Dua ketakutan dalam soal ibadah

Izinkan saya berkongsi peringatan yang khusus buat saya sendiri sebenarnya.

Dalam masa yang sama, boleh juga sebagai peringatan mesra buat rakan-rakan yang lain juga.

Ketakutan pertama jika terbitnya rasa sombong walaupun sekecil zarah dalam hati.

Sombong itu pakaian Allah SWT.

Kita sebagai hambaNya, tidak layak langsung untuk memiliki sifat sombong ini.

Sifat sombong merujuk kepada perasaan bangga kepada diri sendiri dan memandang rendah kepada orang lain.

Ingat apa yang ada dengan kita baik kekayaan harta benda, pangkat, kedudukan, ilmu, kecerdikan, rupa paras menarik dan 1001 kelebihan merupakan kurniaan Allah SWT.

Kita tiada apa-apa melainkan atas izinNya secara tuntas.

WAJIB BACA :   Tidak sempat bersalam dengan UAS

Semuanya atas taufik, hidayah dan inayah daripada Allah SWT.

Berjaya kerana usaha itupun bukan mutlak upaya diri manusia.

Usaha adalah asbab.

Dengan asbab dan takdirnya, maka kita dianugerahi pelbagai nikmat sehingga seperti lebih hebat daripada orang lain.

Hakikat yang pasti,  tiada apa-apapun yang melayakkan kita boleh sombong kerana semuanya atas izin dan kehendak Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 37 yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.”

Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu yang diriwayatkan oleh Muslim:

WAJIB BACA :   Zikir harian yang mudah hafal tapi sukar nak amal [ edisi kemas kini 2022 ]

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat zarah”.

Mohon dihapuskan rasa sombong dalam hati kita semua.

Ketakutan kedua jika melakukan ibadah kerana manusia atau niat bukan kepada Allah SWT.

Ibadah akan sia-sia sahaja.

Tidak dapat pahala dan ganjaran dari Allah SWT.

Ibadah yang tidak ikhlas iaitu mengharapkan habuan, pujian atau manfaat daripada manusia baik secara langsung atau tidak langsung,

Ikhlas hanya akan terwujud dalam tiga perkara berikut.

Beribadah kerana mengharapkan balasan syurga atau takut melakukan dosa kerana tidak mahu masuk neraka.

Sebab itu nilai ikhlas dalam ibadah yang paling sempurna ketika mengharap reda Allah SWT semata-mata.

WAJIB BACA :   Cukai wajib dibayar

Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 2 berfirman kepada hamba-Nya untuk senantiasa beribadah dengan keikhlasan dan ketaatan.

Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Nabi Muhammad) dengan hak. Maka, sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya.”

Begitulah juga soal keikhlasan ada disebut dalam hadis berikut.

“Orang yang paling berbahagia dengan syafaatku kelak pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas dari dalam hati atau dirinya.” (HR. Bukhari, Abu Hurairah r.a.)

Maka benar orang kata, “Taufik merupakan perkara paling berharga yang turun dari langit manakala ikhlas perkara paling berharga yang naik daripada bumi.”

Walahualam.

Comments 26

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge