Apakah maksud skandal? Maksudnya tak baik iaitu perkara yang melampaui tatasusila dan norma masyarakat.
Kes skandal dalam artikel ini merujuk kepada isu rumahtangga yang melibatkan pihak suami atau isteri yang ada hubungan terlarang dengan orang ketiga. Secara tuntasnya memang salah dari segi akhlak, moral dan agama.
Saya ada terbaca dalam buku Masih Bujang? Rilekslah. Penulis buku tersebut berkongsi tip untuk mengelak skandal. Saya petik satu sahaja tip tersebut. Selebihnya pendapat sendiri.hehehe
Saya percaya mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila sudah parah memang susah. Diakui susah untuk membaiki kesilapan lalu.
p/s : Jika pembaca ingin sentiasa mengikuti penulisan blog ini secara terkini, pantas dan ke depan jomlah bergabung di grup Whatsapp — >> mrhanafi dot com
Kepercayaan hanya sekali. Hilang percaya tiada peluang kedua. Umpama luka. Sembuh di luar namun masih berparut di dalam. Itu lumrah dunia. Namun tidak semua. Ada yang boleh menerima dan melupakan kisah silam.
Table of Contents
Apakah Maksud Skandal
Tip 1 : Jangan ada mesej personal
Tidak kira suami atau isteri jauhi mesej personal kepada rakan berlainan jantina atas perkara yang remeh. Apatah lagi untuk seronok dan suka-suka. Jika ada urusan kerja atau bisnes sila telefon secara terbuka.Luar dari itu adalah pantang nenek moyang.
Siapa langgar dia salah. Siapa layan dia salah. Ingat dua-dua jadi orang bersalah.
Tip 2: Jangan rahsiakan status perkahwinan
Kalau sudah sudah berkahwin apa perlu dirahsiakan.Status perkahwinan perlu jelas.Mereka yang masih solo pun buat apa malu untuk hebahkan.
Ramai mencari peluang. Mungkin peluang untuk berkawan dan berkenalan. Ada yang niat baik. Tidak terkecuali untuk niat yang kurang baik.
Tersalah info boleh menjurus kepada isu skandal. Lebih melarat jika hubungan demikian semakin menjadi-jadi. Rosak rumahtangga.Anak-anak menjadi mangsa.
Salah siapa ?
Jangan tuding pada orang lain. Tuding kepada diri sendiri yang memancing minat orang lain untuk menjalin skandal.
Pintu sudah dibuka.Si pencuri masuk.Mereka curi hati dan hancurkan rumahtangga.
Tip 3: Jangan dedahkan masalah rumahtangga
Inilah topik paling disukai. Soal jaga tepi kain orang lain adalah soal sensasi. Orang suka untuk tahu masalah kita.Mereka berebut menjadi pakar kaunseling.
Ada di antara mereka suka mengangguk air yang keruh.Peluang terbentang di depan mata.Kesempatan begini jarang dipersiakan.
Dari sini wujudnya pasangan skandal untuk meluahkan masalah. Mereka mendapat perhatian. Mereka leka dan hanyut dalam kemelut emosi yang serong.
Kesannya rumahtangga terus bergolak.Retak menanti belah.
Skandal adalah kesilapan yang jelek
Dapatlah saya buat kesimpulan. Skandal adalah pilihan dan bukan kebetulan. Benda boleh elak mengapa dibiarkan. Tiada masalah cari masalah.
Tolonglah ya.Kita nak hidup bahagia dengan cara yang betul. Kita nak gembira dengan cara yang lurus. Kita mahu berada dilandasan yang benar.
Bukan hidup dalam ketakutan dan rasa bersalah yang tiada ada kesudahan. Lebih baik mengelak dari cuba terjebak.
Teruskan bacaan ke artikel yang menarik bawah ini :
*kemaskini 6/04/22
bagi saya semuanya bermula dari diri sendiri …
kalau mmg niat kita tak betul, tak betul lah jadinya…
tips2 yg admin bagi tu pun semua betul belaka
marilah berdoa untuk dijauhkan keburukan begini
skandal tu macam sandal ye? gurau-gurau. jagalah dan hargailah pasangan yang kita ada.
Suriya Majid recently posted…Bagaimana Memulakan Perniagaan Kali Pertama?
lebih kurang kot…
sebab wordnya macam sama hahahaha
minta dijauhkan skandal2 macam ni sgt bahaya x baik utk kesihatan
sangat bahaya…
perteguhkan cinta dalam rumahtangga..
in shaa Allah boleh dielakkan perkara yang tidak elok
HANYA KITA MAMPU MENGATASINYA
sudah semestinya tuan
Betul tu, kalau pintu tak buka macam mana boleh masuk. Skandal ni dua-dua cari penyakit…
hanya orang suka berbuat dosa sahaja sanggup
Pokoknya disini, jangan dekati SKANDAL…
itu yg terbaik sekali
jgn skandal2 .. bahaya naa
sangat bahaya.
rosak rumah tangga
jgn cuba2 skandal.. bahaya membawa kepada keruntuhan akhlak
betul tu Mamapp…
tak de masalh jangan nak cari masalah
very very nice
oh..thank you