tak baik.Dengan implimentasi dua elemen tersebut kita boleh kekal bersangka baik terhadap kehidupan ini.Mungkin kepada manusia,alam semesta dan Allah SWT.Kesannya hati akan tenang dan jiwa lebih damai.
Ironinya dengan jiwa yang damai,hati yang tenang dan minda yang bersangka baik sudah pasti cepat menarik kejayaan,kekayaan dan kebahagiaan.
Sekali lagi mrhanafi nak tegaskan bahawa langkah pertama untuk menguasai Hukum Tarikan bagi mencapai impian ialah membentuk cara pemikiran yang hebat dan unggul setiap masa.
Jumpa esok hari dan terima kasih kerana sudi membaca.
mmg kena selalu bersangka baik dan positif..
hati pun xde la semakin buruk..syabas bro hanafi sdah memasuki segmen sukses ketiga..
terima kasih bro…in shaa Allah dengan doa kalian saya terus sukses
Entri ini buat saya terinspirasi..
Terima kasih
Padin recently posted…Diari Seorang Mama
terima kasih kembali tuan..sama-sama kita menarik kejayaan hidup