Baru-baru ini saya bawa anak-anak bersantai untuk mencuba tempat makan sedap di Kota Samarahan. Saya tanya pak cik Google. Rupanya tidak banyak review yang saya jumpa. Sedikit hampa .
Walaupun secara realitas saya sepatutnya buat review tempat makan sedap di Kota Samarahan kerana saya pernah tinggal di sini selama satu dekad.
Namun saya kurang gemar menulis tentang apa yang saya makan di kedai. Hahahaha. Tak baiklah blogger mcam tu.
Ok, cukup.
Kita terus kepada tujuan penulisan artikel ini. Kami sepakat mencuba satu restoran yang biasa saya kunjungi iaitu Restoren Oten atau nama baharunya Rasa Indah Kafeteria di Kota Samarahan.
Tempat Makan Sedap Samarahan

Sewaktu kami pergi jam sudah menunjukkan jam 2.30 petang Jumaat. Punyalah ramai orang sehingga rasa meriah pulak. Yang peliknya waktu tersebut waktu pejabat.
Kenapa pulak ramai orang.Hati saya tertanya-tanya dan akhirnya saya sendiri yang jawab.Mereka mungkin cuti sama macam saya. Ada yang bawa anak-anak berjalan sempena cuti sekolah.
Seperti biasa, saya tidak mahu lengahkan masa. Ambil port yang cantik. Kawasan terbuka.
Tepi jalan dan sesuai untuk bersantai sambil mendengar deruan enjin kereta atau motosikal yang lalu lalang.
Tidak lama kemudian datang pelayan dan kami order makanan yang dipilih berdasarkan kemahuan. Biasanya saya pilih harga yang paling murah. Kali ini saya pilih makanan yang harganya paling mahal.
Nak tahu apa yang saya sekeluarga order boleh zoom gambar di bawah ini.




Secara keseluruhannya memang betullah tempat makan sedap di Kota Samarahan jatuh kepada Restoren Oten. Tempat lain saya tak tahu lagi kerana belum pergi.
Ada pun singgah sekadar untuk pesan air sambil duduk tengok awek makan hehehehe.
Lagi satu harganya memang berbaloi kerana saya cuma berbelanja RM45 untuk makan empat orang. Harga standard untuk makan di Kota Samarahan. Sedap dan nyaman sudah pasti walapun tekak saya nie tidak kisah sedap atau tidak. Yang penting perut kenyang dan berkhasiat.
Kepada siapa yang kebetulan ada di kawasan Kota Samarahan boleh simggah di :
Oten’s @ Rasa Indah Kafeteria
Alamat: Jalan Dato Mohd Musa, Kampung Sindang Baru, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
Buka setiap hari sehingga 10:30 malam
Telefon: 082-661 624
- Kemas kini 13 Nov 2022
Wow yummy… menunya sama seperti di Indonesia juga nih
ya…selagi kita berada di nusantara
menarik air 3 layer tu… mesti sedap tuh…
sup daging tu memang nampak mengiurkan… rasa lapar lak nengok gambar makanna sedap2 nih
tu yang best artikel pasal makan..
memggalakkan orang makan hahaha
kalau ada rezeki dtg melawat anak sepupu mama sy bolehlah singgah sini. dia sekeluarga tinggal kat kota samarahan….
anies recently posted…Bukittinggi, Indonesia: singgah air terjun Lembah Anai
wow…bagus tu.
simggah sahaja ke kedai Oten.
tepi jalan sahaja
Nampak sedap semua makanan tu…tak pernah sampai lagi ke sini..ke pernah sampai tapi x ingat..hehehe
kalau macam tu…tak pernah la kot hehehe
pagi tadi bangun tido tetiba rindu sgt dgn keluarga angkat mama di sibu.. rasa cam nak gi sarawak je.. tapi samarahan jauh dari situ kan. kalau ke area samarahan bolehlah cuba
Samarahan dengan Sibu memang jauh…8 ke 10 jam perjalanan guna kereta
jika ada kesempatan …boleh la singgah di sini
wahhhh pilih yang paling mahal ekkk..hahahhaha!
sunah sakura recently posted…Pengalaman Menyertai Johor Scavenger Hunt 2019
alhamdulillah..
ada rezeki siki…
hehehe
Makan-makan bersama anak-anak lagilah bertambah sedap
Mrs. A recently posted…Menghadiri Perbicaraan
betul tu..inilah dinamakan nikmat berkeluarga
Terbuka selera tengok petang2 ni.. ikut harga dgn hidangan yg disajikan tu pun nampak berbaloi sgt. Teringin nk rasa sup daging tu, sbb sy mmg penggemar sup daging.. pasti sedap ni.
kalau ikut harga sangat berbaloi tuan.
rasa pun boleh tahan dan dijamin puas hati
Lepas ni google Tempat Makan Sedap di kota Samarahanmesti jumpa entri sendiri kan hehe
JMR recently posted…10 Tips Kewangan Yang Kita Boleh Buat Untuk Tahun 2020.
harap begitulah…
paling penting boleh memnbantu pencari maklumat yang lain
dekat dengan Unimas ke tuan? rasa macam pernah pergi tapi tak sure pula
boleh dikatakan dekat juga…
kedai ini sudah lama wujud..
dulu kecik sahaja..sekarang semakin membesar
tak pernah sampai sana, tapi boleh dijadikan sebagai rujukan jika bertandang ke sana satu hari nanti
mudahan ada peluang untuk ke Samarahan
Nampak sedap! Harga not bad
rasya recently posted…Blog Traffic VS Comments | Which One Is More Important?
ya….
sedap dan berbaloi juga
Masa kerja di Sabah dulu pun famous nasi goreng cornbeef. Siap kawan ajar beli cornbeef dalam tin bawak balik KL 😂
hahahha…
tak la susah mana nak buat tu.
yang penting ada cornbeef