Kenangan bersama buaya di Jong’s Crocodile Farm

Cerita ini sudah lama.Sebab itu layak dikatakan kenangan.Saya bersama rakan sekerja pergi ke Jong’s Crocodile Farm pada tahun 2016.Kami pergi sekadar untuk aktviti santai-santai sambil mencari iktibar dari reptilia sang buaya.

Dalam pukul 9.45 pagi  kami bertolak dari Kota Samarahan ke ladang buaya di Siburan sekitar 30 minit sahaja.Perjalanan kami sangat lancar.Rata-rata pengguna jalan raya sudah masuk ke pejabat dan sudah berada di destinasi pekerjaan masing-masing.

Setibanya kami di sana, sudah ada beberapa rombongan dari Semenanjung Malaysia dan orang Sarawak sendiri menunggu untuk membeli tiket.Harga tiket juga berbeza mengikut kategori umur.

Dewasa iaitu dari umur 12 tahun ke atas dikenakan RM12 satu kepala dan kanak-kanak dari umur 3 tahun sehingga 11 tahun cuma RM6 manakala kanak-kanak yang berusia dibawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran.Saya akur harga yang ditawarkan agak mahal semata-mata nak tengok buaya.

Bagi orang luar Sarawak harga tiket dikenakan sekali ganda.

Namun jika difikirkan logiknya memang kos selenggara ladang yang sebesar itu bukannya murah.Kos makanan untuk buaya sahaja memang tinggi.Haiwan ini bukan makan rumput tetapi daging.Itu belum termasuk kos makanan haiwan-haiwan lain yang dikurung seperti penjara kehidupan.

Jong’s Crocodile Farm telah dibuka sejak tahun 1963 lagi.Di ladang ini terdapat pelbagai haiwan selain dari buaya seperti khinzir,ikan Arapaima,monyet,kura-kura,ular dan sebagainya.Malah kambing pun ada.

Haiya.

Itu haiwan pun ada juga la.

Mungkin sudah boleh upgrade menjadi mini zoo.

Apa yang menarik tentang sifat buaya ini ialah tenang dan kaku hampir sepanjang masa.Sifat penyabar sang buaya tahap tertinggi.Mungkin kerana haiwan ini hasil tinggalan zaman dinasor yang belum pupus sepenuhnya.

Tengok pun tidak seronok kerana tiada pergerakan langsung.

Kalau ikutkan hati mahu sahaja jolok guna kayu supaya buaya yang tengah santai itu mengamuk dan menganas.

Barulah ada thrill dan saspen.

Keseronokan kami bermula ketika aksi memberi makan buaya.Sebelum itu sudah diumumkan melalui sistem PA bahawa masa untuk Jumping Crocodile Feeding mengunakan 3 bahasa iaitu English,Cina dan Melayu.

Apalagi bergegas para pengunjung untuk ke satu kawasan yang dikhaskan melihat buaya makan makanan yang dihulur melalui tali.Ada dua sesi untuk memberi makan buaya yang diadakan pada pukul 11 pagi dan pukul 3 petang.

Loceng dibunyikan.Sang buaya seakan-akan faham dan bergerak menunggu ke pondok yang menempatkan dua pekerja.Dari jauh saya rasa ngeri melihat belasan buaya yang besar dan menganggakan mulut ke arah pekerja tersebut.Cuma beberapa ekor sahaja yang sudi berenang ke sungai untuk memperlihatkan aksi mereka melompat ke atas untuk ‘ngapkan’ daging yang dihulurkan melalui tali direntang melepasi kolam.

Saya terfikir sejenak.Haiwan yang kaku sepanjang masa akan ganas seketika waktu makan sahaja.

Yang peliknya mereka tidak bergaduh dan hidup sangat harmoni tidak seperti haiwan kucing atau anjing.Bayangkan dalam kolam yang sempit dan menempatkan berbelas ekor buaya tidak berkelahi sesama sendiri.Mereka seolah-olah satu kumpulan haiwan yang harmoni dan hidup rukun damai.

Ladang buaya di Jong’S Crocodile Farm and Zoo memang tempat sesuai untuk dikunjungi oleh rakyat negara ini maupun pelancong dari luar.Sarawak belum mempunyai zoo yang lengkap.Saya berharap ladang ini terus sukses dan kekal hingga ke zaman-zaman yang akan datang.

Bagi mereka yang pertama kali berkunjung memang rasa teruja.

Saya dan geng sekerja serta anak-anak pernah pergi beberapa kali sebelum ini.Rasa teruja sudah merosot kot.Cuma dulu dengan sekarang ada sedikit perubahan terutama tandas yang lebih banyak untuk kegunaan pengunjung.

Inilah iktibar yang saya perolehi dari lawatan ladang buaya tersebut.

1.Jangan jadi buaya darat maupun buaya tembaga.Buaya darat lebih bahaya dari buaya sebenar kerana rupa fizikal sama seperti manusia tetapi dalam hati ada taman seperti Jong Crodile Farm.

