Mencari Erti Bahagia Dalam Kehidupan Manusia

Erti bahagia luas takrifannya.Seluas lautan dan setinggi langit yang membiru.Namun saya permudahkan erti bahagia dengan cara tersendiri.Pendapat peribadi sudah semestinya.

Berikut contoh bahagia.Ada banyak.Saya ambil yang terlintas difikiran sahaja.

Takrifan bahagia dari Wikipedia ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Bahagia dapat isteri baharu.

Bahagia dapat kenaikan pangkat.

Bahagia duit banyak masuk.

Bahagia makan makanan yang sedap-sedap.

Bahkan jika disenaraikan semuanya tidak cukup ruangan blog ini.Bila ada rasa bahagia wajib bersyukur.Bila bersyukur rasa bahagia akan berganda-ganda.Terus bersyukur dan terus bahagia.

Erti bahagia

Cinta Tanpa Syarat

Sungguhpun begitu ada golongan yang rasa kurang bahagia.Mereka terperangkap dengan emosi sendiri.Mereka rasa bosan dengan apa yang mereka miliki atau lakukan.Mungkin bosan dengan pekerjaan.Bosan dengan keadaan sekeliling seperti tempat tinggal dan sebagainya.

WAJIB BACA :   Percayalah buat baik dibalas baik...tak percaya buat sahaja

Persoalanya mengapa ada perasaan sedemikian ?

Sebab hati belum bersyukur dengan apa yang mereka ada.Bila hati tidak bersyukur pelbagai rungutan akan timbul.Yang itu tidak betul.Yang ini tidak sesuai.Lama-kelamaan hati semakin resah dan berkecamuk.

Selagi ada perasaan begini rasa bahagia sukar untuk singgah dalam hati.Tidak ada rasa bahagia maka susah juga untuk timbulkan rasa syukur.

Baiklah.

Kembali kepada penjelasan bagaimana untuk menghilang rasa resah dan gusar serta pelbagai perasaan negatif dalam jiwa.

Pakar agama akan mensyorkan kita supaya ingat Allah.Betul dan diakui.Malah sangat digalakkan untuk berbuat demikian.

Pakar psikologi pula menyarankan kita supaya berfikiran positif.Betul dan sah.Malah diakui bagus untuk berbuat demikian.

Pakar motivasi menyuruh kita untuk ingat impian sekuat-kuatnya.Betul dan boleh dilakukan.Malah berkesan dengan cara demikian.

Sungguhpun begitu saranan ketiga pakar-pakar tersebut tidak mampu mengubah kita menjadi bahagia jika kita sendiri tidak membenarkan rasa bahagia datang ke dalam hati sendiri.Bahagia akan bermula dengan mensyukuri setiap nikmat atau kebaikan yang kita ada pada masa lalu dan masa kini.

WAJIB BACA :   Jom bongkar cara jadi kaya cepat !

cara nak kuruskan badan bagi remaja

Lepas makan bersyukur.

Lepas jumpa awek bersyukur.

Lepas habis keja bersyukur.

Pendek kata sentiasa bersyukur akan menerbitkan rasa bahagia.

Sekarang bagaimana pula dengan mereka yang diuji dengan pelbagai cabaran hidup.Makan tak cukup.Duit tak cukup.Awek tak ada.Hutang keliling pinggang.

Bertenang dan bersabar.

Lihat dulu nikmat lain.

Nikmat masih sihat dan masih kuat bekerja.

Nikmat bernafas dan nikmat masih diberi nyawa.

Tapi masalah hidup belum selesai.Bertambah dan sentiasa bertambah.

Soalan saya mudah.Kalau hati runsing dan resah adakah masalah demi masalah akan selesai ?

Jawapan saya juga mudah.Sudah tentu tidak.Jadi mengapa perlu resah dan gelisah dengan masalah.Mengapa perlu abaikan rasa bersyukur dan gembira walaupun masalah tinggi menggunung.

Cuba bertenang.

Cuba bernafas panjang-panjang.

Lihat sekeliling dan rasai nikmat yang kita tidak sedar.

WAJIB BACA :   Bertuahnya Dapat Minum Air Lemon Panas

Bila sudah sudah sedar akan nikmat itu, hadirkan rasa bersyukur.Hadirkan rasa bahagia.Kekalkan rasa bahagia tersebut selama yang mungkin.Buat permulaan dapat setengah hari kira sudah memadai.

Lakukan rutin seperti biasa tetapi dengan hati yang bahagia dan gembira.

Jika bekerja, hadirkan bahagia semasa bekerja.

Jika berbisnes, hadirkan bahagia semasa berbisnes.

Jika tengah bertarung dengan ujian kesihatan, hadirkan rasa bersyukur kerana Allah sayang kita.Ada yang lebih dahsyat lagi ujian mereka.

Jika tengah mengalami pergolakan rumah tangga, hadirkan rasa bersabar kerana Allah suka kita.Ada yang lebih dahsyat lagi ujian mereka.

Erti bahagia sebagai kesimpulannya

Kena usahakan dari dalam.Bahagia amat dirasai jika ada rasa kesyukuran benar-benar tulus dihadirkan.Tak perlu kata apa-apa.Rasa bahagia dan gembira adalah milik kita semua.Mengapa kena abaikan rasa bahagia sedangkan perasaan itu sudah ada dalam sanubari sejak azali.

Jom layan lagu erti bahagia sebagai habuan telinga buat pembaca.Semoga dapat fahami erti bahagia

[ Edisi kemaskini 19/11/2019]

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge