Petua pikat hati doktor cinta ini bukanlah untuk ajak bercinta sebaliknya cara komunikasi yang berkesan antara doktor dengan pesakit.Petua ini sangat berguna apabila kita bertemu doktor untuk sesi rawatan ringan.Tidak terpakai ketika dalam kecemasan.Oh ya.Perkara sebenar bukan doktor cinta tetapi memang merujuk kepada doktor.
Saya ubahsuai petua ini dari sebuah buku bertajuk Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0
1.Bagi ucapan salam
Doktor adalah manusia sama seperti pesakit.Mereka ada perasaan.Jadi tawan perasaan mereka dengan mukadimah salam atau ucapan selamat pagi atau selamat petang.
2.Sembunyikan perasaan tidak hati
Biasa di klinik atau hospital memang ramai pesakit.Tidak hairan kalau tempoh menunggu sangat lama.Bila jumpa doktor jangan mengeluh atau komplain apa-apa tentang rasa tidak puas hati.
3.Elakkan memandai-mandai
Ketika sesi berjumpa doktor jangan nak memandai-mandai untuk minta MC atau sebarang ubat.Perbuatan kita seolah-olah lebih pandai dari doktor.Kita jadi doktor atau sebagai pesakit.
4.Jawap pertanyaan dengan tepat
Doktor amat perlu bertanya soalan kepada pesakit.Sebagai pesakit jangan memberi jawapan yang tidak jelas.Bagilah jawapan yang senang difahami agar mudah mereka kenalpasti penyakit yang kita alami.
5.Mohon sesuatu dengan cara baik
Doktor sangat profesional.Memang tujuan pesakit jumpa doktor untuk minta bantuan.Sebagai pesakit mintalah bantuan cara baik.Minta secara hormat untuk sijil sakit,ubat atau sebagainya yang berkaitan.
6.Ekspresi jangan over
Jika benar pun sakit jangan pula over acting.Doktor tahulah kita berpura-pura atau pelakon utama drama.Berpada-pada supaya doktor lebih memahami masalah yang kita hadapi.
7.Jangan serbu bilik doktor
Memanglah pesakit rasa derita dan sengsara.Pelbagai rasa yang kurang elok semua ada.Jika lambat kena panggil ke bilik rawatan jangan pulak diserbu dan masuk sesuka hati.Doktor kurang selesa dan hilang tumpuan kepada pesakit lain yang dalam rawatan.
8.Sila matikan telefon bimbit
Sesibuk manapun kita, tolong matikan telefon agar masa rawatan dengan doktor lebih fokus.Biar dalam suasana aman dan tenteram tanpa gangguan gajet.Kesannya doktor lebih perhatian kepada kita sebagai pesakit.
9.Perbanyakkan ucapan keramat ini
Tidak lain dan tidak bukan tentulah ucapan terima kasih dan minta maaf.Kita berterima kasih kepada doktor kerana bersungguh sungguh merawat kita yang dalam kesakitan.Minta maaf juga kerana kita mungkin terkasar kepada mereka semasa proses rawatan tersebut.Mendengar kata keramat ini tentulah hati doktor cair dengan budi pekerti pesakit.
10.Mengenakan pakaian yang sesuai
Maksudnya mudah untuk doktor melakukan pemeriksaan kepada kita.Jangan pulak terlalu berfesyen semata-mata untuk cantik atau hensem.Inikan masa tengah sakit. Jangan juga terlalu simple sehingga tidak mengenakan pakaian dalam.Kesianlah doktor kena belanja dengan ‘panorama’ yang menakjubkan.hehehe
Petua dari saya pula
Saya akur hanya mereka yang selalu berjumpa doktor faham situasi begini.Malah doktor juga faham kita sebagai pesakit amat tertekan dan memerlukan kesembuhan segera.
Biar macam manapun selalu berurusan dengan doktor, kita sebagai pesakit biarlah berbudi bahasa dan berakhlak mulia.
Jika bukan kerana sakit, tak akanlah kita jumpa doktor melainkan jumpa sebagai sahabat atau ahli keluarga.Yang pasti bukan pertemuan dengan mereka di hospital atau klinik.Lebih baik mengopi di kedai kopi.
Setuju tak dengan petua tersebut ?
sakit jatuh hati macam mana.. hihi apapun good article
perlu jumpa doktor sakit jiwa hahahaha
Memang besar jasa seorang doktor. Hormati mereka, raikan mereka. Kesian bila tengok doktor kena marah dengan sebahagian waris pesakit di wad-wad hospital.
Cendol Durian Syoknya Ummi recently posted…Durian murah Muar, KL lagi murah!
betul tu tuan..
kalau kita faham tugas mereka ..
memang tak sanggup nak buat tak baik dengan doktor
First impression tu penting. Pakai kemas-kemas. Hehe
ya..betul.
cuma biarlah bersesuaian
semasa zaman sekolah dulu saya kerap pergi klinik sebab antibodi tak kuat
hampir sama bro..
saya selalu demam tapi takut pergi klinik..
hahaha
mudah-mudahan aku takpernah berurusan dengan doctor lagi dah penat rasanya
jalan dan makan recently posted…Nasi Gurih khas Yogyakarta
kalau boleh elakkan untuk jumpa doktor…
semoga kita terus sihat hendaknya..