2.Buaya mempunyai kesabaran paling tinggi kerana paling kurang pergerakan.Kaku dan statik bagaikan tunggul kayu.

3.Jangan kita melabelkan buaya terlalu jahat disebabkan buaya menyerang manusia.Binatang ini perlu hidup dan bebas lepas dalam habitat sendiri.

4.Jika sudah bertemu makanan biarpun bangkai sekalipun buaya tetap tidak akan menolak rezekinya.Buaya pun pandai bersyukur dengan rezeki.

5.Buaya juga ada sejarah tersendiri dengan panggilan nama Bujang Senang dan Bujang Sudin.Kisahnya banyak diceritakan dari mulut ke mulut melalui generasi ke generasi dari dulu sehingga sekarang.

6.Jadikan seperti manusia yang hebat, bergaya dan berakhlak mulia.Manusia adalah makhluk yang lebih berakal.Jika tidak, sama seperti buaya dalam Jong Crocodile  Farm.

p/s : Untuk informasi yang terkini boleh layari >>http://www.jongscrocodile.com/

16 thoughts on “Kenangan bersama buaya di Jong’s Crocodile Farm”

  1. Seronok dpt berkunjung ke tempat2 mcm ni. Bnyk sebenarnya sifat buaya yg kita masih belum tahu, terutamanya mcm saya ni. Cuma takut juga sbb bnyk diceritakan ttg buaya makan org huhu.

    Apa pun, ini mmg satu peluang ilmu yg tak semua dpt nak belajar. Lagi seronok klu tengok pertunjukan dari pakar2 buaya.. pasti trill!

    Terbaik perkongsian ni tuan.

    • kamak-kanak perlu dibawa tempat yang menarik supaya mereka ada kenangan indah ketika besar nanti..

      inilah juga peluang untuk bersama anak-anak

  2. Selama menetap di Desa Ilmu, Samarah belum berkesempatan lagi melawat Crocodile Farm ni. Sehinggalah membuat keputusan pindahkan office ke Miri masih juga tak berkesempatan melawat..

    Apa yang boleh saya katakan di sini, sifat sang buaya itu boleh diambil pengajaran darinya. Sifat sabar yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian mampu melatih diri untuk menjadi insan yang baik.

    Bukan apa, kadang kita terlalu gopoh tanpa sedar. Kita terlalu mahukan kejayan dalam sekelip mata. Sedangkan bila kita tidak punya sifat sabar membuatkan kita mudah untuk berputus asa atau mati langkah.

    Sedangkan setiap perbuatan itu perlukan pengorbanan dan salah satunya adalah perlukan kesabaran yang tinggi.

    Seperti tuan Hanafi. Punya sifat sabar yang tinggi sehingga mampu menulis satu posting setiap hari tanpa gagal. Beliau salah seorang blogger yang sangat saya respect.

    Mantap tuan Hanafi.
    AhmadiKatu recently posted…Jadi Yang Berguna Bukan Mengguna – Kau TakburMy Profile

    • begitu panjang sekali komen dan ayat terakhir komen nak puji saya la pulak hehehe..

      BTW terima kasih

      cuma secara jujur…

      saya lakukan kerja penulisan atas paksaan diri sendiri.

      saya berjaya memaksa diri walaupun saya boleh memilih untuk tidur habis waktu kerja hakiki.

      Lagipun blogger pekerjaan kebajikan saya untuk memberi perasaan puas dengan kehidupan ini

      • Sebelum nak memuji tu kena dahulukan dengan pendahuluan tuan. Pendahuluan kena berbunga-bunga supaya hati admin pun akan berbunga-bunga di hujungnya nanti.

        Tahniah kepada tuan mampu melawan diri dan seterusnya berjaya memaksa diri untuk terus konsisten menulis setiap hari.

        Saya masih tidak mampu tapi in syaa Allah doakan saya agar boleh konsisten menghasilkan penulisan sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu.

        Memang benar, melalui penulisan kita dapat kepuasan yang tidak terkira. Lot of respect kepada tuan.
        AhmadiKatu recently posted…Jadi Yang Berguna Bukan Mengguna – Kau TakburMy Profile

        • alhamdulillah…satu kupasan dan penjelasan yang menarik.

          saya sentiasa doakan rakan -rakan blogger termasuk tuan istiqamah untuk terus menulis artikel yang hebat

  3. Beberapa kali berpeluang pergi ke zoo..melihat buaya adalah satu yang buat kita rasa teruja tetapi gerun.Dapat lihat secara dekat anak buaya sebesar telapak tangan..indah sangat.Buaya waktu kecil di dalam matanya seperti ada corak.Mungkin akan berubah bila kian menjadi dewasa.
    Perdu Cinta recently posted…Jangan Fikir Kaya Jangan Anggap MiskinMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: