Cara menghilangkan stress dengan cepat dan terbukti berkesan

[Edisi kemaskini 6/11/2019]

Ini dia cara menghilangkan stress dengan cepat dan terbukti berkesan.Mrhanafi telah amalkan sendiri.Tak sempat nak Google atau apa-apa yang sewaktu dengannya.Sangat mudah.Sesiapa sahaja boleh buat.Nak buat atau tak nak buat.

Terpulang la kepada anda semua.

Tak tahu la pagi-pagi rasa stress pula.Jam masih awal.Ayam dah lama berhenti berkokok.

Merenung ke luar jendela seketika.Pandang ke langit.Wah.Matahari dah meninggi.Dah lepas waktu dhuha.Cuaca dah mula terasa bahangnya.

Melihat keindahan alam pasti menenangkan jiwa.

cara hilangkan stress

cara hilang stress

Kredit :livingcivil.com

Sarapan pagi dah selesai.Kenyang ala-ala kadar sahaja.Kesedapan makanan tak terasa kerana fikiran asyik berfikir.Berfikir cara nak dapat duit.Dapat duit banyak-banyak supaya  stress boleh dikurangkan.

Ya tidak dinafikan.

Cara untuk hilangkan stress yang mudah ialah dapatkan duit banyak banyak.

Pastikan cara yang betul.Patuh syariah atau cara jalan menurut Islam.Bila dah ada banyak duit boleh melancong atau umrah,boleh makan-makan di restoran paling nyaman dan  boleh la buat jelingan manja ke arah gadis solehah.

Gadis solehah sesuai untuk dijadikan isteri (bagi yang masih bujang).

WAJIB BACA :   5 tips memikat hati wanita agar mudah tergoda

hilangkan stress

Mrhanafi tutupkan laptop.Idea untuk menulis blog jadi  kosong.Hati risau tak tentu pasal.Tanpa membuang masa mrhanafi pergi ke bilik air.Apa lagi selain dari mandi untuk segarkan badan.Kesejukan air telah menghilangkan rasa stess.

Nampak tak bagaimana mrhanafi mandi hilangkan stress dengan mandi.Semasa mandi boleh juga buat imaginasi kita sedang dimandikan oleh kariah masjid.Seram tak kalau buar imaginasi begitu.Pasti anda akan rasa insaf dan keinsafan itu menimbulkan kesyukuran.In shaa Allah anda akan rasa tenang dan stress pun hilang.

Rasionalnya..

Kita susah payah cari cara untuk hilangkan stress.Cara yang mudah ingatkan kematian.Itu dah cukup baik sebab apa.Sebab dengan kematian kita akan terfikir berapa ramai antara kawan-kawan kita,sanak saudara dan kenalan yang dah pergi tak akan kembali.Malah ada juga yang belum sempat membuat Hibah Takaful dengan si mamat ini

Kasihannya sudah terlambat.

Kita pasti dijemput pulang ke rahmatullah.Mungkin esok,minggu depan atau tahun depan atau tak tahu bila.Dengan peluang waktu masih bernafas  ini mengapa membazir masa dengan stress.Jiran yang sebelah rumah yang ada anak dara cantik pernah berkata

WAJIB BACA :   Cara check power bank Pineng yang original

Come on la mrhanafi.Think positive and positive thing come to you

Tatkala itu mrhanafi cuma tersenyum sambil mata melirik ke arah anak dara yang tengah senyum tersipu-sipu malu.Tenang rasa dihati.Damai rasa dijiwa.

Penangan anak dara yang solehah menenangkan fikiran yang stres.Untuk wanita yang dah kahwin pandanglah wajah suami anda.Jangan pulak asyik pandang gambar orang lain yang bukan milik kita secara sah.

Ketenangan itu jadi milik anda lebih-lebih lagi suami anda sudah mencarum dalam takaful sebagai persediaannya menghadapi musibah.

Betul tak ?

Ada takaful boleh menenangkan fikiran yang kusut masai dan stress gila-gila.Kalau boleh jangan berlaku musibah.Kalau berlaku juga.

Inilah cara penyelesaiannya.Ketika kita tidak mampu berbuat apa –apa lagi.Kita terkena musibah.Hilang upaya untuk bekerja.Hilang sumber pendapatan.Nak nangis dengan tersembur hingus pun dah tak guna.

Namun jangan stress  sekiranya kita ada mencarum dalam takaful.Kita ada pampasan takaful yang menggantikan pendapatan.

Itulah yang dinamakan pelindungan pendapatan atau pendapatan gantian.

WAJIB BACA :   Memahami dunia quantum yang luar biasa [kemas kini 2022]

Misalnya kita mencarum 5 peratus setahun dari jumlah pendapatan tahunan.Sumbangkan untuk diri sendiri dan keluarga.

Tatkala kita meninggal dunia atau lumpuh seluruh badan,maka wang caruman takaful RM1juta (contoh sahaja) akan dihadiahkan kepada waris melalui pelaksanaan hibah takaful.

Setakat ini..

Faham tak bagaimana takaful itu berperanan untuk hilangkan stress sekiranya ada berlaku musibah.

Ok tak..

Mrhanafi rasa lapar la pulak.Bila cerita bab takaful jadi serius nie.Otak ligat.Pusing sana dan pusing sini.

Dalam dunia sebenar ada yang minta diri jika mrhanafi buka topik takaful.Ada-ada sahaja alasan.Sebab belum faham dan belum sedar bahawa takaful itu cara mudah hilangkan stress.

Bagi mereka,stress la pulak dengar topik takaful,hibah,pampasan,kematian dan apa-apa yang sepupu sepapatnya dengannya.

Itu sahaja.

Ada tak artikel ini mengurang stress atau menambah stress.Kalau berkurang anda memang baca dan kalau bertambah anda memang tak baca la tu.

Baiklah.

Mrhanafi undur diri dulu dan jangan lupa nantikan cerita yang lain pula dalam episod akan yang datang.

10 thoughts on “Cara menghilangkan stress dengan cepat dan terbukti berkesan”

Leave a comment

CommentLuv badge