Baru-baru ini saya selesai membaca buku Sekilas Pandang Gaya Pengurusan Masa Kini. Saya tertarik dengan perkongsian penulis tentang ciri pekerja disukai majikan.
Jadi dengan kesempatan ini, saya cuba kongsikan sepintas lalu apakah ciri pekerja yang disukai majikan.
Saya faham tidak kira apapun pekerjaan kita, ia tetap tergolong sebagai pekerja. Lebih-lebih lagi jika bekerja makan gaji dengan kerajaan mahupun swasta.
Malah usahawan yang ada bisnes sendiri juga dikira pekerja.
Tentulah pekerja kepada diri sendiri. Bak kata orang, sendiri tauke sendiri kuli.
Saya tidak mahu bersembang panjang. Kita terus kepada topik utama perkongsian ini.
Table of Contents
Ciri pekerja
1.Komitmen bekerja
Pekerja yang terbaik dan cemerlang meletakkan komitmen majikan melebihi kepentingan peribadi. Agak sukar untuk menemui pekerja begini.
Namun mereka ada. Tidak ramai dan jika ada sekalipun mereka menjadi aset yang amat berguna kepada majikan.
Komitmen lahir dari ketulusan hati. Tidak dipaksa dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
2.Boleh diharap
Ketika majikan senang atau susah, pekerja masih boleh berkhidmat. Mereka menjadi harapan majikan atau organisasi untuk terus beroperasi.
Tidak timbul soal pekerja akan lari. Pekerja belot. Pekerja tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.
Apa yang pasti pekerja begini terus menerus menabur bakti dan jasa kepada majikan mereka.
Selagi mereka diperlukan. Lainlah majikan sudah membuang pekerja begini atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
3.Minat bekerja
Kenyataan minat bekerja dan bekerja dengan apa yang diminati berbeza.
Minat bekerja menjadikan seorang pekerja tidak sabar untuk datang pejabat, kilang, premis bisnes dan sebagainya. Bekerja kepada mereka adalah rutin hidup yang hebat dan menyeronokkan,
Organisasi atau bisnes akan lebih produktif dan berdaya saing dengan adanya pekerja yang memiliki ciri tersebut.
Persoalannya berapa ramai antara kita menjadi pekerja yang ada minat bekerja.
Mereka bekerja bukan kerana gaji atau imbuhan semata-mata. Sebaliknya bekerja kerana minat yang datang dari hati yang suci dan murni.
Minat bekerja dan bekerja itu sudah menjadi tabiat.
Hari-hari yang dilalui amat bermakna. Ironinya hasil kerja lebih berkualiti dan menetapi piawaian pihak majikan.
Kesimpulan
Saya cuma menyatakan tiga ciri pekerja yang disukai majikan. Jika dikaji dan dihalusi ada banyak lagi.
Kesemuanya saling berkait. Bukan sekadar komitmen bekerja, boleh diharap dan minat bekerja.
Apa-apapun bekerja adalah satu tuntutan hidup untuk orang miskin atau kaya. Mungkin cara orang miskin bekerja tidak sama dengan cara bekerja orang kaya.
Pendek kata tahniah kepada pekerja yang disukai majikan. Mereka harus berbangga dengan ciri demikian.
Inilah tuntutan agama dalam mencari rezeki agar lebih berkat dan diganjari pahala yang tinggi oleh Allah SWT.
Sekian sahaja. Moga diteruskan lagi bacaan ke artikel di bawah ini :
https://mrhanafi.com/3-tips-untuk-lebih-kaya-dan-berjaya/
- Kemas kini 18/12/22
- Kemas kini 29/12/22
Memang wujud org yg ada 3 ciri-ciri ya.. contohnya kwn kmk dikpun… komited gilak dgn keja… sampei terpaksa berpujuk dgn nya suruh ambik cuti… ne ndak bos nyaman cuti sbb nya tauk kwn kmk dpt diharap bila nya memangku tugas bos
Kakmim recently posted…Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya
inilah aset kepada syarikat
kalau ada 3 orang sudah cukup untuk bos buka lagi syarikat lain
hahahha
betul. minat terhadap kerja memang perlu ada kerana di situ boleh memupuk fokus selain dpt menghasilkan mutu kerja yg lbh baik
betul tu anies.
bukan semua orang ada peluang untuk minat dengan kerja yang mereka buat tau !
biarlah kita bekerja kerana Allah. Bukannya tunjuk rajin boss dan suka bodek dia.
tepat sekali tuan.
moga kita semua beroleh pahala yang besar hasil dari kerja yang sungguh-sungguh tersebut
Paling penting bagi saya , ada minat untuk kerja tu. Orang kalau ada minat dia akan bagi sepenuhnya pada kerja dia. Tapi kalau tak de minat banyak masalah bos nak kena hadap.
proses memmupuk minat kepada kerja perlu ada.
bila sudah anda perkara selebihnya akan jadi mudah
Dulu pernah meminati satu kerja sampai dapat kerja hingga 5 tahun. Sekarang dah tak ada peluang dapat kerja macam tu
alhmadulillah bro..
moga bro dapat lagi kerja begitu nanti.
aamiin
mama setuju. kalau amalkan bukan saja ditempat keje. malahan sehari2 pun tentu org lain pun sayang
sifat yang baik disukai ramai..
inilah kehidupan
Biasanya, pekerja yg ada ketiga2 ciri di atas ‘digeruni’ oleh rakan sekerja lain… Tapi ciri2 ini lah yg perlu kita terapkan dlm diri, tak kira sama ada kita pekerja atau majikan.
Zurainny Ismail recently posted…Lifelong Learning with TED Talks and LinkedIn Learning
mana tidak digeruni..
mereka akan menjadi anak emas syarikat dan organisasi
buat je kerja dengan ikhlas.
Suka atau tidak, majikan akan suka. hoho
titan recently posted…One Day in Void Year
begitulah sebaiknya bro..
orang suka dan semua akan suka
Niat untuk berkerja itu penting… Keikhlasan akan datang kemudian… Jika niat untuk bekerja sudah salah… Tiada keikhlasan dalam kerja yang di lakukan… so, out put kerja semestinya akan merudum…
betul tu..
dengan jiat juga kita akan dapat pahala
ciri2 ni mak pak mertua pun sayang ni
hahaha…itu sudah semestinya
Antara ciri2 pekeja yang bagus kan .
tidak dinafikan…
semoga kita jadi seperti mereka