Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik.Gempak tak tajuk ini.Ya memang gempak.Cuma rasa kesal selepas meneliti dan mengkaji beberapa pendapat pakar tentang halal dan haram isu forex.
Forex adalah pertukaran wang atau urusniaga wang.Hukum menjalankan Forex adalah harus jika ada urus niaga yang sah dan tidak melibatkan unsur-unsur penipuan atau perjudian.Misalnya forex untuk Pengurup Wang atau Money Exchanger.
Persoalannya ialah Forex Trading aiau dagangan Forex.Matawang bukan komoditi.Ia adalah satu nilai untuk kita berurus niaga.
Penjelasan yang begitu menarik adalah menurut Dr Zaharuddin Abdul Rahman.Kita teliti bersama-sama :
[Nota Penutup]
Mrhanafi faham ada yang cuba untuk mempertikaikan perkara ini terutama mereka yang terlibat dengan Forex.Terpulang kepada mereka sama ada perdagangan Forex harus atau haram.
Oleh sebab mrhanafi dah rasa was-was maka satu artikel promosi belajar Forex telah mrhanafi tarik dari pasaran dan edit menjadi artikel ini.
*kemaskini 4/5/2020
owh macam tuh…memang ada baca dan dengar lah dari pendapat yang arif ustaz zaharuddin nih,
fikir secara logik ada betul juga..
fikir dua kali macam was was pun ada..
susah-susah tinggalkan sahaja la
Kalau ikut pendapat atau pandangan UZAR, saya pun tak berani nak terlibat dalam pelaburan Forex..
Tapi yang peliknya ramai rakan saya dalam kalangan ustaz juga terlibat dalam pelaburan forex..
manusia tuan…
mereka berfikir secara logik dan menggunakan akal dalam metafsir hukum hakam..
jika kita ragu lebih baik tinggalkan sahaja..
jika kita masih sangsi solat istikarah sahaja..
Dia Maha Mengetahui..
Saya pernah promosikan Forex, tapi bila dah tahu hukum hakam, saya buang semua artikel Forex dari blog.
tu baru promosi..
belum lagi terlibat secara langsung..
tak pelah tuan..kita promosi perkara lain sahajalah
kalau rasa ragu ragu baik elakkan
itulah yang sebaiknya ..tinggalkan sahaja
bagus tuan..
jangan dilanggar hukum hakam agama..
kalau yang lain nak buat forex terpulang la..janji kita dan buat penjelasan
Ada beza antara “Belajar Forex” dengan “Melabur Forex”.
Tapi kalau was-was, buang sajalah 😀
Asalkan hati lebih tenang.
apa yang saya nak promosi adalah belajar forex untuk tujuan forex trading…
nak buat tetapi was-was sahaja..
Berminat juga dengan forex ni.. tapi belum berkesempatan untuk belajar..
boleh belajar sahaja bro..
cuma untuk bisnes agak meragukan
modal kecik boleh buat bisnes..
Buang ja artikel kalau rasa tak was-was kan..senang cita haha
ya..betul tuan..
jangan ada rasa was-was
hehehe
ya bagus juga kita ambik sikap berhati-hati, kalau ada was-was sudah tinggalkan sahaja. Hidup hanya sementara, kita tabung amal kebaikan sebnayak mungkin, bukannya sebaliknya. ya kan..
begitulah yang sebaiknya..
pilih hanya betul betul dan patuh syariat..
in shaa Allah rezeki akan berkat