Saya masih teringat pada suatu ketika dulu. Terkenang zaman ikat perut dan ia berlaku sebelum pandemik Covid-19 lagi.
Lauk harian utama saya untuk pagi, petang dan malam hanyalah telur ayam. Yang berbeza lauk sayur dan biasanya dimakan mentah atau segar setiap hari. Memang tidak dimasak kerana tiada peralatan memasak seperti dapur.
Sekarang ini hanya menjadikan telur ayam sebagai menu wajib waktu sarapan pagi sahaja.
Sehari saya boleh habiskan enam biji telur. Sebulan saya berjaya makan 180 biji telur ayam tanpa gagal. Bukan sebulan dua, tetapi berbulan-bulan lamanya.
Rasa sedih pulak nak kenang kembali zaman tersebut. Mungkin ada orang yang jauh lebih teruk dari saya pada masa itu dan mungkin juga masa sekarang. Doakan mereka tabah, sabar dan diluaskan rezeki selepas ini.
Penyediaan menu telur cukup mudah. Kalau tidak direbus, boleh sahaja buat telur separuh masak. Alhamdulillah tekak saya masih mampu bertahan untuk menelan tanpa rasa bosan.
Dan yang paling menarik juga, badan saya sangat slim sehingga nampak jelas tulang rusuk. Lebih lucunya boleh saja dibuat gitar asli yang tidak bertali.
Mungkin ada yang bertanya kenapa jadi begitu sekali?
Ya, saya mengalami kesempitan rezeki yang boleh tahan mencabarnya. Hari gaji pada hujung bulan, dan ajaibnya seminggu selepas itu hampir licin gaji tersebut. Maka bermulalah bajet nyawa-nyawa ikan dan dompet duit saya sentiasa slim sebagaimana orangnya juga.
Mengapa saya mampu bersabar dan bertahan dengan keadaan mencabar demikian. Jawapannya terletak pada makanan seperti telur itu sendiri.
Percayalah telur ayam boleh hadirkan rasa bahagia. Bukan saya yang berpendapat demikian. Ia adalah fakta yang ada dalam buku tulisan Dr Rizal Abu Bakar bertajuk “Bagaimana Tidur, Makanan & Aktiviti Meningkatkan Prestasi Otak”.
Dalam siri artikel pertama saya ada tulis berkaitan makanan yang membahagiakan. Saya sentuh berkenaan cokelat hitam. Kali ini saya menulis berkenaan telur ayam pula.
Berdasarkan kajian pada tahun 2004, terdapat mineral dan vitamin yang ada dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan. Bahan ini boleh mengurangkan rasa bimbang dan tekanan perasaan.
Seperkara lagi, telur murah dan mampu beli bagi ramai orang. Boleh jimat belanja malah kaya dengan khasiat untuk keperluan badan.
Sebelum ini juga saya ada menulis tentang telur. Boleh baca untuk menambah pengetahuan.
Dalam artikel yang akan datang saya tulis lagi satu makanan yang boleh membahagiakan pembaca. Nak tahu apa makanan tersebut sila ikuti rapat-rapat blog ini di Facebook atau langgan email percuma seperti yang disediakan.
hari2 wak makan telur dadar., ;p
telur memang sedapkan wak hehehe
Jika sudah lapar..cukup telur dadar dengan nasi..fuh,,nikmat
Brader Shack recently posted…SOP Baharu Dikeluarkan Untuk Calon SPM Bermula 22 Februari Ini
makan pula dengan nasi beras wangi..memang mantap brader..hehehehe
untung awak dpt nikmati telur…rezeki jg tu dpt mkn hari2. sy pula mmg x boleh mkn telur sbb alergi…
memang rezeki sangat kerana mampu makan hampir semua barang dalam dunia ini..
satu je alergi..tak boleh ada banyak duit ..
duit itu cepat pula berkurangan
telur sumber protein, kiranya dalam kumpulan ayam, daging dan seangkatan dengannya. tu sebab kenapa telur menjadi pilihan bila kita terdesak. apapun syukur dengan nikmat di bumi Malaysia, makan telur dalam keadaan negara kita masih aman. in sha Allah
telur makanan yang murah tetapi kaya dengan nutrien
mama ni hantu telur ayam juga.. tapi mr h lagi power.. confirm muscle berketul2 makan telur ayam ni
haahaha..
suatu hari nanti saya akan beranikan diri untuk pose gambar tanpa baju…
harap berani kalau tak berani..tak jadi la pulak