Sejak akhir ini mrhanafi semakin suka dengan kereta sedan. Oleh sebab dah suka maka mrhanafi berbesar hati nak kongsi 5 buah kereta sedan yang ingin dibeli sekiranya sudah mampu.
Minta doa pembaca semua agar mrhanafi menjadi mampu memiliki salah sebuah dari kereta di bawah.
Table of Contents
Kereta Sedan
Pilihan Pertama: Mitsubishi Lancer 2.0 GTE Elite
Secara peribadinya kereta ini nampak sporty. Sangat sesuai untuk mrhanafi yang berjiwa muda dan bergerak pantas meredah halangan untuk berjaya.
Mrhanafi akan memilih warna putih supaya sentiasa teringat kain kafan apabila memandu. Sebagai peringatan, jangan pandu terlalu laju kalau nak race dengan kereta Viva 660cc.
Mitsubishi Lancer didatangkan dengan 3 warna menarik iaitu putih,hitam dan merah metalik. Ciri baharu di dalam Lancer 2.0 GTE adalah tambahan kepada kit badan standard dengan kemasan dalaman kulit dan skrin sesentuh 6.1 inci dengan audio kamera pandang belakang.
Harga dalam RM115,590.20 atas jalan tanpa insurans, diimport dan dipasang sepenuhnya di Jepun.Siapa peminat kereta Jepun boleh buat pilihan untuk membelinya nanti kerana ia kereta terbaik untuk dibeli atau kereta baru murah.
Pilihan Kedua : Honda Civic Type R
Mrhanafi juga meminati kereta Honda. Reka bentuk yang dinamik dan spefikasi yang terbaik memberi isyarat minda untuk mrhanafi pilih kereta ini.
Jentera ini dikuasakan enjin 316hp 2.0-litre turbo petrol. Wow pastinya kuat hisap minyak. Cepat nipis dompet. Kalau ada isteri duduk sebelah kira pejam mata jelah. Ada banyak cara cari duit lebih.
Belakang kereta ini dipasang dengan 3 cerobong exzos. Kesannya lebih sporty dengan kelajuan 0-62mph bawah dari 5.7 saat. Cuma kalau ada mak cik yang lambai dari Axia terpaksa mrhanafi angkat tangan tanda hormat.
Kereta laju macam mana pun apabila meninggal dunia, kita tetap juga pakai kereta jenazah,Ye tak.
Pilihan ketiga : Kereta Vios Sport TRD
Kereta jenama Toyota memang mrhanafi minat giler. Ketahanan dari segi maintennce dan kualiti dijamin puas hati. Itu adalah pengalaman sendiri yang usah diragui.
Kereta Vios TRD Sport untuk keluarga kecil. Anak-anak yang belum ramai dan yang penting saiz isteri adalah S.
Transmisi adalah jenis automatik 7 kelajuan dengan pacuan enjin 1.5 kuasa kuda. Tak la laju sangat sebab direka khusus untuk golongan executive yang rata-rata dah berpunya keluarga.
Pilhan keempat : Proton Preve
Secara peribadinya mrhanafi pernah bawa kereta Proton Preve. Pengalaman yang best sangat kereta daya pecutan sangat pantas. Kalau setakat motosikal kapcai memang jauh la kena tinggal.
Kuasa enjin kereta Preve adalah 1.6L . Terdapat jenis manual dan automatik. Terpulang kepada bakal pembeli berdasarkan keperluan dan kemampuan semasa.
Harga minimum dari RM60K bergantung kepada spefikasi, warna dan lokasi. Kalau di Sarawak tentulah harga lebih tinggi kerana kos pengangkutan yang tidak dapat dielakkan.
Pilihan kelima: Perodua Bezza 1.3 Premium X
Dalam senarai di atas,Perodua Bezza adalah pilihan utama mrhanafi nak beli. Keinginan untuk memiliki Perodua Bezza kerana mahu memandu kereta sedan. Kereta yang ada sekarang ini jenis MPV.
Kalau kereta Perodua Bezza nampak sporty kalau dipasang rim tayar 17 inci dan cerobong exzos sebesar tin milo. Memang gempak punya. Maaf spefikasi tersebut untuk jenis modifikasi sendiri sahaja hehehehe.
Kekuatan enjin ada dua jenis iaitu 1.0L dan 1.3L. Transmisi didatang dalam manual dan automatik. Harga bermula dari RM40K. Siapa yang banyak duit boleh beli ansuran 3 kali bayaran.
Penutup
Kereta adalah keperluan yang utama untuk bergerak. Tanpa kereta boleh guna motosikal, pengangkutan awam ataupun sepasang kaki yakni berjalan kaki.
Mungkin ada pembaca yang ada keinginan membara untuk memiliki kereta idaman. Anda ada peluang untuk mencapainya jika tahu cara dan kaedah yang praktikal.
Antaranya boleh menceburi netcommerce di Volten International.
- kemas kini 17/8/22
menarik je honda civic tu…tp harganya alahai…
Ibu Mifzal recently posted…Bahaya Timang Bayi?
harga memang kaw-kaw…
banyak duit boleh beli hehehe
Smart options Mr Hanafi. Semoga dimurahkan rezeki untuk beli kereta yang diidamkan. Vios tu je la, tak la jimat minyak sgt.. Sebab saya pakai Vios J. But then TRD is the sporty and most expensive one.
Wan Syahida recently posted…Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?
Vois pilihan yang bagus…
tengok bajet kot..
boleh angkat satu
terbaik gak senarai bro ni. bangga tengok ada kereta tempatan dalam pilihan hati
ya..memang boleh tahan..
tunggu masa nak beli jelah..
masa dah tiba nunggu duit lagi hehehe
Pilihan yang ketiga tue ada termasuk dalam wishlist. Mudah2an dapat capai target untuk hadiahkan pada suami 😊 dengan harapan si isteri maintain size s 😂 kikiki
Nur Razali recently posted…Purchase With Purchase (PWP) Promosi May 2017
Hehehe..
Saiz S adalah idaman para suami
Si suami pulak jangan terlebih boroi..
Takut banyak penyakit bersarang
kalau macam tu..boleh buat bisnes kereta dah!
Hari ini mcm ramai yg beli Toyota Vios. Dulu byk yg sokong kereta Proton tapi skrg mcm ramai orang yg jadi kaya yg mampu beli kereta luar negeri.
Karpet Ottoman recently posted…Car Floor Mats – A Car Mat for You
kereta model Jepun…kualiti bagus dan semakin ideal untuk dipilih mereka yang ada income yang bagus..