Saya main gym bukan untuk sado. Tujuan lebih kepada aktiviti rekreasi dan keperluan riadah.
Gym tempat untuk bersenam dan keluarkan peluh secara berbayar serta membentuk badan supaya kekar, gagah dan maskulin.
Kalau nak percuma, boleh sahaja ke taman bunga, taman permainan dan taman rekreasi.
Bahkan depan rumah sendiri juga tempat sesuai untuk bersenam tanpa dikenakan apa-apa bayaran.
Namun tempat yang berbayar ada motivasi tersendiri. Kalau tak pergi lepas mendaftar akan rasa rugi.
Jadi secara tidak langsung, saya terpaksa juga pergi ke gym kerana sudah membayar yuran bulanan.
Paksaan yang ada manfaat untuk kesihatan.
Saya berpendapat. pelaburan untuk kesihatan, penampilan dan kecergasan sangat berbaloi.
Pernah saya tanya rakan sepejabat, kenapa mahu jaga badan.
Soalan saya skema tetapi jawapannya padu.
Jaga badan untuk lebih yakin.
Ya, betul.
Ketrampilan yang menawan pasti sedap mata memandang.
Atas sebab demikian saya terus konsistem ke gym sejak tahun 2020 lagi
Ultimate Athletics GYM
Pada kali ini saya mendaftar di Ultimate Athletics GYM.
Yuran bulan = RM90
Walk in = RM15
HP : +60 10-967 8146
Ultimate Athletics GYM dibuka pada Isnin sehingga Jumaat dari jam 1200 hingga 2030.
Tempat ini tutup Sabtu dan Ahad.
Itu sahaja perkongsian kali ini.
Alamak rugi tutup Sabtu dan Ahad sebab wakru ini orang lapang.
Mungkin sudah nak cari pekerja kot..
GYM ini hanya ada seorang sahaja pekerja
Bestnya! Panas atau hujan, boleh bersenam di gym.
Setuju, pelaburan yang bagus, untuk diri kita sendiri.
Kipidap, Encik Hanafi.
Nur recently posted…Munge-munge cinta…
Itulah kelebihan kalau buat senaman di gym…
janji gym bukak jer
badan sehat plus bonus badan yang bagus..ya kalau berbayar termotivasi,rugi kalau tak ngegym😀
Sihat itu satu pelaburan yang ada ongkosnya …kan
uiii ada 💪💪 x lama lg
hahaha…harap begitu la.
sebab tu tak mahu tunjuk sangat gambar pada masa kini