Makanan yang membahagiakan: Keju

Dalam perjalanan menuju ke kedai makan, saya tersentak ditanya oleh bos.

“Hanafi, what is your dream car ?”

Terpinga-pinga juga nak jawab sebab dalam fikiran tidak ada kecenderungan untuk memiliki kereta impian. Apa yang termimpi siang dan malam cumalah ‘bini impian’. Hehehe.

Untuk tidak menghampakan bos, saya cuma kata,

“Actually i don’t care what car I want, event cheapest one is okay to me. But if I had an opportunity , i wish to get a lotus sport car.”

Bos hanya tersenyum. Kami terus melangkah ke kedai makan selepas mematuhi SOP dalam norma baharu. Kami order roti canai. Sayangnya tidak teringat untuk order roti canai keju.

Ya, berbicara tentang keju terlalu menarik sebenarnya. Keju memang sedap. Lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama orang tersayang. Sambil mata berpandangan sambil mulut membalas senyuman.

Pergh…penangan keju mana bisa boleh dilupakan.

Saya suka keju yang nipis-nipis. Biasanya keju yang diletakkan dalam burger. Rasa masin dan lemak-lemak memang sesuai untuk membuka selera.

Keju ada pelbagai jenis. Ada krim keju, cheddar, Mascarpone, Mozarella, dan Parmesan. Setiap jenis keju ada kegunaan dan fungsi tertentu.

Mengapa keju dikatakan makanan yang membahagia?

Puas juga saya mencari dalam gedung maklumat Google. Memang banyak manfaat dan kebaikan keju ini jika diambil secara betul dan bukan secara berlebihan.

Saya cuma ambil point yang boleh dikaitkan dengan topik keju yang boleh membahagiakan.

Pertama khasiat keju boleh menahan tekanan darah daripada meningkat. Sesuai untuk mereka ada masalah tersebut.

Keduanya keju boleh merawat masalah insomnia atau susah tidur malam. Tidur kita akan lebih mudah dan bangun juga senang. Tidur yang nyenyak dan lena adalah punca kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Mungkin ini dikaitkan dengan makan keju boleh membahagiakan.

Setakat ini ada tiga makanan yang boleh hadirkan rasa bahagia iaitu cokelat hitam, telur ayam dan keju.

Ada lagi lepas ini. Cuma belum saya tulis lagi.

Info tersebut bersumber buku Dr Rizal Abu Bakar yang bertajuk “Bagaimana Tidur, Makanan & Aktiviti Meningkatkan Prestasi Otak”.

Ikuti rapat-rapat dan jangan ketinggalan.

6 thoughts on “Makanan yang membahagiakan: Keju”

  1. bagi saya semua rasa keju adalah sama hahaha…

    kalau x silap ada iklan lalu lalang kat soc med cerita fasal buku terbaru Dr. Rizal berjudul ‘Tidur’… mcm menarik buku tu…sementara ada offer RM25…

    Reply
    • saya belum rasa semua keju..

      ya buku yang awak kata itu memang menarik cuma banyak gambar dari tulisan…otak saya suka tulisan daripada gambar hehehehe

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: